Total Pageviews

Sunday, October 2, 2011

indahnya ciptaanMu Ya Allah


(indahnya ciptaanMu Ya Allah !)

Sesuatu yang agak lama aku ‘tinggalkan’. Aku letak tepi seketika keperluan peribadiku..lantaran urusan2 yang ku rasakan lebih penting. Lantaran ujian dan dugaan yang lain mencelah. Hampir terlupa seketika bahawa aku perlu berikhtiar utk diri aku sendiri. Mencari penawar…ubat..kepada ‘sesuatu’ yang lama telah hinggap di dalam diriku. Bunyi seakan misteri. Iya...agak misteri..kerana setakat aku berikhtiar secara moden..since 2003...till 2008...on & off. Namun, after my last treatment via IvIG...perubatan moden masih tidak dapat merumuskan apa sakitku sebenar. I'm not responding to IvIG. It's not auto-immune disease due to my -ve respond to IvIG. Prior to that..pelbagai diagnose, ujian, MRI, EMC, EEC (ke ECG?? lupa daaa), NCS..dan macam2 lagi. Aku dah lupa dah...tapi Allah swt Maha Mengetahui. Berikhtiar pelbagai cara moden mahupun tradisional. Acupuntur, chinese massage, fisiotherapy dan banyak lagi. Baik moden atau tradisional….untuk tempoh 5 tahun agak2 aku…aku masih belum temui penawar yang sesuai atau serasi. Ada hikmah yang terselindung di sebalik ujian ini. Sekiranya pemberianNya ini menjadikan dirimu dekat pada penciptaMu...haruskah aku singkirkan ia dari dalam diriku? Betul...aku yakin..seyakinnya dengan setiap ujianNya. Setiap sakit ada ubatnya kecuali MATI ( Ya Allah....aku ingin menjadi hambaMu yang terbaik di sisiMU sebelum aku mengadapMu Ya Allah) . Itu janji Allah swt.

Walau sesukar mana jalan yang sedang dan akan ku tempuh...ku pohon kekuatan dariNya semoga dipermudahkan segalanya untuk aku dan anak2. ENGKAU Maha Mengetahui apa yang terbaik utk hambaMu yang lemah ini Ya Allah...

No comments:

Post a Comment