Total Pageviews

Tuesday, July 5, 2011

Indahnya cintaMu

Kih..kih…sentimentalnya aku nih…

Imam Muda Hassan menang Imam Muda pon aku menitiskan airmata. Entah apa yang aku sentimental pun aku tak sure. Cuma aku agak tersentuh dengan sedikit cerita tentang kisah hidup Hassan.Menjadi yatim sewaktu berusia 7 tahun kerana kehilangan ayahanda tercinta. Dibesarkan oleh ibunya seorang penoreh getah. Semestinya lebih banyak kisah sebegini di luar sana. Kegigihan, ketabahan, semangat, kesungguhan dan berkat kesabaran membuahkan hasil yang indah.

Subhanallah….betapa apa yang dilalui oleh ibunya dalam membesarkan anak seorang diri. Aku merasainya. Aku melaluinya.Amat tersentuh di sanubariku.Aku menangis…tersedu sedan…melihat Hassan anak muda yang cukup kaya dengan senyuman. Manis dan sejuk mata memandang. Pertama kali memandangnya…..sudah aku duga..”mesti menang budak ni..”.

Seorang pensyarah dan kini menggalas tugas Imam Muda. Tahniah Hassan.

Fikiran aku menerawang jauh…..betapa ujian yang diturunkan pada hambaNya bukan sesuatu yang sia-sia. Bukan untuk menyeksa hambaNya. Tidak sekali-kali. Semua itu adalah jalan kejayaan yang indah bagi hambaNya yang terus meng’esa’kan diri padaNya.

Kenapa perlu ada gusar di hati???? Setelah segalanya kau serah padaNya. Dia bersamamu dan paling dekat padamu…

Indahnya cintaMu…..

2 comments:

  1. munajah cinta,

    cintaNya sangat indah, sangat terkesan di jiwa, sangat memukau. hanya hambaNya dan Dia sahaja yang mengerti akan perasaan itu..

    ReplyDelete
  2. insya'allah dear.moga cinta padaNya makin subur di hati kita !

    ReplyDelete