Total Pageviews

Saturday, November 28, 2009

Bicara buat Puteri

29th November 2009

Usia kandunganku sudah mencecah 24 weeks. 6 bulan! Cepatnya masa berlalu. Tetapi liku2 yang ku lalui sepanjang mengandungkan puteriku ini akan ku kenang hingga akhir hayat aku. Semua ini adalah anugerahNya samada berbentuk ujian, nikmat, musibah atau rahmat. Puteriku sudah semakin aktif. Saban hari 'tendangan'nya semakin kuat. Macam dia pun tidak sabar untuk melihat dunia di luar yang penuh dengan seribu satu keindahan,cubaan. Ciptaan Yang Maha Esa. Puteri bagaikan ingin tahu...apakah...siapakah...mengapakah...mamanya sentiasa bersedih. Bagaikan dia tak sabar untuk membuatkan mamanya tersenyum puas pabila melihatnya lahir di muka bumi ini.

Duhai puteriku
Dirimu adalah anugerah tak ternilai buat mama. Maafkan mama sayang sekiranya dirimu turut 'merasakan' kepedihan dan kesakitan yang mama tanggung. Maafkan mama sayang sekiranya dirimu turut 'menangis' tatkala mama dirundung malang. Semua ini dugaan buat kita sayang. Mama yakin...anak mama ini akan menjadi seorang yang kuat, berani & tabah...melebihi mama. Puteriku...segala tangisan dan airmata akan hilang sayang. Puteri, abang long & kakak....akan bahagia bersama-sama mama hingga ke hujung nyawa mama. Mama berjanji untuk berikan yang terbaik buatmu, abang & kakak.

Duhai puteriku
Mama akan cuba hapuskan airmata mama setiap kali mama mengusap puteri.Mama tidak akan dapat melupakan satu saat dan detik di mana seorang yang bergelar 'ayah' pernah berjanji akan menjagamu dan mama sebaik mungkin sampai bila2 sebaik sahaja mengetahui dirimu telah wujud dalam perut mama. Itu hanyalah kata2 dusta seorang yang hanya mementingkan diri sendiri sayang. Mama yakin..puteri juga 'dengar' kata2nya kan..? Maafkan mama sekali lagi. Jika pada saat ini puteri inginkan belaian, sentuhan dari seseorang yang bergelar 'ayah'. Maafkan mama. Dia masih ada di dunia ini sayang. Tapi, dia sudah meminggirkan kita demi mengejar cita2nya. Biarkan dia sayang....! Puteri ada mama. Mama akan jaga puteri sebaik mungkin. Biar bercerai badan, jasad atau nyawa.....segala akan mama korbankan buat anak2 mama.

Duhai puteriku
Mama menunggumu dengan seribu satu pengharapan. Mama sentiasa mendoakan dirimu dan mama juga sentiasa dilindungiNya.

Mama luv you sayang !

2 comments:

  1. kekuatan jiwa hanya dariNya. tabahkan hatimu. cekalkan semangatmu. yakin pada Allah. pasti cahaya kebahagiaan menanti di depanmu.

    ReplyDelete
  2. sabar byk2 Eena... words is easier than done.. tp eena kena tabahkan hati. Dugaan tu ada di mana2 dan bermacam2 cara.. Hanya DIA yg mengetahui apa yg terbaik utk kita..

    ReplyDelete