Total Pageviews

Monday, December 14, 2009

Tragedi Oktober - Episod 1

esok lusa akan genaplah 2 bulan aku patah kaki. tragedi yang berlaku di bulan oktober itu benar2 mengujiku. samaada dari segi fizikal atau mental.ada lebih kurang sebulan setengah lagi sebulan next follow up. uhhh...ku rasakan lama benar dah duduk berehat di rumah nih. buhsan pon ada. harap2nya lepas ni aku berkesempatan untuk masuk opis ....sebelum bercuti lama 2 bulan.

tanggal 16 oktober bersamaan hari jumaat. aku dan rakan opisku macam biasa ...mesti nak keluar kalo hari jumaat. bukan shopping ke apa..cuma nak out of office. xnak terperap kat opis. lunch hour agak panjang. kalo dok opis ...silap2 tak bleh nak rehatkan langsung.mmmm...gitulah kitaorang. ada saja plan setiap tghari jumaat. syioookk..dapat keluar ngan diaorng dan off course bergosipp-gosip...

Hari itu kitaorg x berhajat nak kuar jauh..setakat makan dekat shopping complex Mines jer. Berlima kami hari tuh. Ahhhh....rasa lega dapat keluar opis..walaupun keje menimbun ( as usual )...sekurang2nya kami dapat release tension jap. Sebaik saja kereta diparking..kami mula melangkah ke dalam shopping complex....

Aku berada di belakang member2ku yang lain. Tiba2...tanpa ku sedari kakiku tersadung pada jalan yang agak tidak rata lalu badanku terus jatuh. Menimpa kaki kiriku...!!!!


No comments:

Post a Comment