Total Pageviews

Saturday, February 27, 2010

melankolik


.....sedikit rasa melankolik dalam diriku. ku pohon ampun dan maaf darinya.dari hujung rambut smpi hujung kaki.halalkan makan minum selama kami hidup bersama.doakan aku mudah bersalin & selamat kedua2nya.aku x bleh nak menahan airmata jatuh bercucuran di pipiku....entah mengapa ...perasaan aku bercampur baur ketika ini.......

Thursday, February 25, 2010

26th Feb 2010

semalam aku pegi An-Nur.checkup perut utk week 36. Alhamdulillah....alhamdulillah.....alhamdulillah. Segala puji hanya padaNya. baby dah turn ke posisi yang betul.insya'allah....mama akan dapat melahirkan puteri dengan cara normal.insya'allah.

keje
aku berhajat untuk kelik kelantan this weekend . 6th. harap2 aku boleh bertahan untuk masuk opis for the whole next week. risau dan bimbang pasal keje. kesian jugak kat my colleague.terpaksa cover keje BCM berdua.R&D pulak aku tak siap lagi. due for internal review 17 March. urrghh...aku dah bersalin dah kot tuh. means that mmg aku kena siapkan juga sebelum bersalin.or sebelum balik kelantan.reviewed artikel dh dapat. kena adjust2 skit. mmmm....akan aku cuba buat apa2 yang patut dengan masa yang terhad ini. insya'allah. lagi satu benda dalam fikiran aku ini ialah...GSEC review class bulan 6. ohhhh.....bila aku nak study nih....

Saturday, February 20, 2010

21th Feb 2010

semalam..pukul 1.30am baru sampai rumah. aku ke kg jawa shah alam ditemani shimah dan pak sedaraku. jumpa ustaz berkenaan kandunganku. ikhtiar. insya'allah...dengan izinNya...puteri akan berada pada kedudukan yang betul untuk aku melahirkan dia secara normal insya'allah. duduk elok2 ye sayang mama...insya'allah sayang akan keluar ikut jalan yang betul .insya'allah.

Friday, February 19, 2010

20th Feb 2010

next weeks kandunganku mencecah 36 weeks. aku plan untuk pegi keje sampai 5hb. another weekend nak pack barang2 balik kampung. ready untuk bersalin.huhuhu....takuttt. membayangkan sakit bersalin.Ya Allah...permudahkan segala urusanku ..amin.

this weekend addini is not with me.ikut babah dia balik kampung. mmmm...aku terpaksa mengalah. last week 4 hari dah aku bolot budak tuh. nak x nak kena kasik ler can kat bapak dia pulak. addini ni kan ada satu pesen.kalo lepas jumpa babah dia.nanti...akan menyebut-nyebut "babah..sayang nini..." berulang2 kali.sampai aku naik jeles & geram .isshh..budak2. mana tahu apa2.

ingat nak setelkan keje opis this weekend.xde laa aku buhsan sangat.sementelah laa addini xde.nak gi shopping x gaji lagik.mcm aku kena setelkan jugak keje2 opis.see how laaa...

Monday, February 15, 2010

16th Feb 2010

pada saat dan ketika ini..ada sedikit kerisauan di hatiku. risau seorang ibu. runsing seorang ibu. kandunganku masih dalam keadaan songsang. lagik seminggu genaplah 9 bulan ! Ya Allah.....aku mohon yang terbaik dariMu. Hanya Engkau lebih Mengetahui. Amin.

Usia kandungan hampir mencecah 9 bulan. aku mahu singkirkan apa jua kerisauan, kesedihan atau kegelisahan.biar semua itu pergi jauh2. aku mahu gembira dan tersenyum menantikan kelahiran puteri bongsuku.

aku juga berharap dapat ke opis sebelum aku bercuti. ingat nak bercuti awal.dalam 10th March tuh aku nak balik kelantan dah.harap2 aku boleh bertahan for 2,3 weeks lagi. insya'allah.berikanlah kekuatan padaKu Ya Allah.

Friday, February 12, 2010

cny

cny holidays.cuti yang agak panjang. ramai yang amik peluang balik kampung. aku tak pegi mana2. berehat kat rumah. ingat nak siapkan keje opis. tu pon kalo ada moood.artikel dh hantar semalam untuk direview.due date artikel 7 March. kira quite early gak aku hantar. kena amik kira tempoh berding-dong jugak. my paper on code of practice in progress. aku rasa hepi bila buat benda lain skit from my usual task.

nasib baik addini ada ngan aku this weekend .kalo tidak lagi mati kutu aku dok kat rumah nih. actually her babah nak amik dia bwk balik kampung utk beberapa hari.bukan aku tak kasi...tapi disebabkan cuti lama...biarlah addini ngan aku 2 days. ngan dia 2 days.last2...terus xnk amik addini. merajuk ntah. biarlah...malas nk layan.

Thursday, February 11, 2010

masanya akan tiba

alhamdulillah. mgu nih masuk 3 weeks aku berjaya menggagahkan diri ke opis. walaupun dalam keadaan sarat, aku cuba menapak ke opis. gagahkan jugak diri walaupon kadang2 kaki rasa sengal2 sendikit...menampong berat badan yang bertambah 13kg ini. penat dan mengah. tapi aku rasa puas dapat masuk opis. Ya Allah....lindungilah hambaMu ini sebaik mungkin Ya Allah.

Due date aku 23 March. kalo ikutkan my previous pregnancies...selalunya akan bersalin awal 8 or 10 days.mmmm...ingat nak amik cuti awal laa bulan 3 tuh. harapnya aku dapat siapkan keje2 opis ikut schedule sebelum bercuti atau bersalin. masanya akan tiba....

about me and him? buat masa sekarang aku cuba utk bertenang.tak fikir atau plan apa2. eventhough I've decided something but it's better for me to keep it silent. terlalu bercakap atau bercerita pasal benda ni akan lebih mengundang sakit hati, sakit kepala, sakit jantung dsb. aku pernah didatangi seseorang bertanyakan status hubungan kami ...." eh..dah divorced kebelum??? bila nak divorve???"..aku cuma mampu tersenyum atau hanya menggeleng atau mengangguk kepala. kekadang...itulah yang lebih banyak berlaku. sukar aku nak jelaskan. yang pasti.... masa akan tiba.... pasti akan ada jalan keluar terbaik dariNya untuk kami. aku redha dan akur dengan setiap pemberianNya. walaupon keperitan dan kesengsaraan yang aku ( & my kids ) tanggung tidak terungkap dengan kata2. hanya Allah swt yang Lebih Mengetahui. berbicara atau mengungkit kisah lepas akan lebih menghiris hatiku..ibarat luka yang belum sembuh disimbah asam limau nipis! adusss......

terima kasih tidak terhingga buat ma & adikku2.you're my everything. aku tak tahu macam mana keadaan aku dgn anak2 sekiranya tanpa family di sisiku. for the past 1 years.....adalah detik2 yang tak akan aku lupakan sepanjang hidupku. ujian demi ujian...susah senang silih berganti. itulah realiti sebuah kehidupan. tidak aku lupakan buat teman2 dan sahabat yang begitu memahami dan memberikan sokongan moral buatku. hanya Allah swt yang dapat membalasnya.insya'allah dengan saki baki kekuatan yang aku ada...kan ku bina sebuah kehidupan baru dan masanya akan tiba...insya'allah.



okay gotto go...keje masih berlambak...c u..

Wednesday, February 10, 2010

34 weeks

smlm gi checkup kat An-Nur Bangi. Ni adalah plan B ku...kot2 laaa x sempat nak balik kelantan. hopefully sempat. here some updates;

week:34 (mmm...pandai2 je aku kira sendirik jadik week 36)
weight: 75kg (not bad...okaylah)
albumin/gula:nill
BP: 132/75
baby's position : masih belum turn..songsang (huhuhu..part ni horror skit)

i met dr.khamsiah for the first time. i got her testimonies from my colleagues yang pernah bersalin dgn dia. sudah 34 weeks now. another 2 weeks masuk 9 bulan ! cepatkan??? tapi sekarang baby tak turn lagik. based on my previous pregnancies...8 months baby dah turn. risau gak aku. doc cakap kalo tak turn jugak...jawabnya caeser (betul ke eja ni) ler. huhuhu....baby sayang....turn ye. mama nak lahir baby secara normal.insya'allah.

Monday, February 8, 2010

owh!

eh...next week aku dah masuk 36 weeks! owh....cepatnya. 36 weeks means 9 bulan! means..bila2 masa boleh bersalin. based on my previous pregnancies..weeks 38 tuh...aku dah selamat bersalin. so far abang dan kakak ...dua2 early 10 hari lebih kurang from the expected due date. huhuhu..nervous..nervous....!!!

okay..okay..esok pegi An-Nur Bangi..........just in case sakit awal...sakit kat KL....

Sunday, February 7, 2010

8th Feb 2010

Addini x abis2 memanggil mana pakcik atau abang atau lelaki yang dia jumpa sebagai 'babah'. Dekat kedai makan, mamat bangla pon dia panggil babah. boyfren syakirah pon dia panggil babah. bila dia dok main sorang2....dia akan sebut "babah....sayang...nini". she will keep saying that ! her babah used to say that evrytime he talked to her thru phone. she remember that. aku tahu...bila balik ke KL dan duduk dalam rumah tu..ingatan anak aku lebih pada babah dia. she is very closed to her father .she wouldn't say anything else but the way she expressed it....cukup terkesan di hati seorang ibu. sementelah sekarang her big bro kat kampung. dia kesunyian.

Semalam Addini ikut babahnya balik rumah babah. Masa mula2 dia tengok babahnya kat depan pintu rumah aku, bukan main hepi. Bibik cakap..atas dokong babah…dia tak tak putus2 cium pipi babahnya kiri kanan. Bibik jugak cakap ..babahnya menangis. Merah2 mata sambil peluk cium. anaknya . It's almost 2 months dua beranak tuh tak jumpa. Aku tak tengok. adegan itu. Aku dalam bilik baru lepas solat. Apsal…bila nak tido semalam…aku pulak yang menangis. Adooiii. Lemah sangat ke aku? Kenapa aku nak menangis lagi? Ya Allah…..aku tak nak menangis lagi. Aku tak sedar pukul berapa aku terlelap sambil mulutku tak putus2 berselawat padaNya. Istigfar padaNya. Pintaku...apa pun yang terbaik dariNya aku terima. Berilah aku kekuatan untuk teruskan perjuangan ini. amin.

Friday, February 5, 2010

uhh dim sum!



di pagi sabtu yang tenang...aku telah menelepon PGH nak booking high tea. dim sum punya pasal! mesti minah yang amik reservation tuh wonder..apa hal laa akak nih pepagi buta dah nk booked high tea. lantak laaa dik ...akak mengidam nak makan dim sum nih.hehehe.....meleleh air liur nih. xpe laaa..bukan kat JW Marriot pon takpe. PGH lagi dekat. nnt driver tatau plak nak carik JW Marriot kat Putrajaya tuh. akak ni lagi laaa....mmg tidak menguasai 'ruang' langsung. kalo suh navigate pegi mana2 kat KL ke ..dekat2 sini mmg failed!


uhh dim sum! walaupun survey kata dim sum kat JW Marriot tuh lagi sedap..tapi xpe laaa. akak terima le kat PGH tuh..sbb pernah makan kat situ.not bad. i loikke! sudah2 lah mengidam ye...harap2 lepas nih xde dah teringin2 nak makan apa2 lagi. cos xde sapa pon nak mencariknya.okay baby sayang?

Wednesday, February 3, 2010

pregnancy is always a lovely journey..no matter what

pregnancy is always a lovely journey..no matter what...

ya..itulah anugerahNya yang tak ternilai buat seorang wanita yang bergelar ibu atau bakal bergelar ibu. ganjaran pahala dariNya tak ternilai. janji syahid untuk seorang ibu yang meninggal dunia untuk bersabung nyawa melahirkan zuriat suami. itu belum lagi pahala menyusukan anak, bersekang mata menjaga anak dan membesarkan anak. semua itu besar ganjaran di sisiNya sekiranya dilaksanakan penuh sabar dan redha. insya'allah.
------

rasa makin tak larat pulak. perut makin membesar. kalo bukan sbb kakiku patah pon aku mmg dah x larat apabila sampai 32 weeks++. bertahan ye sayang. dah x lama lagi. mama pon x sabar nak jumpa sayang. sayang mama jaga lebih dari nyawa mama sendiri. moga Allah swt melindungi kita sebaik2nya sayang.

Tuesday, February 2, 2010

surat buat along - 1

surat buat along,
along sayang....mama ambil keputusan untuk menulis 'surat2' ini buat dirimu dan adik-adikmu. mama tidak pasti bilakah masanya along dan adik2 akan baca surat mama ini tapi mama yakin harinya akan tiba.insya'allah..panjang umur .. along akan baca surat2 ini bersama2 mama.

along,
sudah hampir 2 minggu mama tinggalkan along dengan tokma. along bersekolah di rumah tokma. seawal 7pagi setiap hari, along dah siap sedia tunggu van ke sekolah. alhamdulillah...biarpon kita berjauhan..setakat ini mama tak pernah 'missed' untuk tepon along..tepat 7pagi!!! biar hanya melalui tepon, mama mahu sentiasa 'disisi' along. memberikan kata2 semangat dan nasihat untuk along sebelum memulakan sesi persekolahan. biarpun mama tak dapat cium dahi dan pipi along along sebelum along pegi sekolah...sekurang2nya kata2 semangat dari mama buat bekalan along untuk menuntut ilmu.

along,
mama bersyukur along anak yang mendengar kata walaupun kekadang riak2 memberontak ada pada dirimu. mama faham. banyak yang terpaksa dirimu dan adik lalui di usia yang terlalu muda. tak mengapa sayang. Allah sentiasa bersama2 kita. Allah sayangkan hambaNya yang taat perintah Dia. Sembahyang jangan lupa. begitu juga baca quran. walaupun along belum mahir sepenuhnya tomaninah solat..mama bersyukur sebab along senang disuruh. solat dan ngaji. walaupun belum 5 waktu cukup along bersolat..mama gembira bila lihat along akan solat bila disuruh. tak cukup rakaat pon tak apa sayang. yang penting along dah mula tahu'tanggungjawab' along pada Pencipta kita.

along,
along cukup bijak menghafal quran. surah quran kecil dalam 3 hari along dah boleh hafal. bacaan iqra' along semakin hari semakin bagus. along lebih menunjukkan minat membaca iqra' berbanding baca buku cerita. bila mama suruh amik buku bahasa melayu....buku iqra' yang along capai. xpe sayang. mama paham. mungkin minatmu lebih ke arah itu. mama tetap bersyukur.
sekarang ni...mama suruh tokma ajarkan along baca quran. along jangan sedih tauuu mama takde di sisi along ..sama2 ngaji quran ngan along.

along,
pagi tadi masa mama tepon subuh ..addini belum pon bangun lagi. tapi..bila dia dengar mama cakap ngan along dia terus terjaga. nak cakap ngan along jugak. addini pon rindu sgt kat along. bila dapat cakap ngan along..bukan main lentok dia atas katil. cam cakap ngan boyfren pulak gayanya.

along,
okaylah...nanti mama akan tulis lagi surat buat anak mama. dirimu dan adik2 sentiasa dalam doa mama.

salam sayang
mama