Total Pageviews

Wednesday, April 28, 2010

abis daaa..

day 42....makkk..dh abis pantang rupanyer aku...awat so cepat plak kali nih? rasa nak jek terus dok kat kampung. malas aku nak balik KL..

okay...kete auto dah depan mata. bila nyer nak bawak ? takkan nak pandang2..jeling2 jer. jap lg nak kol abg yee sekolah memandu....tengok mcm mana dia dapat membantu.

Monday, April 26, 2010

Aduhai suami....

Jadilah lelaki yang bertanggungjawab. Jangan terlalu mementingkan diri sendiri. Cukuplah apa yang engkau telah lakukan pada isterimu dan anak2mu. Ternyata engkau tewas dengan ujian duniawi. Ambillah sebahagian beban dan galaslah. Kesian lah pada si isteri. Hutang kad kredit/bil2 tertunggak/saman2 tertunggak yang ditinggalkan.

Aduhai suami......jikalau engkau boleh nampak balasan dan azab seksa yang bakal engkau terima kerana mengabaikan tanggungjawabmu..

Saturday, April 24, 2010

selamat tinggal WKV 63*6

Tahun ni genap 7 tahun kita bersama. Kita lalui susah dan senang bersama. Panas dan hujan..ribut dan taufan ( cam lagu Azian Mazwan Safuan pulak..) Dirimu menyimpan1001 kenangan . Tapi....semalam...aku dengan berat hati terpaksa melepaskan dirimu pergi. Demi utk sebuah penghidupan baru. Demi kebaikan bersama. Maafkan aku ! Bukan aku tak sayang. Aku berjanji..dirimu akan sentiasa kekal dalam hatiku. Sampai bila-bila. Terima kasih atas segala pengorbananmu ...takkan ku lupakan.

Selamat tinggal WKV 63*6!

aku terpaksa melepaskanmu walaupun berat hatiku. Semoga engkau berbahagia bersama teman barumu kelak. uwaaaaa !!!! sodihhhh...sodihhhh....

...yang patah akan tumbuh, yang hilang akan berganti.TAPI..yang hilang takkan sama dgn yg diganti. moga yg diganti akan lebih baik daripada yg hilang....

Saturday, April 17, 2010

Damia Syafiqah is 1 month already !


30 days
alhamdulillah ....semalam pegi checkup Damia. belum cucuk lagi..cuma pemeriksaan kesihatan biasa: berat : 3.6 kg ( naik almost 1kg ) blood group : A+ ( sama ngan mama...mestilaaa..) Ya Allah..lindungilah anakku ini sebaik2nya..semoga anak mama membesar dengan sihat dan kuat. amin

Thursday, April 15, 2010

benda nak dibuat

alamak! cepatnya masa..dah nak sebulan dah aku bersalinkan Damia. Banyak mende nak kena buat dan rancang dan ikhtiar dan usaha (rosak bahasa melayu). Seboleh-bolehnya aku xnak pening2kan kepala...tertera di bawah adalah list of things/tasks yang mesti/kena/patut aku buat tanpa mengikut sequence..i just simply list them (dah fikir betul2 ke ni?..) :

1. amik kelas belajar kereta balik dan menguasainya sebaik mungkin
( walaupun aku mmg mempunyai lesen dan memperbaharuinya tiap tahun...aku mmg xpernah bawak kete. pernah laaa..boleh kita ngan jari...)
deadline :sebelum balik KL ..14th May...tu pon kalo aku balik KL...

2. nak tukar kete / beli kete auto
( kete sekarang manual..+ bukan power steering dan sgt berat utk aku bawak)
deadline :ntahlah...sbb kos perbelanjaan dh bertambah..bleh ke nak amik kete baru nih..

3. aku nak dekat ngan Luqman Hanif a.ka aku nak cari keje di kelantan
(adoooiii..berpeluh ketiak meng''google' cari keje kosong. apa2 pon aku takkan berputus asa !!!!)

4. 5. 6 dan seterusnya...akan dimaklumkan di episod akan datang....

Tuesday, April 13, 2010

ter'sumbat'


sekarang aku rasakan ke kiri salah..ke kanan pon salah..jalan terus aku x pasti...adoooiiii.....rasa agak ter'sumbat'!banyak mende dalam kepala...adooiiii. ada ni kang..aku buat keje tak logika ni...(contohnya ????) mmmm.aku perlu buat keputusan...atau menerima ketentuan. yang pasti ....aku perlu dekat denganMu. aku perlu lebih rapat denganMu. hanya padaMu...ku pohon tunjukkanku jalan Ya Allah !

Monday, April 12, 2010

25 days pantang

5.12pm..uittt..panasnyer cuaca. peluh x ingat ni. bau busuk ngan diri sendiri.dah ler perut memulas...gara2 makan ubat jamu maksu som. adoiiii.tiap kali makan mestii aku tercirit. makan sebelum ni ( masa pantang Addini )..elok jer...

hari ke 25 pantang.hehehe...ma dh bagi aku makan selain ikan selar kuning bakar + nasi putih. okaylah skit rasanya. kalau tidak...huhuhu. nama lagi pantang..kan? sabar je laaa...

hujung minggu ni nak g cucuk Damia utk 1 bulan. berapa laaa..berat Damia nih. harap2 boleh terus sunatkan dia.masa lahir hari tuh xleh nak sunatkan dia lagi.sbb berat dia bawah 3kg. agak kecik. so harap2nya dah sebulan ni bolehlah.

Wednesday, April 7, 2010

21 days pantang

today 21 hari dah. sungguh cepat masa berlalu. rasanya...taknak abis pantang ni. malas nak balik KL. malas nak gi opis. tawar hati ..kecewa....ntah lah...ikut hati mati..ikut rasa binasa.

aku tengah intai2 peluang keje kat kelantan. alhamdulillah...ada sedara arwah abah nak tolong. insya'allah...kalo diizinkaNya...ada rezeki aku kat sini.

aku taknak berjauhan dengan anak2ku.cukuplah mereka menjadi mangsa keadaan. mangsa rumahtangga yang musnah.along - dah banyak menderita. seusia 6 tahun dia sudah tahu ..bahawa..mama dan babahnya sudah tiada jodoh! dia memahami. pada usianya itu...apalaa yang dia faham tentang maslah antara mama dan babahnya. tapi..disebabkan dia menyaksikan segalanya, dia mengalaminya, dia amat terkesan dengan semua itu.

along..maafkan mama sayang ! mama sudah cuba yang terbaik. mama sudah ikhtiar yang terbaik untuk selamatkan keluarga kita. tapi...apakan daya mama sayang. ketentuan ilahi mengatasi segalanya. maafkan mama sayang...bila mama terpaksa berterus terang dengan along tentang semua ini..pada usiamu yang sangat mentah. kadang2..mama rasa bahagia bila along 'memahami' dan 'menerima' apa yang terjadi ini.walaupun mama tahu...ada riak2 memberontak di jiwamu sayang.

mama tak ingin berjauhan dengan anak2 mama. mama nak anak2 mama membesar depan mata mama. dengan didikan dan asuhan mama. ibu yang mengandungkan dan melahirkan. mama akan pastikan itu sayang!

Sunday, April 4, 2010

USAHA + IKHTIAR ~ TAWAKAL

USAHA + IKHTIAR ~ selebihnya aku TAWAKAL padaMu Ya Allah.Kurniakanlah yang terbaik buat hambaMu ini Ya Allah. Sesungguhnya Engkau lebih Mengetahui atas tiap2 sesuatu perkara.amin..

Friday, April 2, 2010

ragam manusia


aku takkan biadab ngan sesiapa pon...kecuali orang itu biadap ngan aku. tak kira laaa sapa luuu....aku tak boleh bertolak ansur dengan orang yang TIDAK MENGHORMATI ORANG LAIN, BERCAKAP KASAR / MENGHERDIK atau MENENGKING (tak kira laaa org tu org nogori ke, melaka ke...yang biasa cakap kasar) dan sifat2 lain YANG TIDAK BERSOPAN atau seangkatan dengannya. bila sikap2 mazmumah itu dah sebati dalam jiwa luuu...luuu mungkin tak sedar yang luuu bertindak tidak betul pada orang lain. dan bila orang lain juga bertindak serupa pada luuuuu....haaaaa???? macam mana???? nak melenting plak ???

bagi aku...tak kira sapa luuu..sebesar mana gaji luuu..setinggi mana pangkat luuu..orang di keliling luuu TETAP ADA HARGA DIRI & MARUAH DIRI !!! bukan ikut suka mak bapak luuu..nak herdik,jerit, tengking dia sesuka hati luuuu !so....lu pikirlah sendiri ...!

15th Mac

15 Mac ..beberapa hari sebelum deliver Damia Syafiqah..sempat lagi mama men'submit' borang permohonan mintak keje. agak kelam kabut gak masa tuh sbb tgu UUM hantar transkrip ..tak sampai2 jugak. tarikh tutup iklan keje tuh 15 Mac..kol 3 ptg suruh kerani fax jugak. tak nak terlepas submit borang.