Total Pageviews

Sunday, February 6, 2011

penatnya...

my dear munajah cinta

saat dan ketika ini, aku rasa sangat penat dan letih. fizikal dan mentalku. 3 hari dok rumah ngan anak2.marathon buat kerja rumah tak henti. penat sangat rasa. damia makin ligat dan manja. nak tinggal masuk bilik air kejap dah melalak x ingat. sesungguhnya teramat letih. dan tak tau nak cerita kat sapa. letih sangat. penat. rasa lembik dah.baru je telan panadol 2 bijik. aku biasanya setahun tak pernah telan panadol. tapi dah start kena telan..sbb kepala berdenyut2. aku mesti lakukan sesuatu. untuk mengembalikan keceriaan dalam hidup aku dan anak2. tapi aku masih tak pasti dan teragak2....

mia dok berbelit di kaki.pantang nampak mama rilek jap..gotto go..

Saturday, January 29, 2011

rindu yang teruji

malam ni along tdo rumah babah. petang tadi along mintak mama teponkan babah sebab nak suruh babah datang amik dia. along agak bad mood hari ni. tapi bila dapat cakap ngan babah & bagitau babah dia nak tdo ngan babah...along kembali ceria. mama tak sampai hati xnak kasi along tdo rumah babah. excited along. babah janji dtg pukul 10pm. sampai tertido along tunggu babah. sambil merungut2.babah lambat.hampir pukul 11pm baru babah dtg amik along. dalam keadaan mamai..ngantuk2..mama terpaksa kejutkan along. kesian mama pada anak mama. anak yang hilang ayah dalam terang. anak yang rindukan kasih ayah wpon ayah dekat. anak yang terpaksa melepaskan ayahnya untuk kebahagiaan insan lain. anak yang memberontak menyaksikan kehancuran keluarganya. anak yang didewasakan terlalu awal dengan pelbagai konflik yang melanda.

besar dugaan buat mama untuk mendidik along & adik2 seorang diri. membentuk along supaya menjadi insan yang berperibadi tinggi. berakhlak mulia. yang paling utama...hamba yang patuh dan taat pada perintah penciptanya. bila memikirkan besarnya amanah ini buat mama....mama menjadi takut...risau..takut dan risau. mampukah mama? bolehkan mama?

semakin hari ..makin berbeza...makin mencabar ..makin teruji....makin kuatkah mama? makin kuatkah anak2 mama? makin kuatkan kita mengharungi arus yang makin deras ini?

amarah yang marah

aduh! aku gagal melawan amarah yang marah. astagfirullahill'azim...! ampunkan aku Ya Allah..!

Tuesday, January 25, 2011

berakhir satu penantian

aaaahhhh....lega. hilang rasa gundah gelisah. risau. bimbang. worry. rasa stress dah berlalu pergi. rasa tension ..dan bla..bla ..bla. since the course sec401 held on last year october....baru hari ni rasa release skit. walaupun faileddd.insya'allah aku redha dengan pemberianNya.

macam2 perasaan bila nak exam. periksa. diuji. interview. dan sebagainya. rasa ada satu bebanan. tanggungjawab yang besar bila memikirkan ini adalah satu amanah pihak majikan kepada pekerjanya. amanah badan kerajaan kepada agensi di bawahnya. duit rakyat.duit kita semua.


apapun..aku dah cuba.ikhtiar.usaha sedaya upayaku. semampuku. dan semestinya tawakal padaNya..setelah segala usaha dilakukan. mungkin ada beberapa faktor menolak - faktor menarik ( bak kata my dear norul ) yang menyebabkan lulus atau failed itu. sudah semestinya kan. air sungai takkan bertoksin kalo tidak dicemari sampah sarap & sisa buangan. pokok2 bunga akan kembang mekar kalo disiram air, dibaja & dijaga rapi....( apa laaa ku merepek ni....)

kesimpulannya.....adalaaa tu yang tak kena /tak betul / kurang strategi/ dan sebagainya dalam menjadi penyumbang kepada kegagalan ini. issshhhh...hancur harapanku nak jadik CTO!!!! macam mana ni????? dah berangan-angan nak jadik CTO...alaaaaaa.....nak jugak jadik CTO.....!

btw...apalaaa nak nak justify toMr CEO tak lulus ni???

hari ini dalam sejarah

~ Email diterima dari Training Institute CIAG

Candidate ID: 09876
Candidate Name: Cik Kiah
Candidate Email: Cik_Kiah@companyXYZ.my
Exam ID: 112345
Result: Failed
Score: 65.00%

Started: January 25th, 2011 02:01:00 UTC
Finished: January 25th, 2011 06:55:48 UTC
Cohort: 4567


Monday, January 24, 2011

Ya Allah...Ya Allah...Ya Allah....aku tawakal padaMu

Ya Allah...Ya Allah...Ya Allah....

Esok aku exam SEC 401. Tak pernah rasa begini nerbes.atau sbb lama dah tak exam. perut kecut semacam. at this point of time...ada lagi 2 modules (out of 30++) aku tak abis baca.sempat belek ke tidak malam ni. aku serah padaMu Ya Allah. aku tawakal padaMu Ya Allah. ini amanahMu buat diriku. aku yakin aku telah cuba sedaya upayaku. esok penentu. ku serah padaMu Ya Allah. Hanya diriMu Lebih Mengetahui. Permudahkan aku menjawab soalan2 esok yang berjumlah 180 soalan. Tajamkan daya ingatanku & terangkan hatiku & tenangkan jiwaku. Sesungguhnya Engkau Maha Pemurah Ya Allah....kurniakan yang TERBAIK buatku. amin....

No

Module Name

No

Module Name

1.

Networks Fundamentals

19.

Encryption 101

2.

IP Concepts I

20.

Encryption 102

3.

IP Concepts II

21.

Applying Cryptography

4.

Protocol Analysis

22.

Wireless Network Security

5.

Virtual Machines

23.

Voice Over IP

6.

Safety & Physical Security

24.

Operations Security (OPSEC)

7.

Defense-In-Depth

25.

The Windows Security Infrastructure

8.

Basic Security Policy

26.

Service Packs, Hotfixes and Backups

9.

Access Control and Password Management

27.

Windows Access Contols

10.

Incident Handling Foundations

28.

Enforcing Security Policy

11.

Information Warfare

29.

Securing Windows Network Services

12.

Web Communications and Security

30.

Automation, Auditing and Response

13.

Attack Strategies and Mitigation

31.

Unix Overview

14.

Firewalls and Honeypots

32.

Boot Process Run Levels and Service

15.

Vulnerability Scanning

33.

Logs and Log management

16.

Intrusion Detection Technologies

34.

Patch Management

17.

Intrusion Prevention Technologies

35.

Security Enhancement Tools

18.

IT Risk Management





ps: penulis sangat gelisah & takut...

Tuesday, January 18, 2011

masa kecederaan

masa yang singkat tinggal untuk studi....huhuhu....
25 jan..saya peksa..
angan2 dan cita2....Saya nak LULUS dengan cemerlang ..insya'allah.

-------
180 questions / 5 hours = 36 questions/hour= 1.6 mins/question
Passing marks = 73.9% = 133 questions CORRECT
133/5 hours = minimum 26/36 to 27/36 ANSWER are CORRECT per hour = 73.4% = YOU PASS !!!…

Passing marks = 78% = 141 questions CORRECT
141/5 hours = minimum 28/36 to 29/36 ANSWER are CORRECT per hour = 78% = YOU PASS !!!…

2011

Bismillahirrahmanirrahim....

2011 - Tahun baru bermula dengan penuh cabaran. Menguruskan persekolahan Luqman Hanif seorang diri. Dari persiapan kelengkapan ...sehinggalah rutin harian. Bermula seawal 5.30 pagi hinggalah ke tengah malam. Inilah kehidupan. Sungguh mencabar, menguji kesabaran dan mengukur kemampuan diri sendiri. Tapi mampukah darjatku di sisiNya diangkat ke tahap yang lebih baik? Bila terfikir tentang itu.....astagfirullah....aku rasa aku masih jauh. Manis yang ku rasa di dalam melalui ujian dan saat getir ini..kekadang bertukar menjadi airmata dan keluhan. Aku cuba buang jauh2 sikap mengeluh resah itu..aku cuba tepis rasa marah dan benci aku pada seorang insan...aku terbitkan rasa reda & cinta pada yang SATU....tetapi aku hanya insan biasa yang lemah dan penuh dengan kekurangan & kelemahan.

Bermula tanggal 3/1/2011 - jadual harian kami anak beranak bertukar. sesi persekolahan yang padat. sekolah agama 7.40am - 11.00am. sesi sekolah kebangsaan 1.20pm - 6.40pm. tidak memungkinkan aku untuk tiba dirumah awal.apatah lagi menguruskan rumah.penat & kelam kabut....sampai sekarang masih belum teratur & terurus sebenar2nya. di tambah lagi dengan si kecik yang tengah ligat ke situ - ke sini.

a lot more to story here...got to go at the moment...to catch up my study ;)
stay tune my lovely munajah cinta

perempuan

i dont know what is going on...tapi malam ni aku rasa sedih sangat..frust....sedih...sedih...

the next day morning

...mmmm..PMS rupanyer aku...alahaiiiii dah namanya pompuan...emosi manjang ...

Friday, December 31, 2010

orientasi darjah 1

hari ni 31/12/2010....orientasi along. pagi tadi..agak senang mengejutkan along. tatau laa kenapa..along ni agak moody kalo dikejutkan bangun pagi. aku harap menjelang sesi persekolahan along akan bertambah faham akan tanggungjawab dia utk bangun pagi.

aku tak sempat nak masak apa2 pagi tadi. bangun pon 6.15am. bancuh susu n corn-flakes sahaja. alhamdulillah..along makan sampai habis. semangat dia nak g sekolah. damia agak meragam di pagi hari - as usual. tapi nasib baik suyah ada. suyah jaga damia sepanjang kami berorientasi setengah hari kat sekolah. nasib baik jugak adik2 aku ada. kalo tidak....ntah mcm mana nak uruskan semua tu sensorang. bapa luqman hanif...janji nak datang orientasi...tidak menunjukkan batang hidung sehingga habis orientasi. banyak komitmen lain kot.whatever laaa..

1 Musytari - musytari adalah planet paling kecil? betul ke? ahhh...tak ingat dah aku planet2 nih. kedudukan dalam kelas secara rambang.belum dibuat ujian penapisan ke apa lagi. along excited bila dapat berbelanja kat kantin sekolah. aku sebenarnya belum biasakan sangat along membeli barang sendiri. tapi...masanya dah tiba.untuk dia belajar semua tu. beehun goreng sepinggan =rm1. fish-ball 3 ketul=rm1. boleh tahan gakkk ni. rm3 sehari ? cukup ke? tengoklaa macam mana nanti

next week monday ,aku cuti 1 day. isnin, selasa - half day morning. memadai tak nih? tengok lah mcm mana..