surat buat along,
along sayang....mama ambil keputusan untuk menulis 'surat2' ini buat dirimu dan adik-adikmu. mama tidak pasti bilakah masanya along dan adik2 akan baca surat mama ini tapi mama yakin harinya akan tiba.insya'allah..panjang umur .. along akan baca surat2 ini bersama2 mama.
along,
sudah hampir 2 minggu mama tinggalkan along dengan tokma. along bersekolah di rumah tokma. seawal 7pagi setiap hari, along dah siap sedia tunggu van ke sekolah. alhamdulillah...biarpon kita berjauhan..setakat ini mama tak pernah 'missed' untuk tepon along..tepat 7pagi!!! biar hanya melalui tepon, mama mahu sentiasa 'disisi' along. memberikan kata2 semangat dan nasihat untuk along sebelum memulakan sesi persekolahan. biarpun mama tak dapat cium dahi dan pipi along along sebelum along pegi sekolah...sekurang2nya kata2 semangat dari mama buat bekalan along untuk menuntut ilmu.
along,
mama bersyukur along anak yang mendengar kata walaupun kekadang riak2 memberontak ada pada dirimu. mama faham. banyak yang terpaksa dirimu dan adik lalui di usia yang terlalu muda. tak mengapa sayang. Allah sentiasa bersama2 kita. Allah sayangkan hambaNya yang taat perintah Dia. Sembahyang jangan lupa. begitu juga baca quran. walaupun along belum mahir sepenuhnya tomaninah solat..mama bersyukur sebab along senang disuruh. solat dan ngaji. walaupun belum 5 waktu cukup along bersolat..mama gembira bila lihat along akan solat bila disuruh. tak cukup rakaat pon tak apa sayang. yang penting along dah mula tahu'tanggungjawab' along pada Pencipta kita.
along,
along cukup bijak menghafal quran. surah quran kecil dalam 3 hari along dah boleh hafal. bacaan iqra' along semakin hari semakin bagus. along lebih menunjukkan minat membaca iqra' berbanding baca buku cerita. bila mama suruh amik buku bahasa melayu....buku iqra' yang along capai. xpe sayang. mama paham. mungkin minatmu lebih ke arah itu. mama tetap bersyukur.
sekarang ni...mama suruh tokma ajarkan along baca quran. along jangan sedih tauuu mama takde di sisi along ..sama2 ngaji quran ngan along.
along,
pagi tadi masa mama tepon subuh ..addini belum pon bangun lagi. tapi..bila dia dengar mama cakap ngan along dia terus terjaga. nak cakap ngan along jugak. addini pon rindu sgt kat along. bila dapat cakap ngan along..bukan main lentok dia atas katil. cam cakap ngan boyfren pulak gayanya.
along,
okaylah...nanti mama akan tulis lagi surat buat anak mama. dirimu dan adik2 sentiasa dalam doa mama.
salam sayang
mama

No comments:
Post a Comment