Total Pageviews

Sunday, August 7, 2011

Ramadhan ini

(Image by Google)
Assalamualaikum.....
Alhamdulillah....ditemukan aku dengan Ramadhan kali ini. Selamat menjalani ibadah puasa sesungguh-sungguhnya kerana Allah swt kepada semua penghuni maya ini.

Mama dan along berbuka dan bersahur bersama-sama. Pengalaman pertama buat along dan pengalaman ketiga mama menyambut Ramadhan di rumah ini .Alhamdulillah…dipermudahkanNya. Walaupun ekspresi hari pertama along berpuasa agak merisaukan mama (muka monyok,mulut moncong dan mata cengkung)..

namun hari seterusnya sehingga hari ini (ke-9) amat memuaskan hati mama. Konsep dan makna puasa buat budak lelaki berusia 7 tahun ini makin serasi. Senang dikejut sahur lagi senang berbanding kejut bangun sekolah. Alhamdulillah. Mama juga berulang kali diajukan dengan pelbagai soklan2 along yang adakalanya mama jawab. Kadang2 mama tak jawab sbb tak larat. Banyak sgt bertanya bulan2 pose nih…

“kenape bulan puasa sahaja Allah ikat syaitan2 tu? Kenape bulan2 lain Allah tak ikat?”

"Allah ikat syaitan macam mana? dengan apa?"

“kenape org perempuan je uzur tak boleh puasa dan sembahyang?”

“kenape puasa boleh makan malam je?”

….dan banyak lagi…

Moga along terus bersemangat meneruskan puasa sehingga 30 hari..insya’allah moga dipermudahkanNya.


2 comments:

  1. Alhamdulillah. bijak Luqman Hanif tu dear. semoga Allah permudahkan segalanya. Amin.

    ReplyDelete
  2. amin.
    gituler dear. banyak sgt soklan.maklumlah...festime berpuasa

    ReplyDelete