Total Pageviews

Monday, November 1, 2010

Aku bukan untukmu : Part 2

Everything is still fresh in my mind

It's 22 Sept 2007 - 7th months pregnancy of Addini-bulan ramadhan- and it my beloved mum's birthday.....

P.E.C.A.H T.E.M.B.E.L.A.N.G
Seawal subuh...lepas sahur rasa nak call ma...nak wish birthday. alamak !!! kredit phone abis pulak. aku mencapai handphone suamiku. mmmm....suamiku sedang lena tido...nak mintak izin ke tak? nanti ganggu pulak. xyah laaa..nanti suamiku bangun aku akan bagitau. lagipun sian pulak...dia penat sebab sahur tadi..kena bangun awal sediakan sahur..sebab isterinya tak larat dan sarat.

Tanganku mencapai handphone suamiku. mendial nombor ibuku....."Ma....!!!! Happy birthday!!!!" ..ujarku gembira. Perbualan kami hanya sekejap. Hatiku puas dapat mendengar suara bonda tercinta. Handphone suami masih di tanganku. Entah mengapa...aku terlintas untuk membaca 'sent items' hp nya.

Astagfirullahillazim.....! Rasa nak luruh jantungku. Berderai2 airmataku tatkala terbaca satu sms yang dihantarnya kepada seorang perempuan (aku namakan "Y")...yang berbunyi ..." buah hatiku sayang". aku tertunduk diam. sambil memegang perutku. apakah semua ini????

2 comments:

  1. Biarpun satu dunia menyakiti kita, kesakitan tak dirasa kerana asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah. Tabahkan hatimu wahai sahabat!

    ReplyDelete