Total Pageviews

Sunday, July 18, 2010

pecah rumah : part 2

tak sampai 10 minit. 2 org encik polisi sudah tiba. sungguh cepat & betul !!!sorang bawak senapang patah. sedikit rasa lega. aku menunjukkan kepada encik polis rumahku. dua2 orang masuk.dan menggeledah. kot2 laa malaun itu masih ada dalam rumah ku ke..apa ke. ok...encik polis suruh aku masuk. selamat untuk masuk. aku letakkan Damia atas tilam kecik dia. diam laaa pulak si kecik nih bila polis ada. tadi..bukan main melalak ngan mama..huuhuhu.

polis - biasalah tugas polis..menanyakan itu dan ini sambil2 memeriksa keadaan rumahku. encik polis suruh aku periksa..ada benda yang hilang. dalam keadaan blurrr....aku memeriksa....dan dengan selamba aku jawab xde apa2 yang hilang. sbb seingat aku memang x simpan cash kat rumah apatah lagik barang kemas memang takde. hahahha...padan muka pencuri tuu. encik polis memberitahu....lama dah kawasan rumahku itu xde kes pecah rumah macam ni. banyaknya...kes samun & ragut. whatttt????????

encik polis memaklumkan bahawa report hendaklah dibuat di balai polis yang berhampiran sebelum jam 12 tgh malam. aku memberitahu encik polis....nak bukak pose dulu..pas maghrib baru buat report. tunggu si dien atau adik aku datang. encik polis kemudiaannya beredar dan memberitahu aku agar berhati2......dan diaorang ada di sekitar kawasan rumahku..just in case aku memerlukan apa2 bantuan.

time kasih encik polisi. sorang sungguh peramah. siap mengagah2 si Damia.

aku tutup pintu. dan berbaring depan tv ngan Damia...sambil tunggu masuk maghrib.............

pecah rumah : part 1

It was 15th July afternoon...
Aku sekoyong-koyong balik dari opis...agak awal sampai rumah..dalam 5.45ptg. ganti puasa hari tuh. aku tiba di depan apartmentku dan terkejut..."apsal...gril tak berkunci nih?". okay...aku masuk dan membuka pintu rumah.emm..it's locked from inside. dalam kepala aku ..aku fikir mungkin adik aku balik rumah kot.sebab dia je yang ada kunci rumah.

aku melangkah masuk sambil membimbit bangkul Damia. Ya Allah....!!! master bedroom & bilik tengah berselerak !!! pintu & drawer almari ternganga & lampu & kipas terpasang ! Ya Allah...rumah aku kena pecah masuk nih !!! Aku panik dan bergegas keluar dari rumah. serta merta bersama Damia. aku capai handphone ku dan mencampak handbag. tak cukup tangan nak menggalas handbag.

Ya Allah....apa aku nak buat nih????? No tepon Ma aku dialled. Owh...no response. x angkat. aku tepon Dien. pon x angkat. aduhhh...!!! tak tahu nak buat apa. keliling pon sunyi xde orang. Damia pon dah mula menangis. menangis kemudian menjerit & melalak. ahhhh...aku panik + sedih + takut. aku cuba tepon Ma lagik. dien lagik. sawani jugak. rumet jugak.semua nombor aku dialled. oooo..999...aku mesti kol 999 ! terus aku dialled '999'.

aku : hello..tolonggg saya ...!!! rumah saya kena pecah masuk ( hua...hua...huawaaaa!!!!)
999 : hello..puan. sila bertenang Puan. kami akan membantu Puan...
aku : uwaaaa...(makin kuat plak aku menangis )
999 : Puan...boleh bagi nama & alamat puan
aku : saya #$%^&*...alamat rumah !@#$%^&*...tolonggg saya !!!! uwaaaaa...(sambung melalak !) (ishhh..teruknya aku nih )
999 : Ok...puan bertenang anggota polis akan tiba secepat mungkin
aku : (ntah apa aku cakap daaa..)

Monday, July 12, 2010

TOUCHING ..TERHARU …HAPPY…


kek Baskin Robbin yang sangat sedapppp....


Last Sunday...a get to gether session ngan my best buddy Nono, Azi, Iza, Dila & Che Su @ umahku. Rasa H.A.P.P.Y sangat2 dapat jumpa, borak2 & makan2 ngan diaorang semua. Thanks untuk Salman & Mahzan jugak sebab menemani si isteri borak2 & gelak2 hu haaa..hu haaa..!


Menu semalam sempat masak mee kari & macaroni goreng jer. Nono bawak nasik mandi (eh..apa ekk nama ???) sbb taknak susahkan aku masak ( not at all dear …cooking i s my therapy…hehehe). Ingat nak masak ‘tomyam tulang versi kelate’ tapi…budu yang sepatutnya diimport has dari kelantan tertinggal oleh aku ku – kirah. So sorry kenkawanku…xdapat nak masak special menu untuk u all. Insya’allah..panjang umur kita boleh get together again and of course with more variety foods.


TOUCHING ..TERHARU …HAPPY…semua ada apabila kawan2ku siap beli kek Baskin Robbin. Advance birthday celebration untukku. Nasib baik birthday girl boleh kontrol…so xde adegan syahdu2. Thanks soooo much u all !!!! Tidak cukup dengan itu….dapat hadiah harijadi pulak! Gua memang cair ngan surprise kawan2! Handbag CR yang sungguh anggun itu ! Mmmuaaahhh ! Terima kasih banyak2……..!!! dari myself & little Damia.


Yang paling penting “TERIMA KASIH” kerana begitu memahami aku , keadaan aku & situasi ku. Dan…jutaan MAAF aku pohon sekiranya ada sebarang kekurangan atau salah silapku pada kalian. Kehadiran kalian sangat bermakna buatku ! Luv u all !!! Mmmmuuuaaahhhh *


Friday, July 9, 2010

Thanks to FB!

Malam ni aku rasa sangat happy sbb seseorang yang pernah aku kenal 22 tahun yang lepas...menyapa aku di FB! sangat terkezuuttt..heran...dan kagum...macam mana dia still ingat aku? cam aku? ok...mungkin sbb nama aku.

so touching bila dia mula bercerita ttg zaman2 kanak2. masa darjah 5. cukup kuat ingatan kawanku ini.sedangkan aku mmg langsung xingat !!!teruknya aku ni.mungkin sbb urat banyak putus.sbb beranak.

aku sebenarnya jarang nak accept sapa2 yg add aku di FB.melainkan aku betul2 kenal. almaklumlah...'stay safe online'...!tapi..mcmmana ntah aku ter'accept' kwnku ini wpon langsung xingat nama atau cam profile pix dia. Thanks Illa !!!

rupa2 dia seorang doktor metafizik.dan punya pusat rawatan sendiri @ shah alam. adakah sbb dia Dr...ingatan dia sangat kuat??? satu persatu memori 22 tahun dulu dia imbas kembali! pasti ada hikmahnya sebuah pertemuan ini...insya'allah akan terjalin semula persahabatan dengan izinNya. semua dengan kehendakNya.


wallahualam

Thursday, July 8, 2010

9th July

jeng...jeng...jeng....
berjaya isi minyak kete untuk pertama kalinya !!! TAPI dengan bantuan abangLa...tQ to mamat bangla yang siap sedia menunggu di tepi keretaku untuk isikan minyak..huhuhu..!Ohh...lesson learnt...next time kena cuba isi sendirik !apa2 pun alhamdulillah...

Wednesday, July 7, 2010

Oh adik-adikku....

Hatiku rasa agak panas sedikit….

Aduh…adik Oh adik…..

Cubalah ada sedikit rasa timbangrasa dan tanggungjawab

Jangan terlalu mementingkan diri sendiri…

Jangan terlalu nak kumpul harta

Jangan terlalu kedekut


Kekadang..letih aku ngan sikap adik-adikku

Hanya kerana aku bergelar kakak

Hanya kerana aku bergelar anak sulung

Hanya kerana beban & tanggungjawab keluarga di bahuku….

Jangan terlalu pentingkan diri sendiri


Cuba-cubalah menjadi insan bertanggungjawab pada keluarga

Pada ibu kita

Satu2nya ibu yang kita ada dunia & akhirat

Bukan dua atau tiga….

Aduh….aku rasa panas…..

Astagfirullahull’azim…


ps: if any of you read this post...


lift rosak

hari ni pagi2 dah exercise turun tangga. dari tingkat 2 ke basement. ngan si comelku. lift rosak. aduhhh....!!! sib baik tingkat 2 jer...kalo rumah aku tingkat 5,6,7,8,9...huhuuhu..jawabnya aku EL laaa hari ni. alhamdulillah.....Damia x nangis masa aku bawak dia turun tangga. Damia anak yang sangat memahami. Terima kasih sayang mama !!!

ini adalah event yang pertama selama aku dok apartmen ni..setahun lebey. so far xpernah ada masalah mcm ini. mintak2 petang karang (dan hari2 seterusnya..) lift sihat & tidak meragam...kalo tidak....uwaaaaaa!!!!!

Monday, July 5, 2010

dugaan

semalam...dalam pukul 11pagi...aku mendapat panggilan. panggilan kecemasan. dah suspen dah kalo panggilan dari kampung. almaklumlah...putera & puteriku sekarang berada di kampung. along terjatuh kat sekolah. macam mana ntah...kepala bleh terhantuk dekat meja dan luka. di bahagian kelopak mata. bahagian bawah kening skit.

aduhhh....risau mama. Allah swt je yang tahu macam mana perasaan seorang ibu.bila benda2 mcm ini berlaku kat anak2. along diberi 3 jahitan dan m.c sampai minggu depan (budak tadika pon ada m.c jugak???). borak ngan along. along tak cakap apa2 pon. mungkin terkejut dgn mama. mama menangis teresak-esak dalam talipon. risaukan along. sangat risau. dan rinduuu semestinya...

Sunday, July 4, 2010

4th July

weekend nih cikmah x datang.cikmah ada on call. cian dia.cikmah citer dia kena xray mayat cina mati kena tembak...huhuhu.csi nyer keje cikmah.cikmah penat. 3 hari berturut-turut dia on call.baru start on call. nak carik extra income nak kawen ler tuu..mmm.

sunyinya weekend ni. biasanyaa cikmah akan datang temankan mama dan mia. nasib baik mia mama ada. mia memang teman mama. anak mama yang sangat baik. mama dan mia x g mana2.mama siapkan keje rumah apa yang patut. mia nangis bila boring n nak tido. mama join mia tido sekali sbb mama pon tak tahu nak buat apa. mama nak baca buku pon mama xde mood. mama rindu along ngan kakak sgt2.

Friday, July 2, 2010

mia....oh...mia !!!

mama balik pukul 6 tadi. agak lambat amik Damia. jalan jem teruk...kecut perut mama. bawak kete dlm jem teruk. mama sampai nursery kol 6.22. kalo x jem teruk...10 minit dh sampai. sebab dekat je opis mama -->nursery -->rumah. mama susukan damia kejap. sebab damia biasanya xbleh tengok mama.especially time balik keje. terus nak nenen. dekat 10 minit gak mama bagi nenen kat damia. hampir nak tertido anak mama.tapi jaga balik. mama letak damia dalam bakul mudah-alih.seat depan.pakaikan seat belt. start enjin terus drive balik (harap2 mia xnangis dalam kete)...

arrrghhh,...tension. jem teruk giler. damia sudah mula nangis.uwaaaa!!! makin kuat & makin kuat !!!panik mama. kete pulak langsung xbleh nak gerak .jem teruk sangat kat simpang traffic light seri kembangan. mama cuba pujuk2 mia. x jalan. makin kuat mia nangis.adusss...nape ni sayang???

kete plak bersesak-sesak.biasa laaa..jumaat petang. mia nangis lagi...mama panik. mama angkat kejap mia..eh...kete dh gerak...mama letak balik mia. mia nangis....
mama memecut perlahan(aiseh...pecut ke???) ...wpon rasa tak tenteram mia tgh melalak.mulut mama terkumat kamit mintak pertolonganNya.alhamdulillah.....mama & mia selamat sampai kat rumah.tak sempat naik atas...mama menyusukan mia dalam kete. biar mia reda jap. nnt menangis dlm lift pulak kang.mia tertido.rupa2nya anak mama ngantuk sgt. cian anak mama.

mia...oh mia !!!