Total Pageviews

Monday, December 28, 2009

almost 7 mos

semalam kugagahkan diri berjalan.....utk check perut. dah 27 weeks 4 days...darah/BP/albumin & my little one are in good condition.alhamdulillah....setinggi2 kesyukuran aku panjatkan ke hadratNya atas segala kurnia dan rahmatNya.

BP = 115/75
Weight = 69 kg ( mmm....tak banyak berat aku naik )
Baby gender = XX
Alb = Nill
Gula = Nill
Position baby = alhamdulillah...kepala dah ke bawah

tadi 'berkenalan' ngan Dr. Roseliza @ An-Nisa. mmm...panjang lebar aku bercerita pasal keadaan kesihatan aku. almaklumlah...first time nak bersalin ngan dia.dia mesti tahu my health history dan jugak my pregnancy history.

Thursday, December 24, 2009

Penakut

Dah 7 months kandunganku. Cepatnya masa berlalu. Penat dan mengahnya pregnant sekarang compare ngan anak 1st dulu. Iyelah umur pon dah nak masuk 33 !!!! Dalam kepalaku berlegar2 tentang masa nak bersalin nanti. Hahaha...aku ni mmg penakut. Takut memikirkan sakit bersalin. Sekarang ni sensorang pulak tuh nak masuk labor room. Takde dia yang selalu temankan masa anak 1st and 2nd. Ya Allah...hanya padaMu aku berserah sepenuhnya Ya Allah. Berikanlah aku kekuatan Ya Allah. Moga aku dapat melahirkan anakku ini secara normal tanpa sebarang masalah.Amin. Huhuhu.....seriau....betapa penakutnya ku nih memikirkan sakit bersalin. Sakit antara hidup dan mati. Kalau masa Along..sakit is 12 hours. Time Addini...sakit less than 6 hours. Moga 3rd time DIA permudahkan urusanku. Entah berapa berat aku sekarang...esok atau lusa nak gi check up kat pusat perubatan an-nisa.First time nak check up situ. Okaylah......semoga DIA permudahkan segala urusanku.

Wednesday, December 23, 2009

23rd Dec

Leganya bila anak2ku berada di depan mata. Tiada apa yang seorang ibu inginkan..melainkan melihat anak2nya sentiasa di depan mata.

Monday, December 21, 2009

7 months

minggu ni masuk 7 bulan kandunganku...alhamdulillah. walau berat badan semakin bertambah, aku gagahkan diri untuk berjalan. full bearing on my left leg. lantak ahhh doc....dah rasa konfiden nih...boleh ler jalan kot.cuma kena lebih berhati2...

this week also plan nak buat checkup kat pusat perubatan an-nisa, kota bharu. ingatnyer aku ni nak balik bersalin kat situu. harapnya sempat sampai kelantan sebelum tiba waktunya. this month end baru nak carik barang2 baby.

chiow...

21st Dec

hari ni masuk hari ke 3 anak2ku balik sabak bernam ikut ayah dia. arrgghh...rinduunya pada budak2 tu. asyik ingat kat diaorang je...

Friday, December 18, 2009

18th Dec

"Mama ikutlaa saya balik kampung dgn babah jugak...nanti saya rindukan mama macam mana..??" pujuk Along berulang kali.

Aku terkedu.

"Along baliklah ngan Addini. Mama tak ikut. Mama sakit kaki lagi. Along jaga Addini baik2 ok..??" balasku..

Along mengangguk lemah. Menerima alasanku..walaupun riak wajahnya terpancar sedikit kekecewaan.

---
Along, mama minta maaf sayang. Dirimu belum sepenuhnya mengerti apa yang sedang berlaku antara mama dan babah. Maafkan mama sayang. Mama sudah cuba yang terbaik dan akan sentiasa pastikan yang terbaik untuk dirimu dan adik2. Maafkan mama sayang....

Ya Allah, lindungilah anak2ku sebaik2nya. Jauhilah mereka dari ditimpa malapetaka yang tidak diingini. Sihatkan tubuh badan mereka sentiasa dan kuatkan tubuh badan mereka sentiasa. Jadikanlah anak2ku anak yang pandai, bijak, berakal, & beriman kepadaMu dan RasulMu Ya Allah. Amin.
---

Pagi tadi ayah anak2ku datang menjemput anak2ku untuk dibawa balik ke kampungnya. Katanya, ada kenduri. Mbah rindu nak tengok cucu2nya. mmm..apa2 je laaa. Aku tak de laaa menghalang. Hati seorang ibu. Walau macam mana sekalipun perbuatan si ayah pada aku dan anak2nya, aku tetap mengizinkan mereka berjumpa.

Monday, December 14, 2009

Tragedi Oktober - Episod 1

esok lusa akan genaplah 2 bulan aku patah kaki. tragedi yang berlaku di bulan oktober itu benar2 mengujiku. samaada dari segi fizikal atau mental.ada lebih kurang sebulan setengah lagi sebulan next follow up. uhhh...ku rasakan lama benar dah duduk berehat di rumah nih. buhsan pon ada. harap2nya lepas ni aku berkesempatan untuk masuk opis ....sebelum bercuti lama 2 bulan.

tanggal 16 oktober bersamaan hari jumaat. aku dan rakan opisku macam biasa ...mesti nak keluar kalo hari jumaat. bukan shopping ke apa..cuma nak out of office. xnak terperap kat opis. lunch hour agak panjang. kalo dok opis ...silap2 tak bleh nak rehatkan langsung.mmmm...gitulah kitaorang. ada saja plan setiap tghari jumaat. syioookk..dapat keluar ngan diaorng dan off course bergosipp-gosip...

Hari itu kitaorg x berhajat nak kuar jauh..setakat makan dekat shopping complex Mines jer. Berlima kami hari tuh. Ahhhh....rasa lega dapat keluar opis..walaupun keje menimbun ( as usual )...sekurang2nya kami dapat release tension jap. Sebaik saja kereta diparking..kami mula melangkah ke dalam shopping complex....

Aku berada di belakang member2ku yang lain. Tiba2...tanpa ku sedari kakiku tersadung pada jalan yang agak tidak rata lalu badanku terus jatuh. Menimpa kaki kiriku...!!!!


Friday, December 11, 2009

12th Dec

12th Dec
Rasa lama sungguh aku berehat di rumah. Memang lama pon ..this week masuk 2 bulan. Mati kutu betul nak menunggu sebulan lebih lagi. Bukan boleh berjalan ke situ ke sini..ye laa..yang sakitnya pon kaki. Inilah patah kaki namanya. yang real punyer!!! Keje opis lama ditinggalkan. Appraisal is soon. Macam mana laa boss aku nak appraise aku ngan m.c lama macam ni. Harap2 dia faham. Last year appraisal pon dapat so-so jer..so this time..takde le aku nak expect lebih2.

Thursday, December 10, 2009

Tenang

Keadaan kakiku dah makin pulih. Kekadang aku cuba menapak tanpa walking frame tuh.Mmm..bolehlah jalan.Tapi bak kata doktor..be extra careful..sbb berat badan makin bertambah. Lamanya laaa lagi nak tunggu next follow up. Bila dah dapat gree light dari doc. baru aku berani nak jalan betui2. Sian sungguh kat opis tuh...hujung tahun makin banyak plak assignment...adooiii.

Macam2 dalam kepala at the moment. Memikirkan persiapan bersalin..sementelah usia kandunganku akan masuk 7 mnths. Ya Allah....cepatnya masa berlalu. Macam2 kau 'beri' padaku dalam masa yang singkat ini. Aku plan nak balik bersalin kelantan. Rasa by end of this month nak kena gi Pusat Perubatan An-Nisa untuk booked doctor and buat some checkup.
Barang2 baby apa pun tak beli lagi ni.

Tenang dok di kampung. Walaupun aku tak nafikan dalam kepalaku satu persatu tanda soal berlegar2. Aku yakin padaNya. Dan ku serah padaNya. Alangkah baiknya kalo ada rezeki bekerja di sini. Tapi..at the moment xde apa2 lagi berita baik untuk aku balik keje sini. Mmmm...kena sabar sikit. Insya'allah...Dia ada bersamaku...sentiasa bersamaku. Moga2 pintu kebahagiaan terbuka buatku dan anak2.

Saturday, December 5, 2009

Ayam & itik

Hari ni Along dh start minggu suaikenal kat Tadika Mawaddah @ Pasir Mas. Aku tak ngantar dia, TokMa, Suyah & Addini yang pergi. Mmmm..ngada2 le pulak dia..nak menangis pulak dah. Kalo aku yang hantar, takde maknanya nak menangis. control macho abis. Aku harap Along takde masalah komunikasi ngan his new classmates. Almaklumlah..budak kolupo...sepatah haram dia ni x paham dailek kelantan. Kalo ngan sepupu dia , Aliya..selalu sangat miscommunication. Sorang cakap lain, sorang cakap lain...cam ayam & itik.

Satu malam di rumah nenek, dua orang cucu sedang bermain2 apabila terlihat seorang lipas merayap di dinding ..

Aliya : "Katok...katok..." sambil jarinya menuding ke arah lipas yang merayap
Hanif : "Eh...bukan katak laaa. Katak dalam air. Tu lipas.."
Aliya : " Katok laaa...." ( *katok = pukul dlm bahasa kelate)

Nenek yang menyaksikan perbualan cucunya terpinga2...

Kelas suaikenal start kol 8am - 1pm. At the moment, have to drive him there. Takde lagi bus ke van yang beroperasi. Aku harap by Jan ada ler specific transport yang boleh hantar-amik dia dari rumah-sekolah.

Okaylah Along...belajar elok2..mama's target now is reading both in english & malay. also mathematics...campur/darab/tolak/tambah. mama taknak dah anak mama skip/stop sekolah due to whatever reasons. nobody care much as much as mom does honey....! Insya'allah anak mama akan jadi insan yang berguna dunia & akhirat.amin...

selamat belajar sayang...
luv
mama

Wednesday, December 2, 2009

2nd Disember

Along,
Mama nak along belajar sungguh-sungguh. Belajar betul2. Along harapan mama untuk jaga mama dan adik2 kelak. Along ada tanggungjawab yang besar sayang. Along anak lelaki mama. Along bakal jadik ketua dalam keluarga kita. Mama nak along jadi anak yang bertanggungjawab pada keluarga. Kelak akan menjadi pemimpin yang baik. Sebaik-baiknya. Itu harapan mama sayang.

Tadi umi & tokma dah daftarkan along Tadika Mawaddah. Dalam hujan lebat, mama duduk dalam kete je. Along akan memulakan sesi persekolahan yang baru di situ. Mama yakin itu yang terbaik untuk anak Mama.