Total Pageviews

Saturday, March 27, 2010

sama tapi x serupa

17th March
Checkup untuk week 39 kat An-Nisa. Doctor cakap kedudukan baby OK.kepala ke bawah dan boleh bersalin anytime. Saiz baby dah 3kg. eh....biar betul doc nih. last week datang cakap saiz baby 2.6kg only. takkan seminggu dah naik almost half kilogram.eh ...risau jugakk.kalo tgu duedate..mahu reached 4kg. so.....esok pagi datang. induced. supaya sakit & jalan buka ...ready utk bersalin....huhuhu....AKU TAKUUUUTTT..!!! mmg aku seorang yang penakut!

lain sungguh pengalaman mengandung kali nih. biasanya week 38 aku dah selamat bersalin ni...tunggu punya tunggu ..tak sakit pon. mungkin puteriku suka dok dlm perut. nak temankan mama.sayang....mama tak sabar nak lihat sayang.

18th March
Subuh. keluar darah skit. air ketuban pon keluar skit. macam tahu2 jer aku plan nak bersalin that day. tapi disebabkan aku nih tak pernah tahu pasal air ketuban ( teruknyaaa..anak masuk 3 pon tak tahu )...sbbnya yang sebelum nih doc yang pecahkan air ketuban masa sakit. this time..tak sakit air ketuban dah pecah. so...aku ignorekan keluar air itu.dan mmg aku tatau rasa mcm mana air ketuban tuh keluar....

11.15am. telan ubat induced. sambil terbaring atas katil.first 2 hours belum rasa apa2. sempat makan nasik goreng kampung. babah kol. he's on his way to kelantan. mmm..harap2 sempat laaa azan/qamat baby. itu permintaan dia. dan aku tahu aku perlu tunaikan hak itu.
menjelang kol 2pm.....sakit itu sudah datang laaaaa. tapi belum kerap. kol berapa....mmm.. x silap 2pm++...doc datang n check jalan (..aduiiihhh..check jalan ni lagi satu horror...sib baik doc agak lemah lembut..huhuhuhu) bukak 2-3cm je. doc tambah dos induced. kol 4pm...sakit makin kerap. air ketuban dah keluar tanpa henti. dah melimpah atas katil. misi tepon doctor. doc suruh masuk labour room. aku dah tak boleh tahan dah. menggelupur. Ya Allah...hanya padaMu ku pohon kekuatan !!! Ingatanku padaNya diselang seli kesakitan yang amat sangat!

Aku disorong ke labour room menjelang 5pm. Adikku Shimah di sebelah kiriku. Babah disebelah kanan. Aku sempat mencium tangan suamiku dalam keadaan xcukup nafas itu. Ya Allah..sakitnya induced nih ! ( mmm..rasa sama jer sebenarnya ngan sakit normal )..aku je jenis tak tahan sakit. Hampir 25 minit dalam labour room ..bukaan dah 10cm dan aku rasa aku dah tak tahan!!!!Nafas aku semakin tercungap2...menahan sakit. Ya Allah....aku pohon kekuatan dariMu. Hanya itu yang bermain di fikiranku.

5.30pm. Dengan sekali push..dengan segala kekuatan pemberianNya...alhamdulillah 'Damia Syafiqah' selamat dilahirkan. Alhamdulillah....................aku menarik nafas lega. Syukur padaNya.

Inilah pengalaman bersalin ke3.....sama tapi x serupa dengan pengalaman2 sebelumnya.
Wallahuallam.

No comments:

Post a Comment