Total Pageviews

Friday, February 25, 2011

apa nak jadi..jadilah

apa nak jadi..jadilah....
aku dah men'register' utk re-take GSEC. aku nak lulus jugak.
apa nak jadi jadilah...
aku nak jadik CTO..muahahahhaha..
ikut suka aku laaa kan..nak jadi apa2..

Sunday, February 20, 2011

tonight wanna cry

~ TQ google ~
tonight...wanna cry. keadaan sekarang sungguh membuat jiwa & fizikal mama tertekan. mama cuba sedaya upaya mama untuk tidak merungut, marah atau menjerit. mama cuba uruskan kerja rumah sebaik mungkin.mama uruskan anak2 mama sorang2. mama cuba taburkan sepenuh kasih sayang. setulus hati mama. walaupon mama sangat2 tertekan. semua itu mama lakukan semampu mama. dengan kekuatan dan kudrat yang ada pada mama.

mama tak tahu nak citer pada sapa. mama peluk along.mama nangis di pangkuan along. mama minta maaf pada along. mama rasa mama bersalah pada anak mama yang masih kecil itu. anak mama yang terpaksa melalui kehidupan perit dan getir di usia yang amat mentah. mama pasti along belum mengerti apa yang mama luahkan pada along. sian anak mama. terpaksa mendengar luahan hati mama. apa salah anak mama? kenapa tiada secebis kebahagiaan buat anak2 mama? mama cuba memperbaiki semua itu. mama cuba beri kasih sayang dua jiwa. tak berbelah bagi buat anak2 mama. tapi along pasti akan tetap rindukan ayahnya. memanggil2 ayahnya..meskipun dlm pelukan mama. mama sangat teruji di saat ini...


Thursday, February 17, 2011

edisi melepaskan perasaan : Jahat !!!!

Semalam masa balik keje, area rumah aku…aku ternampak ‘makhluk jahat’ tengah berjalan menuju ke tempat letak kereta! Wajah yang takkan aku lupa (sampai bila2..??? ) Apa dia buat sini???? Huuhh..menyirap darah aku. Wajah yang aku benci! Rasa nak je aku nak langgar makhluk itu. Aku tidak suka berperasaan begini. Aku tidak suka menyimpan perasaan dendam / marah/ benci dan seumpamanya. Aku cuba dan terus mencuba hilangkan perasaan itu pada insan2 yang secara langsung atau tidak langsung mengganggu rumahtangga aku. Aku cuba. Maafkan aku. untuk edisi melepaskan perasaan kali ini .

Aku memang sangat @#$%^& ngan beberapa manusia yang berhati jahat ini. Masakan tidak….jika dia adalah KAWAN kepada my ex-hb, sudah tentu dia tidak akan ‘menggiatkan’ perbuatan tidak elok kawannya. Kami pernah jumpa beberapa kali. Aku kenal dia. Isterinya. Dia juga insan berkeluarga. Punyai anak dan isteri. Tapi…. dia berapi-api mem’provokasi’ kan hubungan terlarang kawannya dengan seorang anak dara tua . Jahat !!!! Kawan jenis apakah itu…..????? Dah tahu kawannya memang dah berbini dan beranak pinak….beria-ia dia menggalakkan kawannya itu menjalinkan hubungan dengan perempuan lain. Aku sangat kecewa dengan sikap manusia sebegini. Sanggup melihat rumahtangga kawan sendiri berderai. Aduh ! Apa jenis manusia kah anda??? Bukan main syok lagik anda ‘menggiatkan’ kawan anda di FB dengan girlfriend dia.

Astagfirullah….maafkan aku kiranya kata2ku ini keterlaluan. Sedih dan sangat terkilan….my ex-hb memilih orang sedemikian untuk dijadikan ‘kawan’….

To Mr.R…you owe me something! Now and hereafter. I knew what u did to my family. I am not putting all blames on you ! Tapi…aku ada bukti yang kau bersubahat dengan beberapa ‘kawan jahanam’ my ex-hb…menyokong hubungan terlarang itu. Sesungguhnya ALLAH SWT lebih mengetahui apa ‘sumbangan’ engkau kepada kemusnahan rumahtangga kami.

Kawan! Betapa pentingnya kawan ! Kawan tidak sehebat SAHABAT! Di mana-mana kita boleh cari kawan, buat kawan dan buang kawan. SAHABAT..adalah seseorang yang lekat di hati & jiwa selamanya. Satu dalam seribu.

Sesekali aku tidak menyalahkan takdir atas apa yang berlaku. Atau menuding jari pada sesiapa. Cuma bagiku..betapa pentingnya seorang sahabat. Bukan sekadar kawan untuk bergelak ketawa. Kawan untuk lepak2 di kedai2 kopi. Kawan untuk ber –chit chat di FB. Bukan !!!! Betapa juga pentingnya peranan individu bernama kawan dalam kehidupan kita. Untuk mempercikkan wangian kasturi meskipun kita tidak memiliki sebotol haruman kasturi. Sebaliknya…kita bisa terkena percikan api atau merasa bahang kepanasan seandainya berkawan dengan si pembuat besi.

Allah Maha Adil. Bukan aku mendoakan kebinasaan untuk sesiapa. Cuma…..janji DIA adalah pasti. Setiap perbuatan baik atau jahat aka nada pembalasannya. Keadilan akan terbela buat yang teraniaya.

walahualam...

Friday, February 11, 2011

simple life of mine : part 2

wiken nih..cikmah pon datang. takde oncall. hilang sikit sunyi n boring mama & anak2. kalo tidak ..mati kutu dok rumah 3 beranak. terbatas pergerakan. tapi xpe...tak lama dah. mia next month dah 1 TAHUN ! ya Allah... cepatnya masa berlalu....pejam celik pejam celik. mia dah nak masuk setahun. insya'allah..mia dah pandai berjalan ..mama senang sikit. mama bukannya kuat sangat nak dukung mia turun naik lif . dari tingkat 2 ke basement. sambil menjinjit beg 2,3 bijik. beg notebook. beg pakaian mia..apapun alhamdulillah...DIA menguasai segalanya...pada DIA lah mama memohon ..meminta.

macam xbleh g jalan2 je minggu ni. $$$$ tarak ! hahaha....windows sahaja boleh laaa. mmmm...plan nak g spa, sauna dan bla..bla...terkuburlah kot. cikmah pon kering. mana taknya..mama dah terbeli baju 3 pasang di luar budget. aduhhhh...!!!pompuan..gitulah...dah namanya pompuan. bernafsu 9. berakal 1 . betul ke? ya la tu kot...

simple life of mine

my dear munajah cinta

sebenarnya mata dah mengantuk. badan dah penat sangat. tapi malas nak tido lagi. ntah....tak tahu nak buat apa. Damia & Luqman dah tdo. suyah pon dah tdo. nasib baik suyah xde kelas since khamis petang. dapatlaa menolong aku menjaga along yang kurang sihat. khamis aku dah EL. along demam. malam meracau2. dah bagi ubat demam pon suhu badan masih panas lagik. keesokan harinya pon demam tak berkurang. mama terus EL.tak sedap hati tengok keadaan anak macam itu. tgahari mama bawak along ke klinik LA, bangi. lepas tuh ke UKM amik suyah. ringan skit mama rasa kalo suyah ada. tu pon suyah agak bz sekarang..nak masuk 3rd year.

xde apa yang menarik utk dikongsi di sini. it's just my simple life. kekadang hectic dan kelam kabut. kekadang manis umpama gula. that's life kan....

along dah ok skit, tadi mama hantar along pegi sekolah petang.sayang pulak x g sekolah ni.

ngantuk.nak tdo. talk to u later munajah...


Sunday, February 6, 2011

penatnya...

my dear munajah cinta

saat dan ketika ini, aku rasa sangat penat dan letih. fizikal dan mentalku. 3 hari dok rumah ngan anak2.marathon buat kerja rumah tak henti. penat sangat rasa. damia makin ligat dan manja. nak tinggal masuk bilik air kejap dah melalak x ingat. sesungguhnya teramat letih. dan tak tau nak cerita kat sapa. letih sangat. penat. rasa lembik dah.baru je telan panadol 2 bijik. aku biasanya setahun tak pernah telan panadol. tapi dah start kena telan..sbb kepala berdenyut2. aku mesti lakukan sesuatu. untuk mengembalikan keceriaan dalam hidup aku dan anak2. tapi aku masih tak pasti dan teragak2....

mia dok berbelit di kaki.pantang nampak mama rilek jap..gotto go..