Total Pageviews

Thursday, February 17, 2011

edisi melepaskan perasaan : Jahat !!!!

Semalam masa balik keje, area rumah aku…aku ternampak ‘makhluk jahat’ tengah berjalan menuju ke tempat letak kereta! Wajah yang takkan aku lupa (sampai bila2..??? ) Apa dia buat sini???? Huuhh..menyirap darah aku. Wajah yang aku benci! Rasa nak je aku nak langgar makhluk itu. Aku tidak suka berperasaan begini. Aku tidak suka menyimpan perasaan dendam / marah/ benci dan seumpamanya. Aku cuba dan terus mencuba hilangkan perasaan itu pada insan2 yang secara langsung atau tidak langsung mengganggu rumahtangga aku. Aku cuba. Maafkan aku. untuk edisi melepaskan perasaan kali ini .

Aku memang sangat @#$%^& ngan beberapa manusia yang berhati jahat ini. Masakan tidak….jika dia adalah KAWAN kepada my ex-hb, sudah tentu dia tidak akan ‘menggiatkan’ perbuatan tidak elok kawannya. Kami pernah jumpa beberapa kali. Aku kenal dia. Isterinya. Dia juga insan berkeluarga. Punyai anak dan isteri. Tapi…. dia berapi-api mem’provokasi’ kan hubungan terlarang kawannya dengan seorang anak dara tua . Jahat !!!! Kawan jenis apakah itu…..????? Dah tahu kawannya memang dah berbini dan beranak pinak….beria-ia dia menggalakkan kawannya itu menjalinkan hubungan dengan perempuan lain. Aku sangat kecewa dengan sikap manusia sebegini. Sanggup melihat rumahtangga kawan sendiri berderai. Aduh ! Apa jenis manusia kah anda??? Bukan main syok lagik anda ‘menggiatkan’ kawan anda di FB dengan girlfriend dia.

Astagfirullah….maafkan aku kiranya kata2ku ini keterlaluan. Sedih dan sangat terkilan….my ex-hb memilih orang sedemikian untuk dijadikan ‘kawan’….

To Mr.R…you owe me something! Now and hereafter. I knew what u did to my family. I am not putting all blames on you ! Tapi…aku ada bukti yang kau bersubahat dengan beberapa ‘kawan jahanam’ my ex-hb…menyokong hubungan terlarang itu. Sesungguhnya ALLAH SWT lebih mengetahui apa ‘sumbangan’ engkau kepada kemusnahan rumahtangga kami.

Kawan! Betapa pentingnya kawan ! Kawan tidak sehebat SAHABAT! Di mana-mana kita boleh cari kawan, buat kawan dan buang kawan. SAHABAT..adalah seseorang yang lekat di hati & jiwa selamanya. Satu dalam seribu.

Sesekali aku tidak menyalahkan takdir atas apa yang berlaku. Atau menuding jari pada sesiapa. Cuma bagiku..betapa pentingnya seorang sahabat. Bukan sekadar kawan untuk bergelak ketawa. Kawan untuk lepak2 di kedai2 kopi. Kawan untuk ber –chit chat di FB. Bukan !!!! Betapa juga pentingnya peranan individu bernama kawan dalam kehidupan kita. Untuk mempercikkan wangian kasturi meskipun kita tidak memiliki sebotol haruman kasturi. Sebaliknya…kita bisa terkena percikan api atau merasa bahang kepanasan seandainya berkawan dengan si pembuat besi.

Allah Maha Adil. Bukan aku mendoakan kebinasaan untuk sesiapa. Cuma…..janji DIA adalah pasti. Setiap perbuatan baik atau jahat aka nada pembalasannya. Keadilan akan terbela buat yang teraniaya.

walahualam...

3 comments:

  1. dear,
    tidak salah berperasaan begitu kerana kita adalah manusia biasa yang jauh sekali bersifat maksum.

    tapi pahit akan manis akhirnya dear..

    sama-sama kita cuba mendidik anak-anak anugerah Allah berlandaskan syariat Allah, tahu batas-batas pergaulan dan tahu menilai siapa sahabat, siapa kawan dan siapa lawan.

    sesungguhnya setiap perbuatan kita akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. semoga kita sentiasa berada di bawah lindunganNya..

    ReplyDelete
  2. so true...

    KAWAN bukan bermakna SAHABAT. Susah utk dicari tp tetap ada, wpun boleh dikira. Apapun, xde org yg lebih memahami diri kita melainkan kita sndri dan DIA yg menjadikan kita.

    Ada yg galak berkongsi apa sahaja dgn sesiapa pun, ada yg memilih kawan utk bercerita, ada yg lebih suka memendam rasa...

    Berat utk menasihatkan krn diri ini juga x sesempurna mana... Tapi kesabaran adalah benteng yg paling utama. Berat mata memandang, berat lg bahu yg memikul... Namun janjiNYA adalah pasti... Setiap kesulitan pasti ada ganjaran TERINDAH di hujung nanti.. Insya ALLAH!

    ReplyDelete
  3. Thanks my dear Norul & Azie.....

    Agak sukar melupakan (dan memaafkan) pengkhianatan yang org buat kat kita...

    ReplyDelete