Tadi call Ma…my routine almost everyday..Ma bgtau..Dini rindu ayahnya sangat2. Cakap sensorang ngan telefon…cam cakap ngan ayahnya.
“babah datang ye…”
“nini rindu babah sangat2..”
Hati mama cukup tersentuh. Mama sangat memahami apa yang anak kecil Mama rasa. Kehilangan dan kerinduan yang tiada penghujung.tak terungkai.Sabar anak2ku sayang.Allah ada dengan kita….itulah yang selalu Mama bagtau anak2 Mama. Entah faham..entah tidak.
Suatu hari nanti anak Mama akan mengerti. Allah sentiasa bersama kita selagi kita berpegang teguh pada taliNya. Insya'allah. Moga kita di hari esok dan seterusnya lebih baik dari kita hari ini ..duhai anakku.
Sebagai seorang ibu…sms dihantar kepada insan yang bergelar ‘ayah’…ingatan supaya menelefon & bertanya khabar anaknya. Aku hanya menjalankan tanggungjawabku. Insya’allah…niat yang baik…akan baik ganjaranNya.
Wallahualam.
pasti ada ganjarannya walaupun tidak dapat dilihat dengan mata kasar kerana Allah itu Maha Adil Lagi Maha Penyayang.
ReplyDeletesabar sahabatku. Allah sentiasa menjaga anak-anakmu. dan Allah sentiasa bersamamu. mendengar rintihan, tangis dan keluh kesahmu. sesungguhnya Dia amat mencintai hamba-hambaNya yang mengingati, merintih dan mengadu kepadaNya setiap saat. dan aku percaya dirimu sangat yakin akan qada' dan qadar dariNya.
Allahuakbar!
terima kasih sahabatku yang tak putus2 memberikan aku dorongan & semangat. hanya Allah swt dapat membalas budi baikmu.ia sgt bermakna buatku...thanks so much my dear.
ReplyDelete