Total Pageviews

Sunday, November 29, 2009

Bersalah

Entah ngape aku sangat2 rasa bersalah meninggalkan keje pada saat ini. Kesian diaorang kat opis. Scheduled tight. Banyak projects are still going on. Aku pon tak sangka...I am not allowed to fully used my left leg yet. No full bearing on it! Agak terkejut bila Dr. Loo gave me another hospitalization leave 2 months. After he explained everything, then I understand. He is worried...sooo worried about me and my pregnancy . Berat badan makin bertambah. If the leg is not fully recovered, there will be a risk when it tries to support my body weight now. Uhhh..berapa laa berat aku sekarang. Rasa tak selesa..tido, duduk. Berdiri & berjalan ngan walking frame tu pon kena sgt berhati2.

Kekadang, people surrounding plays an important roles as well. Iyalah...sokongan keluarga, kawan2 rapat, orang tersayang amat penting untuk membantu seseorang ..emotionally, or physically. Kali ini banyak pengajaran & pelajaran yang aku perolehi...itupun anugerahNya juga.

Memang kita tak akan pernah terduga ..apa akan jadi pada kita esok atau lusa. Semuanya dalam genggamanNya. Kita hanya cuma mampu berikhtiar, usaha, doa..selebihnya kita serah padaNya. Begitu jua aku sekarang, banyak yang dirancang...itu and ini. Tetapi, aku hanyalah insanNya yang lemah. Sangat lemah. Justeru..pada saat dan ketika ini..aku merasa lebih tenang dan redha dengan pemberianMu. Moga aku terus diberi kekuatan Ya Allah.



Saturday, November 28, 2009

Bicara buat Puteri

29th November 2009

Usia kandunganku sudah mencecah 24 weeks. 6 bulan! Cepatnya masa berlalu. Tetapi liku2 yang ku lalui sepanjang mengandungkan puteriku ini akan ku kenang hingga akhir hayat aku. Semua ini adalah anugerahNya samada berbentuk ujian, nikmat, musibah atau rahmat. Puteriku sudah semakin aktif. Saban hari 'tendangan'nya semakin kuat. Macam dia pun tidak sabar untuk melihat dunia di luar yang penuh dengan seribu satu keindahan,cubaan. Ciptaan Yang Maha Esa. Puteri bagaikan ingin tahu...apakah...siapakah...mengapakah...mamanya sentiasa bersedih. Bagaikan dia tak sabar untuk membuatkan mamanya tersenyum puas pabila melihatnya lahir di muka bumi ini.

Duhai puteriku
Dirimu adalah anugerah tak ternilai buat mama. Maafkan mama sayang sekiranya dirimu turut 'merasakan' kepedihan dan kesakitan yang mama tanggung. Maafkan mama sayang sekiranya dirimu turut 'menangis' tatkala mama dirundung malang. Semua ini dugaan buat kita sayang. Mama yakin...anak mama ini akan menjadi seorang yang kuat, berani & tabah...melebihi mama. Puteriku...segala tangisan dan airmata akan hilang sayang. Puteri, abang long & kakak....akan bahagia bersama-sama mama hingga ke hujung nyawa mama. Mama berjanji untuk berikan yang terbaik buatmu, abang & kakak.

Duhai puteriku
Mama akan cuba hapuskan airmata mama setiap kali mama mengusap puteri.Mama tidak akan dapat melupakan satu saat dan detik di mana seorang yang bergelar 'ayah' pernah berjanji akan menjagamu dan mama sebaik mungkin sampai bila2 sebaik sahaja mengetahui dirimu telah wujud dalam perut mama. Itu hanyalah kata2 dusta seorang yang hanya mementingkan diri sendiri sayang. Mama yakin..puteri juga 'dengar' kata2nya kan..? Maafkan mama sekali lagi. Jika pada saat ini puteri inginkan belaian, sentuhan dari seseorang yang bergelar 'ayah'. Maafkan mama. Dia masih ada di dunia ini sayang. Tapi, dia sudah meminggirkan kita demi mengejar cita2nya. Biarkan dia sayang....! Puteri ada mama. Mama akan jaga puteri sebaik mungkin. Biar bercerai badan, jasad atau nyawa.....segala akan mama korbankan buat anak2 mama.

Duhai puteriku
Mama menunggumu dengan seribu satu pengharapan. Mama sentiasa mendoakan dirimu dan mama juga sentiasa dilindungiNya.

Mama luv you sayang !

Along

Malam ni Along balik kampung. Naik bas ngan SuYah ( adik perempuan bongsuku, Syakirah ). Sunyi sepinya bila dia takde. Aku dah decide untuk menyekolahkan Along di kampung. Aku bulatkan tekad. Cukuplah atas pengorbanan Along selama ini. Terpaksa bertukar sekolah dan akhirnya quit sekolah di sebabkan masalah2 yang timbul. Walaupun masih kecil, aku yakin Along memahami apa yang sedang berlaku dalam keluarganya. Namun, sebagai ibu yang mengandungkan 9 bulan, melahirkan, menyusukannya 2tahun 4bln, membesarkannya...naluri aku berkata....jiwanya turut memberontak. Dia turut bersedih atas apa yang terjadi pada kedua ibubapanya. Dia memerlukan aku..ibunya..disisinya sentiasa. Saban waktu. Begitu juga aku. Aku tak sanggup untuk berjauhan dengan putera sulungku itu dan juga puteriku.Anak2 mama adalah nyawa mama. Ini janji mama pada anak2 Mama.Mama akan sentiasa bersamamu sayang! Insya'allah.

"Ya Allah! Engkau lindungilah anak2ku sentiasa. Jauhilah mereka dari ditipa malapetaka yang tidak diingini. Sembuhkanlah anak2ku dari segala macam penyakit. Jauhilah mereka dari segala macam penyakit. Sesungguhnya padaMu terdapat sebaik2 sembuhan. Sembuhan yang tidak meninggalkan apa jua kesan pada mereka. Engkau jadikanlah anak2ku anak yang pandai, bijak, berakal, beriman dan beramal padaMu Ya Allah"

Andai Aku Berdosa

Aku pernah berbicara pada seseorang, andai apa yang aku alami ini adalah balasan dosaku pada sesama hamba Allah, maka pada hamba juga aku patut memohon keampunan. Aku pohon agar maafkan segala salah silapku secara sengaja atau tidak. Setulus hati aku memohon kemaafan .Maafkan aku. Jika sekiranya ini adalah ujian buatku, berikanlah aku kekuatanMu Ya Allah. Aku adalah hambaMu yang lemah. Tapi aku yakin, Dikau tak akan menguji hambaMu melainkan yang terlayak dipikulnya sahaja. Ya Allah....jangan sesekali Engkau putuskan kasih sayangMu padaKu. Aku mohon agar aku makin tabah dan sabar mengharungi apa jua ujianMu ini.

Berehat di kampung

For another 2 months, what I am gonna do here? Nobody here....! Hanya aku, Addini & bibik. Imi akan start keje soon. Lama benar dah dia tanam anggur kat sini. Masa datang sini dulu pon, dia janji ngan ma nak carik keje kat KL. Aku rasa aku tak boleh nak sekat dia nak keje. Sampai bila dia nak temankan aku. Aku buat keputusan untuk balik Kelantan. Esok atau lusa, adikku Kamilah akan datang. Tak sure nak naik flight ke ..atau dia nak drive.

Biarlah aku berehat dan pulihkan kesihatan aku dengan tenang di kampung. Dalam rumah ini aku rasa bukan 'syurga' buat aku dan anak2 lagi. Kami cuba hidup bagaikan di syurga di mahligai ini, namun kebahagiaan kami dimusnahkan..dikhianati. Persekitaran pon agak tidak sesuai untuk aku membesarkan anak2. Nak jumpa orang Melayu sorang pon susah. Hanif memanjang akan menyorok belakang aku kalo naik lif. Apa taknya...orang dalam lif mcm2 color, bentuk dan rupa. Dia pon takut. Memang ..soon or later rumah ini hanya tinggal kenangan....buat aku dan anak2.

Buat masa ini aku amat2 memerlukan pertolongan adik2 ku. Syukurlah...aku masih punya adik2 ku yang dapat membantuku. Walaupun saat ini aku masih punya 'suami' tapi tiada apa-apa lagi yang aku harapkan dari dia.

Another 2 months rest.....

Last 2 days, I met the orthopedic specialist again. He was very satisfied with the progress on my left leg.Yes, I can start steps on but not to use my left leg with full bearing on it.I have to use walking frame this time around. Due to my 23 weeks pregnancy, he is so worried if I fall again. So, I must be extra careful until my left leg fully recovered.I pon terkejut gak, rupanya kritikal jugak patah2 ni ek. Cuti sampai berbulan2.Doc cakap, actually ikut procedure he needs to do one more time X-Ray. Tapi, sbb pregnant..he try to limit as much as possible X-Ray. He gave me hospitalization leave till 26th Jan. Uhhh…by that time I dah 8 months pregnant! About my baby…...I am waiting for another princess to come out. Tapi princess dok songsang le pulak.Harap2 dia cepat2 pusing sbb dah nak masuk 6 months dah nih. Pray for me k...

Wednesday, November 25, 2009

6 weeks

26hb November 2009
Bagaikan sekejap saja masa berlalu, hari ni aku ada next appointment ngan ortho specialist. nak jumpa gynae jugak. mmm...aku tak decide lagi nak bersalin kat mana.hari ni dah mencecah 6 weeks aku terlantar kat rumah. usia kandunganku pon dh 23 weeks !!! Ya Allah...cepatnya masa berlalu.

Esok hari raya haji. nampak gayanya ..dah 2 tahun berturut2 aku tak balik kelantan.sedihhhnyerrr....!sabar je lah. sian kat budak2 tu jugak. tapi apa nak buat. ini adalah 'pengorbanan' kami. pengorbanan aku dan anak-anakku.

Tuesday, November 24, 2009

New kick - off...

24th November 2009
Assalamualaikum

Sudah lama benar aku tidak menulis. Menulis diblog. Kalo dulu aku mmg hantu blog.Ada saje benda aku nak tulis kat sini.especially pasal anak..pasal family..pasal keje. tension ,hepi, geram..semua nak luahkan kat blog.Rasa semacam satu kepuasan.Rasa release. Mmg aku suka menulis.Bukan buat novel ke hape...bercerita sorang2 ala2 virtual diary gitu. Ramai orang pon gitu...