Total Pageviews

Thursday, July 21, 2011

Bunga

Assalamualaikum...
Saje letak gambar bunga-bungaan dalam blog nih..biar berseri skit...;)



Wednesday, July 20, 2011

Buat Along

Buat Along. Mama put this things here..so one day you will read it & understand.

one day..

Abang : “mama..boleh ke saya minta doa ngan Allah biar babah tuu duduk ngan kita semula…?”

Mama : “ye abang..abang boleh minta apa saja yang abang nak dgn Allah. Allah dengar bila kita minta doa.”

Abang : “kalo saya minta doa…bila Allah nak bgtau babah suruh duduk dgn kita ?”

Mama : “abang…kalo kita minta doa kita kena sabar. Sabar tunggu bila Allah nak bagi apa yang kita minta. Kena doa banyak2.”

Abang : “saya nak sangat babah duduk dgn kita semula mama…”

Mama : “ minta dengan Allah sayang…..kalo Allah bagi..insya’allah dapat. Kalo Allah tak bagi..kita kena sabar”

on another day

Balik skolah. Sekitar 7.30pm. masa utk mandi+solat+ngaji+makan malam+buat homework.

Padat.pack.letih.tough semua ada. Mama yang sememangnya sgt peka (every mum does it..) dengan anaknya…bertanya kepada along…bila mendapati riak wajah anaknya agak murung a.k.a monyok sewaktu nak melangkah ke bilik air.

Mama: along…kenape mama tengok along macam sedih je? Cuba bagitau mama ?

Along: saya tengah fikir..

Mama: piker apa long?

Along: mama…saya nak babah duduk dengan kita. Saya dah doa dengan Allah.

Mama: (ooo..ooo..again??? he keep asking this over & over..Ya Allah..)

my mia

Damia reached 16 months. Alhamdulillah….segala puji untukNya. Di kala usia sebegini…anak bongsuku ligat x hengat. Panjat kerusi..panjat meja makan…adalah antara aktiviti yang boleh membuatkan si mama ..menjerittttt..macam tarzan dah aku ni rasanya. Apalaaa indon sebelah rumah cakap kat mama agaknya ye???? Mana taknya…dia masih belum reti nak jaga diri sendiri…boleh je dia terjun atau terjatuh dari meja makan atau kerusi. Tatkala mama sibuk memasak, mendobi , mandi dan seumpamanya. Aduihhh..pernah sekali..time makan…Damia yang tak boleh duduk diam..terjatuh dari kerusi dan terhantuk. Ya Allah….mata sebelah kiri benjol !!! Kecut perut mama sayang. Mama sapu gamat. Tuam sikit2. Berminggu2 jugak nak surutnya.

Mia tengah ligat dan aktif. Mama memerlukan kesabaran yang amat tinggi. Along lah yang tolong mama jaga Mia. Mia tak nak duduk dalam katil baby. Since baby lagi Mia mmg tak nak duduk dalam katil baby..nape ntah. Lain dari abang dan kakaknya. Along kekadang ‘membebel..’..penat agaknya melayan karenah adiknya yang tengah nakal dan xmakan saman. Hobinya mengacau along buat homework. Along cukup penyabar melayan adik dia. Sesekali kesabaran along mencapai MAX..’saya tak tahu dah nak buat apa ngan mia ni mama..’ rungut Along.

Tuesday, July 5, 2011

Indahnya cintaMu

Kih..kih…sentimentalnya aku nih…

Imam Muda Hassan menang Imam Muda pon aku menitiskan airmata. Entah apa yang aku sentimental pun aku tak sure. Cuma aku agak tersentuh dengan sedikit cerita tentang kisah hidup Hassan.Menjadi yatim sewaktu berusia 7 tahun kerana kehilangan ayahanda tercinta. Dibesarkan oleh ibunya seorang penoreh getah. Semestinya lebih banyak kisah sebegini di luar sana. Kegigihan, ketabahan, semangat, kesungguhan dan berkat kesabaran membuahkan hasil yang indah.

Subhanallah….betapa apa yang dilalui oleh ibunya dalam membesarkan anak seorang diri. Aku merasainya. Aku melaluinya.Amat tersentuh di sanubariku.Aku menangis…tersedu sedan…melihat Hassan anak muda yang cukup kaya dengan senyuman. Manis dan sejuk mata memandang. Pertama kali memandangnya…..sudah aku duga..”mesti menang budak ni..”.

Seorang pensyarah dan kini menggalas tugas Imam Muda. Tahniah Hassan.

Fikiran aku menerawang jauh…..betapa ujian yang diturunkan pada hambaNya bukan sesuatu yang sia-sia. Bukan untuk menyeksa hambaNya. Tidak sekali-kali. Semua itu adalah jalan kejayaan yang indah bagi hambaNya yang terus meng’esa’kan diri padaNya.

Kenapa perlu ada gusar di hati???? Setelah segalanya kau serah padaNya. Dia bersamamu dan paling dekat padamu…

Indahnya cintaMu…..