Total Pageviews

Tuesday, January 26, 2010

surat buat adik

Adik dearie....sayang mama....
Sayang,
Pada saat dan detik ini..tiba2 mama terlintas untuk menulis warkah buatmu sayang. Minggu ini telah mencecah 32 weeks sayang di dalam perut mama. Dirimu terlalu kuat sayang. Tendanganmu makin hari makin bertenaga. Mungkin gara2 kalsium 900mg/day yang mama amik sejak 17 weeks usia dirimu di dalam perut mama. Atau sayang tak sabar2 nak keluar dari perut mama? Sabar ye sayang....dah tak lama dah...insya'allah lebih kurang 6 minggu sahaja lagi.

Sayang,
Mama tahu sayang mendengar luahan hati mama. Sayang merasai apa yang mama rasa. Sayang menemani mama saban hari dan waktu. Susah dan senang yang mama tempohi selama ini...sayang juga turut merasai. Sayang sumber inspirasi mama.

M.C no more..

hari ni aku dah masuk keje. ahh...lama sungguh aku tinggalkan opis. rasa macam hari mula2 masuk keje dulu pon ada. semalam aku jumpa doc. terkejut dia aku dah mula berjalan cam biasa. but he's cool.very cool, supportive & bagusss laaa. nape aku puji sgt doc nih? sbb dari hari first aku jumpa dia...he's full of smiles. senyum...dan senyum. tak kedekut ilmu. very diplomatic.supportive..mcm2 laa. jarang doc berbangsa C*** yang aku jumpa cam dia. or maybe mmg aku jarang berurusan ngan doc C***. actually doc macam nak je continue my hosp. leave or m.c nih sampai aku deliver. siap bleh tanya aku..."what's make u want to go to office..?"....issshh..isshh..doc nih. aku dengan penuh keskimaan menjawab.."keje berlambak @ office"..of course lah kan? eeiiii....mahunya dia bagi aku m.c sampai bersalin nih. dia actually worried my conditions if i go to office. ye laaa...may involved a lotr of movement ke situ sini. somemore..importantly...he supposed to conduct one more XRAY on my leg..to ensure the screws in gooood positions. or else, very risky for me. he postponed the XRAY till I finished my cofinement. He tries to avoid XRAY on me at this moment. according to him, very rare case screw pasang tak betul ke apa...cuma procedure mmg mcm tuh..pre & post XRAY. so...he wrote a letter to my employer saying that to excuse me from some heavy-duty activities. ok...no more m.c....dah start pegi keje dah. alhamdulillah......

Sunday, January 24, 2010

Aku Bukanlah Superman

alhamdulillah. aku dah kat kolupo. setelah bercuti di kampung selama hampir 2 bulan. anakanda tercinta Luqman Hanif ada di kampung bersama tokma. beratnya hati aku nak tinggalkan dia ngan tokma. sewaktu nak bertolak ke sini...aku lihat anak terunaku ini tidak seperti biasa. dia meminggirkan diri saat aku tengah sibuk2 berkemas. seperti memikirkan sesuatu.seperti memendam sesuatu. riak wajahnya sedih. begitu juga dalam hati mama sayang. mama paham apa dalam hatimu sayang. mama sangat2 memahami. Luqman Hanif tidak menjerit atau meraung macam kecik2 dulu. tetapi kali ini..titisan airmatanya bergenang di kelopak matanya. menitik perlahan membasahi pipi lembutnya. anak mama menangis memandang ke arah mama. mama merangkul erat anak mama. mama cium puas2 pipinya.dahinya. mama dan luqman hanif menangis berpelukan. "Ya Allah...berikan aku kekuatan Ya Allah. Lindungilah anakku ini sebaik mungkin Ya Allah. Jauhilah dirinya dari ditimpa mala petaka tidak diingini Ya Allah". Aku cium puteraku. Ku peluk erat. Sesungguhnya masa 3 bulan berehat banyak memberikan aku peluang menumpukan perhatian kepada anakku dan saat2 itu amat2 bermakna buat kami.

-----
aku bukanlah superman
aku juga bisa nangis
jika kekasih hatiku
pergi meninggalkan aku

ayahku selalu berkata padaku
laki-laki tak boleh nangis
harus slalu kuat harus slalu tangguh
harus bisa jadi tahan banting

tapi ternyata sakitnya cinta
buat aku menangis

Reff:
Aku bukanlah superman
Aku juga bisa nangis
Jika kekasih hatiku
Pergi meninggalkan aku

ayahku selalu memarahi aku
jika jatuh air mataku
kata ayah slalu
Air mata itu adalah tanda kelemahan

Tapi ternyata air mataku
Ternyata jatuh juga

Back to reff

Ayahku tersayang maafkanlah aku
jika aku masih menangis
Masih belum bisa
Menjadi seperti apa yang ayah selalu mau

Kita berjanji tuk tidak lagi
Menangis karena cinta

-----------------------------------
Ini lagu kegemaran anakku. So cute...! Along....jangan menangis ye sayang. anak laki2 mana boleh nangis. harus kuat dan tabah. mama nangis xpe..mama perempuan :) Mama bangga mempunyai seorang anak macam Along. Besar pengorbanan Along di usia masih mentah. ini Pada Alonglah mama bercerita. Ternyata Along sudah mula memahami. Moga anak mama ini akan menjadi anak yang bertanggungjawab pada diri sendiri, agama & keluarga kelak.Amin..

Tuesday, January 19, 2010

20th Jan 2010

dah 20th Jan. 4 hari lagik aku akan balik kolupo. checkup ngan ortho specialist..and see what he will say. akan ku cuba untuk masuk opis. sebelum masa tiba utk 'cuti' lagik. alhamdulillah...aku dah siap gak buat keje skit2 yang boss suruh. iyelaaa...lama bebenor berehat.otak aku pon macam nak jammed..lama tak guna.

aduhai...beratnya hati aku nak tinggalkan luqman hanif ngan tokma. selama aku 'berehat' kat rumah...banyak masa aku dapat luangkan ngan anak2 aku.sementelah bibik dah ada.kurang rasa beban keje rumah.ini adalah keputusan aku. aku sepatutnya lebih berani dan yakin dengan keputusanku. tapi hati seorang ibu...bila sampai bab anak2, mudah rasa belas kasihan. apatah lagik bila terpaksa berjauhan darinya. "Ya Allah ...Engkau lindungilah anakku daripada sebarang gangguan dan malapetaka yang tidak diingini. Sihatkan dia & kuatkan dia selalu. Jadikan dia anak yang pandai, bijak, berakal dan beriman kepadaMu Ya Allah".

Sunday, January 17, 2010

18th Jan 2010

sibuk skit.wpon dok rumah. dapat assignment yang due nyer lusa. stay tune...talk to you later

Wednesday, January 13, 2010

14th Jan 2010

rasa bosan menyelubungi aku pada saat ini. lagi 3 hari genaplah 3 bulan aku berehat di rumah gara2 patah kaki!!! rasa tak sabar2 nak masuk opis. kena pulang kolumpo. tapi aku dah tawar hati nak masuk rumahku di kolumpo tuh. arrrgghh.

berjalan dah okay skit. tapi xdelaa okay sgt pon.lama2 berjalan or banyak bergerak..ada rasa menyucuk datang. adakah aku belum pulih sepenuhnya.atau mungkin aku kena hadkan pergerakan aku sehingga kakiku betul2 kembali seperti sediakala. lagi 2 bulan? 3 bulan? mungkin..aku tak pasti. nanti nak kena tanya doktor.

kandunganku nak masuk 8 bulan dah. cepatnyaa masa beredar.kadang2 aku sendiri macam tak perasan..aku ni tgh mengandung. lain benar pengalamanku mengandung yang ini berbanding yang lepas. semua itu kuasaNya. aku hambaNya hanya mampu bersabar dan redha atas setiap ketentuanNya.

Saturday, January 9, 2010

10th Jan 2010

Hari ni Luqman Hanif tak pegi sekolah. semput laa pulak. mcm mana ntah..ptg jumaat lepas, masa turun dari van..renyai2 hujan panas..dan tokma lupa nak berpayung. emmm..so..batuk2 dan semput pon datang lah. esok okaylah tu..insya'allah..semoga anakku cepat sembuh.amin.

pejam celik-pejam celik...dah nak masuk 3 bulan aku 'berehat' kat rumah. gara2 patah kaki.cepatnyer masa berlalu.alhamdulillah..aku dah semakin pulih.boleh dah berjalan walaupon dengan momentum yang agak perlahan. berat badan pon dah bertambah. check up seterusnya is on 26th Jan..hujung bulan nih. insya'allah...2 or 3 days before checkup..aku akan bertolak ke KL.tak tahu mcm mana next advice by doctor...tapi aku harap aku dapat masuk keje. yelah...mid March aku dah due.

sekarang nih aku tengah pening kepala nak fikir tajuk artikel. this part memang headache...uurrghh! apa aku nak tulis ??? buat masa sekarang...dah beberapa hari dah aku dok pikir ...tapi idea belum datang2 lagi. mmm....kena research lah tuu. hari jumaat lepas..dah submit dah assignment yang boss bagik...advance seminggu aku submit. sbb aku nak concerntrate buat benda lain pulak. alhamdulillah...efisien jugak buat keje dari rumah.

Tuesday, January 5, 2010

hanya padaMu

Hari ni boss dah mula bagi assignment. kena buat research on standards. code of practice. lama sangat aku 'berehat'. dia risau kot2 it may affect my work performance dan juga beberapa issue lain. mmm...dia dah siap2 bagi deadline untuk tulis artikel. sebelum g maternity leave I must finished another one article. tak tahu apa aku nak tulis. apatah lagi kalo target audiences itu adalah pulic readers. kepala aku dh mula start pikir pasal keje. yess..it's my responsibilities. walaupun banyak sangat benda dalam q list aku. keje is keje. lama benar dah aku tinggalkan keje opisku...

semua ini dugaanNya. aku hanya mampu cuba, ikhtiar & usahakan yang terbaik. berserah atau bertawakal mestilah disertai dengan ikhtiar secukupnya. ikhtiar yang terbaik. begitu juga aku dalam keadaan sekarang. kekadang aku cam dah takde perasaan. malas nak fikir benda2 negatif. malas nak serabutkan kepala. malas untuk terlalu merancang itu dan ini. i just do the best. dengan segala kudratr yang aku ada. alhamdulillah....kalamNya peneman aku. kalamNya memberi aku ilham dan inspirasi untuk terus menongkah arus deras ini.


Sunday, January 3, 2010

Hajah

Alhamdulillah, Wani dah balik dari menunaikan haji. Alhamdulillah, di usia muda ...rezeki datang untuknya di samping berpeluang menyumbangkan bakti buat para jemaah di tanah suci. Wani pergi pada hari ke3 lepas aku operation kaki. Dia kat tanah suci 2 bulan. Dia balik ke Malaysia tengok aku dah boleh jalan. Sungguh pantas masa berlalu dan macam2 berlaku dalam masa yang singkat itu. Pengalaman di tanah suci sukar digambarkan, kata Wani. Allah swt je yang tahu perasaan bila melihat kaabah.

"Aku doa doh ko mu long..dan jugak ko tok laki mung. Moga2 Allah bagi petunjuk & hidayah ko dio.."

Itu ayat yang keluar dari mulut Wani bila dia pertama kali peluk aku selepas balik haji. Terima kasih. Insya'allah...sama2lah doa yang terbaik buat aku & anak2ku.

Saturday, January 2, 2010

3rd Jan 2010

Baru balik hantar Along @ Tadika Mawaddah untuk sesi Tadika 2010. Along masuk 6 tahun dan ni sesi tadika kedua. Aku dah jelaskan segala yuran tok -nenek.. Mencecah RM500 jugak. Alhamdulillah...urusan pendaftaran dah setel. Syukur jugak ku panjatkan dah dapat 'feeder van' yang akan amik dan hantar Along ke sekolah tiap2 pagi. Aku rasa lega sedikit....sekurang2 lepas ni Along dapat tumpukan pada pelajaran dia. Walaupun aku terpaksa berjauhan dari dia buat sementara waktu (Ku pohon padaMu Ya Allah..semoga anak2ku sentiasa dekat denganku.amin)...inilah pengorbanan kami anak beranak. Hanya Dia lebih mengerti.