Total Pageviews

Monday, September 26, 2011

newly discovered fragilities...

rupa-rupanya aku cukup fragile bila....
1) mandi lewat malam (9.30pm above)...will result ...selsema,batuk2 & boleh melarat to demam
2) makan petai .... will result....sore throat & worst case is bengkak tonsil

apa punyer fragile laaa....huhuhu...

Sunday, September 25, 2011

cerita jusco

Last Saturday…my first time ever bawak Damia & along ke Jusco. Bertiga. Sebelum ni..mmg mama tak pernah bawak along & mia ke tempat awam. Melainkan ada orang lain membantu. Especially cikmah & suyah. Mama tak kuat nak mendokong lama2 dan takut xterkejar anak2 ke situ sini. So…last Saturday..i did it. Seawal 9.45am kitaorg dah depart dari rumah. Sebab xnak beresak2 ngan org ramai kalo keluar lambat. Dan juga nak dapat parking dekat ngan lift! Mood mia OK. Pagi2 dh bekpes dulu sebelum kuar rumah.baekkk punyer plan.

Alhamdulillah..shopping mama berjalan lancar wpon mia ada meragam skit2. Dari bahagian pakaian wanita ke groceries sections….everything smooth. Mia mama letakkan dalam trolley barang. Sian pulak dia nak berjalan terkedek2. Dan..mama pulak xlarat nak dokong dia. Along did his job well! Menjaga mia dan assist mama.

Menjengah ke pukul 12tghari kami stop at one bistro inside Jusco gak. Setelah makanan yang di order sampai…..mama,mia & along mula utk makan. Tak berapa lama makan…in fact xsempat habis makan pon…mia dah nak terlelap. Mata dah x boleh nak celik.OMG!!!! mama panic! Barang banyak dlm trolley & of course mama kena dokong mia! Sebelum mia meragam sbb nak tido..mama cepat2 membayar tanpa sempat memperabiskan makanan yg di order. Mula2 mama nak masukkan mia dlm trolley …tapi tak boleh…mia meragam nak tido. Nak tido atas dokong mama! Mama panic ! Tangan mama tak kuat nak dokong mia. Dan jugak nak sorong trolley yang sarat dengan barang! Aduhhhh…

Along sorong trolley. Kejap ke kiri..kejap ke kanan! Laju langkah menuju ke lif. Boleh tahan jugak ye….sesuatu di luar perancangan namun kami selamat sampai ke car park.huh..boleh tahan lenguh tangan.Sian along…bibir dia cedera skit masa sorong trolley sarat barang.mcm mana ntah. Apa2 pon…alhamdulillah…thank u ALLAH…! Some lesson learnt! Terima kasih buat anak2 tersayang kerana berada di sisi mama di saat suka dan duka. Maafkan mama atas kekurangan Mama. Kalian sumber kekuatan Mama!!

Tuesday, September 20, 2011

aku yang tak sempurna

celaru. fikiran bercelaru. perasaan bercampur baur.
kita cuba dan sentiasa cuba buat yang terbaik. kita letakkan satu benchmark yang kita nak capai. harus dan wajib capai. bila tak tercapai. kita rasa sgt frust. sedih. kecewa. marah dengan diri sendiri. kenapa aku tak boleh buat? kenapa aku tak berjaya buat? kenapa? kenapa? dan kenapa? keadaan ini mewujudkan satu tekanan yang dasyhat dan boleh melarat kepada perkara-perkara lain jika tidak dikendalikan dengan betul.

Monday, September 19, 2011

keliru

(image from blog ummuhusna99)

Tiba2 mama xsampai hati nak hantar dini balik rumah tokma semula. Dini syok duduk ngan mama. Ngan along dan mia. Along excited..dua2 adik dia kat sini.

Along tak bagi mama hantar dini to tokma. Mama serba salah. Mama janji akan hantar dini semula selepas seminggu.tokma gelisah dini xde. Mama tahu. Mama rasa serba salah.Mama nak TokMa happy. Mama taknak TokMa sedih. sorang2 kat kampung. ada dini TokMa hepi..ada teman borak..ada org teman TokMa sapu sampah..ada org teman TokMa potong bawang...ada teman berbual TokMa yang tak letih2 bercakap :)

Hatta...kalo mama mampu bagi segunung intan berlian utk membahagiakan TokMa..mama akan buat. Mama cuma ada TokMa sahaja...TokAbah dah lama dah xde. sekarang...mama akan rasa mama 'merampas' kebahagiaan TokMa sekiranya mama amik dini tanpa restu TokMa...

Mama mintak ngan tokma nak amik dini hujung tahun ni. Dini akan sekolah di KL with along. Itu janji mama pada tokma. Bukan sekarang….macam mungkir janji pulak ngan tokma jika mama tak ‘pulangkan’ dini semula. Mama keliru…

Sunday, September 18, 2011

...

Ya Allah...berikanlah aku kekuatan !

Monday, September 12, 2011

sharing something beautiful

"Tidak ada sesuatu yang menimpa seseorang Islam sama ada kepenatan, kesakitan, kesusahan memikirkan perkara yang akan datang, kedukaan, sesuatu yang menyakiti, atau kesusahan meningatkan apa yang telah berlaku - sehinggakan tikaman duri yang mencucuknya - melainkan Allah hapuskan dengan sebab itu, sebahagian dari dosa-dosanya. " (Hadis Riwayat Bukhari)