Total Pageviews

Sunday, June 13, 2010

Melawan Kerinduan



Selamat Ulangtahun ke 6 buat putera tercinta Luqman Hanif ! Maafkan mama sayang....untuk pertama kalinya semenjak engkau hadir dalam hidup mama....mama tidak dapat menyambut ulangtahun mu bersamamu anakku. Dirimu & adik2 sentiasa dalam doa mama saban waktu. Kita perlu kuat untuk meneruskan perjuangan ini sayang!

Hati aku mula tak keruan akhir2 ini. Selalu pulak episod2 airmata ....mengalir membasahi bantal. I missed my kids sooo much !!! Aku tak tahu sampai bila aku boleh bertahan atau menahan. Ya Allah...rindunya aku pada anak-anakku. Walaupun kekadang sampai 2,3 kali sehari aku telefon diaorng....tapi itu belum mampu mengubat kerinduan aku pada Luqman & Addini. Sesekali aku hilang konsentrasi nak buat keje. Sesekali aku berfikir nekad. Sesekali aku rasa aku masih punya kesabaran . dan..sesekali juga aku seolah tewas dalam kerinduan ini dalam deraian airmata.


Buat anak2 mama sayang....
Mama tak tahu macam mana nak luahkan rasa rindu pada anak2 mama. Ingin saja mama peluk erat2 anak2 mama. Ingin mama cium pipi anak2 mama. Mama rindu gelak tawa mu. Mama rindu coloteh manja mu. Mama sangat sunyi tanpa dirimu anak2ku. Sesungguhnya....anak2 mama sahaja yang boleh mengubat hati mama. Menghapus risau dan resah. Menghilangkan lara dan gundah. Penguat jiwa mama.

Anak2 mama sayang....

Mama ingin saban waktu di sisimu. Bersama-samamu di saat2 engkau membesar. Memberikan tunjuk ajar satu persatu. Mama tahu....engkau mahukan diriku..IBU mu...!!! Mama ingin melihat anak mama mendirikan solat 5 waktu. Mendoakan kesejahteraan mama setiap kali habis solat. Mengalunkan ayat2 suci quran setiap hari. Mentelaah ilmu pendinding diri. Mama mahu pastikan semua itu sayang. Mama mahu anak mama menjadi anak yang SOLEH & SOLEHAH. Anak yang tahu HAK & BATIL. Anak-anak yang beriman kepadaNya.. Taat perintahNya. Kerana..dirimu amanah paling berharga buatku ! Begitu besar cita2 mama sayang. dan...begitu berat dugaan yang sedang kita lalui sayang.

Salam sayang dari mama yang rindu...




No comments:

Post a Comment