Total Pageviews

Monday, September 19, 2011

keliru

(image from blog ummuhusna99)

Tiba2 mama xsampai hati nak hantar dini balik rumah tokma semula. Dini syok duduk ngan mama. Ngan along dan mia. Along excited..dua2 adik dia kat sini.

Along tak bagi mama hantar dini to tokma. Mama serba salah. Mama janji akan hantar dini semula selepas seminggu.tokma gelisah dini xde. Mama tahu. Mama rasa serba salah.Mama nak TokMa happy. Mama taknak TokMa sedih. sorang2 kat kampung. ada dini TokMa hepi..ada teman borak..ada org teman TokMa sapu sampah..ada org teman TokMa potong bawang...ada teman berbual TokMa yang tak letih2 bercakap :)

Hatta...kalo mama mampu bagi segunung intan berlian utk membahagiakan TokMa..mama akan buat. Mama cuma ada TokMa sahaja...TokAbah dah lama dah xde. sekarang...mama akan rasa mama 'merampas' kebahagiaan TokMa sekiranya mama amik dini tanpa restu TokMa...

Mama mintak ngan tokma nak amik dini hujung tahun ni. Dini akan sekolah di KL with along. Itu janji mama pada tokma. Bukan sekarang….macam mungkir janji pulak ngan tokma jika mama tak ‘pulangkan’ dini semula. Mama keliru…

2 comments:

  1. Azi pernah rasa mcm tu Eena.. Mula2 ingat nk tggu besar sket baru ambik Nisha. Saban tahun mama azi ckp 'Nantilah dulu'.. Smpai skrg, lg susah nak ambik balik. Lgsg mama x bg dah.. Nak berkeras, takut mama yg melahirkan kita kecik ati.. Kadang2 terkilan bila ada kwn2 yg bertanya 'Mana anak perempuan ko? Kenapa x ambik? Dah ler sorang tu jek girl'.. Kdg2 rasa malas dah nk jwb soalan mcm tu...

    Sabar byk2 ye Eena..

    ReplyDelete
  2. betul azi.
    org selalu fikir kita tak sayang anak.tak pedulikan anak. sedih sgt rasanya. tuhan sahaja yang tahu. berperang dgn diri sendiri azi. keadaan sgt2 menekan. semuanya bercampu baur. padaNya sahaja eena pohon jalan yang terbaik.

    ReplyDelete