Total Pageviews

Tuesday, November 23, 2010

penatnya..

penatnya..
itulah keadaanku sekarang.semenjak dua menjak menjadi ibu tunggal nih. dah setahun dah. i'm do it alone. dengan kudrat pemberianNya. tak cukup kaki dan tangan. kekadang nak solat pon terkejar2 ngan si kecik menjerit2.toughnyaaa..sungguh tough dan menduga keimananku. ditambah lagi dengan beban keje opis yang kadang kala aku terpaksa bawa balik ke rumah. baca buku 6 bijik. tetapi kebiasaannya aku tak berjaya utk study kalo di rumah.dugaan dan cabaran.

addini dah 3 tahun. damia dah 8 bulan. along tahun depan darjah 1. perjalanan masih jauh untuk aku mendidik anak2ku. amanah Allah swt padaku. meskipun insan bernama bapa masih bernafas di muka bumi....aku tidak boleh mengharapkan apa2 bantuan darinya. kita dh ada kehidupan masing2.itu katanya.

9.30pm.nak tido sekarang.ngantuk...

ps: mama rindu dini sangat2..

2 comments:

  1. my dear friend..

    walau apa jua keadaan dirimu, aku sentiasa berdiri di belakangmu. menyokong dan memberi bantuan sedaya upayaku. doaku padamu tidak pernah putus selagi hayat dikandung badan.

    ketahuilah olehmu bahawa jalanmu sentiasa disinari cahaya dan kunang-kunang yang turut sama menolongmu menongkah kehidupan yang sungguh mencabar ini.

    dan sahabatku.. yakinlah bahawa satu hari nanti cahaya itu akan akan menyinari keseluruhan hidupmu. percayalah.

    Allah sentiasa bersamamu sahabat!

    ReplyDelete