Total Pageviews

Sunday, July 18, 2010

pecah rumah : part 2

tak sampai 10 minit. 2 org encik polisi sudah tiba. sungguh cepat & betul !!!sorang bawak senapang patah. sedikit rasa lega. aku menunjukkan kepada encik polis rumahku. dua2 orang masuk.dan menggeledah. kot2 laa malaun itu masih ada dalam rumah ku ke..apa ke. ok...encik polis suruh aku masuk. selamat untuk masuk. aku letakkan Damia atas tilam kecik dia. diam laaa pulak si kecik nih bila polis ada. tadi..bukan main melalak ngan mama..huuhuhu.

polis - biasalah tugas polis..menanyakan itu dan ini sambil2 memeriksa keadaan rumahku. encik polis suruh aku periksa..ada benda yang hilang. dalam keadaan blurrr....aku memeriksa....dan dengan selamba aku jawab xde apa2 yang hilang. sbb seingat aku memang x simpan cash kat rumah apatah lagik barang kemas memang takde. hahahha...padan muka pencuri tuu. encik polis memberitahu....lama dah kawasan rumahku itu xde kes pecah rumah macam ni. banyaknya...kes samun & ragut. whatttt????????

encik polis memaklumkan bahawa report hendaklah dibuat di balai polis yang berhampiran sebelum jam 12 tgh malam. aku memberitahu encik polis....nak bukak pose dulu..pas maghrib baru buat report. tunggu si dien atau adik aku datang. encik polis kemudiaannya beredar dan memberitahu aku agar berhati2......dan diaorang ada di sekitar kawasan rumahku..just in case aku memerlukan apa2 bantuan.

time kasih encik polisi. sorang sungguh peramah. siap mengagah2 si Damia.

aku tutup pintu. dan berbaring depan tv ngan Damia...sambil tunggu masuk maghrib.............

2 comments:

  1. Alhamdulillah Eena n Damia selamat... Tu yg paling penting..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.
    Tapi dh rasa ngeri dh nak dok rumah tu zie

    ReplyDelete