Total Pageviews

Friday, December 31, 2010

orientasi darjah 1

hari ni 31/12/2010....orientasi along. pagi tadi..agak senang mengejutkan along. tatau laa kenapa..along ni agak moody kalo dikejutkan bangun pagi. aku harap menjelang sesi persekolahan along akan bertambah faham akan tanggungjawab dia utk bangun pagi.

aku tak sempat nak masak apa2 pagi tadi. bangun pon 6.15am. bancuh susu n corn-flakes sahaja. alhamdulillah..along makan sampai habis. semangat dia nak g sekolah. damia agak meragam di pagi hari - as usual. tapi nasib baik suyah ada. suyah jaga damia sepanjang kami berorientasi setengah hari kat sekolah. nasib baik jugak adik2 aku ada. kalo tidak....ntah mcm mana nak uruskan semua tu sensorang. bapa luqman hanif...janji nak datang orientasi...tidak menunjukkan batang hidung sehingga habis orientasi. banyak komitmen lain kot.whatever laaa..

1 Musytari - musytari adalah planet paling kecil? betul ke? ahhh...tak ingat dah aku planet2 nih. kedudukan dalam kelas secara rambang.belum dibuat ujian penapisan ke apa lagi. along excited bila dapat berbelanja kat kantin sekolah. aku sebenarnya belum biasakan sangat along membeli barang sendiri. tapi...masanya dah tiba.untuk dia belajar semua tu. beehun goreng sepinggan =rm1. fish-ball 3 ketul=rm1. boleh tahan gakkk ni. rm3 sehari ? cukup ke? tengoklaa macam mana nanti

next week monday ,aku cuti 1 day. isnin, selasa - half day morning. memadai tak nih? tengok lah mcm mana..

Wednesday, December 29, 2010

DIA lebih mengetahui

aahhh...toughnya hidup ini...
Mia sedang tido. ngantuk sangat kot. kat nursery dia tak tdo. banyak main. dh laju merangkak.pandai nak bangun berdiri dah. ligat laa dia. kat rumah pon gitu. dah kenal sgt mama dia. manjang dia meragam. taknak dok dlm katil baby. taknak main2 ngan mainan dia. dodoikan xnk tdo. along je yg memujuk mia. kadang2 along pon tatau nk wat mcm. especially kalo mama tgh mandi. nak solat.nak ter*****. dan sebagainya. mia menjerit2.melalak2. along tak tahu nk pujuk mcm mana. mama terpaksa bergegas keluar bilik air.cepat2 bagi salam. xsempat pon baca doa.terus menerpa mia yg dh hilang suara menangis. itulah keadaan mama, mia & along sekarang....

mama tetap bersyukur padaNya. along ada di sisi mama. mama diberikan kekuatan wpon penuh keperitan. hanya DIA lebih mengetahui.

Tuesday, December 28, 2010

29th Dec

tengah study windows security. book 5 of 6. linux security dah abis. uwaaaaa :( makin takut lerr plak. boleh ke tak ni???? windows security lagi banyak laaa pulak....nebes saya...:((

Sunday, December 26, 2010

Counting the day - nak masuk sekolah dah


Buat anak mama yang sangat memahami..mama sayang along dunia & akhirat ! Tak lama lagi along nak sekolah dah ..semoga along terus KUAT dan TABAH bersama-sama mama !

Thursday, December 23, 2010

Counting the day

Exam date = 25th Jan
Progress = ?????

Sunday, December 12, 2010

...

rasa sedih & takut sebab tak study pon wiken ni... :((

Friday, December 10, 2010

ilmu

nak baca buku. ada 3 1/2 buku lagi tak baca. trial exam tak cuba lagi. sungguh merisaukan. insya'allah ...11 Jan..aku akan amik exam tuh. it's good achievement for my career. aku akan cuba sedaya upaya. untuk tidak mensia-siakan peluang yang ada. bukan senang nak dapat. cert ni mahal. almost RM16K. dan yang paling penting ...ILMU....! selamat berusaha utk diri sendiri...the rest...I leave it to Him.

...

stresssss

luqman hanif bertanyakan dari lepas subuh pagi tadi sehingga kol 10 malam ...bila babah nak amik saya??? kalo dah berjanji dengan anak tu..tepatilah....aku yang tension melihat anak aku memberontak...berulang kali bertanya...buat perangai....tiba2 tak dengar kata.....semuanya gara2 anak sangat rindu dekat ayahnya! aku tetap bagi anak aku kol & cakap ngan ayahnya. ayahnya???? haram nak tepon or sms tanya khabar. yang dia tahu.....nak bawak balik anak kampung sbb nenek nak jumpa. showing his parents that he cares his kid....M@Ngk&k.....!!!!! ADOOOIIII.....

Monday, December 6, 2010

rindu kakak

Addini Syafiqah.....Mama rindu kakak....! Mama sayang kakak dunia & akhirat !
Mama nak peluk kakak....!!! Mama nak kakak sentiasa dengan mama saban waktu sayang.....
Mama xbleh nak tulis apa2 lagi....airmata mama menitis tanpa mama sedari...betapa Mama merindui kakak sayang.....Allah swt lebih mengetahui..hati dan perasaan ibu bila terpaksa berjauhan denganmu sayang...

Sunday, December 5, 2010

marahnya saya.....

saya tak suka nak mendedahkan aib sapa2 dekat mana2 pon. tetapi jangan keterlaluan. melampau. marahnya saya.....bila saya tahu awak dh siap2 tempah tiket nak g bercuti ke kota kinabalu januari tahun depan.sedangkan bila saya mintak duit utk tampung perbelanjaan persiapan persekolahan anak..awak terkulat2 nak bagi! manusia jenis apakah awak ni??? langsung tak ada di dalam kepala awak bahawa anak awak nak bersekolah awal tahun depan!januari 2011...semestinya sibuk menguruskan anak memulakan sesi persekolahan....ini sedap2nya awak bercuti a.k.a...honeymoon kot! bergembiralah awak....

Saturday, December 4, 2010

5tn Dec

banyak benda nak buat pagi ni. nak cari barang2 dapur & jugak barang2 sekolah along. nasib baik cikmah dapat meluangkan masa datang. kalo dia onkol....mmm..tak tahulah macam mana.susah jugak mama nk uruskan sorang. ngan Mia yang masih kecik lagik.bukan senang nak masuk shopping complex. tambah2 lagi musim cuti sekolah ni..

last week sunday...sekali lagi aku terjatuh kat lif. cuma terseliuh skit.gitulah..bila tak cukup tangan nak membawa barang2, ngan Mia lagi. sian kat along...menangis-nangis tengok mama terjatuh. aku tahu apa yang along rasa. sabar duhai anakku....Allah bersama kita walau apa jua keadaan...