Total Pageviews

Tuesday, March 30, 2010

Day 14

Uittt..cepatnya masa berlalu. dah masuk 2 minggu dah. baru hari ni start berurut & bertungku. mak bidan kampung aka tukang urut sibuk memanjang. lega skit urat2 saraf aku nih.
sib baik sepanjang dok berurut tadi...Damia tak meragam. kalo tidak susah jugak. sbb so far...mmg dia fully breastfeed. setitik susu formula pon x masuk lagi mulut dia. dah zohor....mama plak ngantuk nih..nak join sekaki ngan Damia laaa....zzZZZZZ...

Monday, March 29, 2010

...ku temu damai....

Allah Maha Adil ! Dia takkan menzalimi hambaNya. Apa jua ketentuan dariNya adalah yang TERBAIK untuk hambaNya. Redhalah. Setelah dirimu mencuba yang terbaik, kau usaha yang terbaik, sedaya upayamu, sepenuh hatimu...usah gundah, risau atau bersedih hati dengan ketentuanNya. Bersabar & yakinilah...di tangan penciptamu itu ada sebuah perancangan yang terbaik untuk dirimu.

..ku temu sebuah kedamaian di sini...di sisiMu Ya Allah kekasih hakiki...

Sunday, March 28, 2010

Day 10

Hari ni masuk hari ke10 aku bersalin. Uiit...cuaca yang sangat panas di kelantan ini betul2 menguji kesabaran. Dengan berstokin dan berbengkung....peluh bercucuran keluar. Rasa rimas ngan bau badan sendiri. Hahaha...aku tak pakai stokin & bengkung today. Ma x perasan kot. Berat badanku belum pon menyusut. 77.2kg....huhuhu...mcmmana aku nak turunkan nih. aku yang naik. baby 2.7kg je. last few days timbang...72kg! mmm..gemukkss.

Puteriku......Damia Syafiqah anak yang baik. Langsung tak meragam. Menangis bila lapar atau tak selesa sahaja. Malam hari pon...alhamdulillah...mama boleh layan mimpi best2. Terima kasih sayang ! Dirimu sangat istimewa di hati mama sayang!

Saturday, March 27, 2010

sama tapi x serupa

17th March
Checkup untuk week 39 kat An-Nisa. Doctor cakap kedudukan baby OK.kepala ke bawah dan boleh bersalin anytime. Saiz baby dah 3kg. eh....biar betul doc nih. last week datang cakap saiz baby 2.6kg only. takkan seminggu dah naik almost half kilogram.eh ...risau jugakk.kalo tgu duedate..mahu reached 4kg. so.....esok pagi datang. induced. supaya sakit & jalan buka ...ready utk bersalin....huhuhu....AKU TAKUUUUTTT..!!! mmg aku seorang yang penakut!

lain sungguh pengalaman mengandung kali nih. biasanya week 38 aku dah selamat bersalin ni...tunggu punya tunggu ..tak sakit pon. mungkin puteriku suka dok dlm perut. nak temankan mama.sayang....mama tak sabar nak lihat sayang.

18th March
Subuh. keluar darah skit. air ketuban pon keluar skit. macam tahu2 jer aku plan nak bersalin that day. tapi disebabkan aku nih tak pernah tahu pasal air ketuban ( teruknyaaa..anak masuk 3 pon tak tahu )...sbbnya yang sebelum nih doc yang pecahkan air ketuban masa sakit. this time..tak sakit air ketuban dah pecah. so...aku ignorekan keluar air itu.dan mmg aku tatau rasa mcm mana air ketuban tuh keluar....

11.15am. telan ubat induced. sambil terbaring atas katil.first 2 hours belum rasa apa2. sempat makan nasik goreng kampung. babah kol. he's on his way to kelantan. mmm..harap2 sempat laaa azan/qamat baby. itu permintaan dia. dan aku tahu aku perlu tunaikan hak itu.
menjelang kol 2pm.....sakit itu sudah datang laaaaa. tapi belum kerap. kol berapa....mmm.. x silap 2pm++...doc datang n check jalan (..aduiiihhh..check jalan ni lagi satu horror...sib baik doc agak lemah lembut..huhuhuhu) bukak 2-3cm je. doc tambah dos induced. kol 4pm...sakit makin kerap. air ketuban dah keluar tanpa henti. dah melimpah atas katil. misi tepon doctor. doc suruh masuk labour room. aku dah tak boleh tahan dah. menggelupur. Ya Allah...hanya padaMu ku pohon kekuatan !!! Ingatanku padaNya diselang seli kesakitan yang amat sangat!

Aku disorong ke labour room menjelang 5pm. Adikku Shimah di sebelah kiriku. Babah disebelah kanan. Aku sempat mencium tangan suamiku dalam keadaan xcukup nafas itu. Ya Allah..sakitnya induced nih ! ( mmm..rasa sama jer sebenarnya ngan sakit normal )..aku je jenis tak tahan sakit. Hampir 25 minit dalam labour room ..bukaan dah 10cm dan aku rasa aku dah tak tahan!!!!Nafas aku semakin tercungap2...menahan sakit. Ya Allah....aku pohon kekuatan dariMu. Hanya itu yang bermain di fikiranku.

5.30pm. Dengan sekali push..dengan segala kekuatan pemberianNya...alhamdulillah 'Damia Syafiqah' selamat dilahirkan. Alhamdulillah....................aku menarik nafas lega. Syukur padaNya.

Inilah pengalaman bersalin ke3.....sama tapi x serupa dengan pengalaman2 sebelumnya.
Wallahuallam.

Sunday, March 21, 2010

Damia Syafiqah - Lambang Kekuatan & Semangat Mama !


Alhamdulillah.....segala puji bagi Allah swt. Rasa kesyukuran ku panjatkan padaNya. Tanggal 18 Mac lepas aku selamat melahirkan Damia Syafiqah ( keberkatan/kebajikan/kebijaksaan, yang baik) di Pusat Perubatan An-Nisa KB. Alhamdulillah dengan sekali push sahaja puteriku selamat dilahirkan. Sesungguhnya dirimu sungguh hebat sayang. Dirimu sumber inspirasi mama, peneman mama dan penawar buat mama. Dirimu lambang kekuatan dan semangat mama!

Monday, March 15, 2010

not yet ...

alamak! belum bersalin lagi! dah 39 weeks now. mmmm...never b4 mcm nih.dolu2...mesti awal 8 to 10 days. taknak lerrr overdue plak. patut appointment ngan doc.roseliza hari nih.dia plak cuti.kena tgu esok..tengok mcm mana.

betul org cakap. pengalaman bersalin takkan sama.wpon anak 2,3. unik sungguh kuasa Allah swt. apapon...aku doakan semoga dipermudahkan segala, sihat & selamat kedua2 kami..insya'allah.

Tuesday, March 9, 2010

anytime....

hari ni is my 38 weeks! it's means anytime now! lalalala....walaupun ini bakal menjadi pengalaman ke3 bersalin...aku tetap takut untuk menghadapi saat2 itu. tak sabar pon ada. perasaan bercampur baur. semalam aku ke an-nisa. alhamdulillah...doktor cakap dah boleh dah ni kalo nak bersalin..masuk 38 weeks dh. huhuhu...xpe laaa doktor..tgu sakit laaa. tak nak paksa2. biarlah secara natural.

anytime............

Friday, March 5, 2010

Kuserah PadaMu

Aku menerima semua ini sebagai pemberianNya. Ada hikmah yang aku tidak ketahui atau nampak.walaupun aku rasa ia tidak baik bagiku.walaupun aku rasa aku dianiaya.aku tidak dihargai.aku dikhianati.aku menjadi mangsa keadaan. Aku harus buang jauh2 semua perasaan itu. Ya….kenapa keyakinan dan keteguhan hatiku goyah??? Aku perlu lebih tabah dan berani menghadapi segala kemungkinan setelah aku serahkan segalaNya pada DIA. PadaMu Ya Allah…kekasihku.

Kenapa aku perlu lemah dan terus memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama? Bukankah aku telah berjanji dengan diriku sendiri…aku mencuba YANG TERBAIK….usaha dan ikhtiar sedaya upayaku….selebihnya kuserah pada Dia! Mengapa aku harus gundah lagi ? Mengapa aku harus kecewa lagi ? Sedangkan di tanganNya ada sebuah perancangan yang TERBAIK buatku.

Ya …Allah…berikan aku kekuatan itu. Aku ingin sentiasa dekat padaMu. Merasai kasih sayangMu padaku yang hakiki. Ya …Allah….aku sebenarnya makin tenang dengan setiap pemberianMu. Kekalkan rasa itu dalam diri hambuMu ini Ya Allah…..