Total Pageviews

Tuesday, June 22, 2010

Alhamdulillah

Alhamdulillah...akhirnya...hari ini aku berjaya drive pegi keje. Alhamdulillah....syukur padaNya kerana dibekalkan kekuatan dan keberanian untuk memandu di kota metropolitan ini. Ya Allah...lindungi perjalanan aku sebaik2nya. Jauhilah aku daripada sebarang malapetaka yang tidak diingini. Semoga aku menjadi pemandu yang berhemah dan berhati2 di jalanraya.amin

-----------------------------------
entry 15 April 2010

alamak! cepatnya masa..dah nak sebulan dah aku bersalinkan Damia. Banyak mende nak kena buat dan rancang dan ikhtiar dan usaha (rosak bahasa melayu). Seboleh-bolehnya aku xnak pening2kan kepala...tertera di bawah adalah list of things/tasks yang mesti/kena/patut aku buat tanpa mengikut sequence..i just simply list them (dah fikir betul2 ke ni?..) :

1. amik kelas belajar kereta balik dan menguasainya sebaik mungkin
( walaupun aku mmg mempunyai lesen dan memperbaharuinya tiap tahun...aku mmg xpernah bawak kete. pernah laaa..boleh kita ngan jari...)
deadline :sebelum balik KL ..14th May...tu pon kalo aku balik KL...

2. nak tukar kete / beli kete auto
( kete sekarang manual..+ bukan power steering dan sgt berat utk aku bawak)
deadline :ntahlah...sbb kos perbelanjaan dh bertambah..bleh ke nak amik kete baru nih..

3. aku nak dekat ngan Luqman Hanif a.ka aku nak cari keje di kelantan
(adoooiii..berpeluh ketiak meng''google' cari keje kosong. apa2 pon aku takkan berputus asa !!!!)

4. 5. 6 dan seterusnya...akan dimaklumkan di episod akan datang....

-----------
Alhamdulillah ....item 1 & 2 berjaya direalisasi....alhamdulillah.
Item 3 mungkin perlu di kaji semula ....mmm...let wait and see .

Saturday, June 19, 2010

Damia Syafiqah ~ 3 bulan oledi...


Alhamdulillah 18/6 genap Damia Syafiqah 3 bulan ! Cepat jer masa berlalu. Damia teman mama. Anak mama yang sangat 'memahami' mama. Di usia 3 bulan...Damia sudah menjadi teman borak mama. Teman senyum dan ketawa mama. Teman mama di kala mama bersedih. Sayang mama.....dirimu sangat istimewa di hati & jiwa mama sayang !!! Semoga anak mama membesar dengan sihat & kuat dan menjadi anak yang solehah. amin.

Wednesday, June 16, 2010

sabar..sabarer...sabaresttt..


Ya Allah...kekadang macam hilang kesabaran aku ini. Astagfirullah.... Aku bersyukur padaMu Ya Allah....engkau berikan padaKu kesabaran yang cukup tinggi. Kekalkan dan pertingkatkan SABAR itu dalam diriku Ya Allah.amin..

Tuesday, June 15, 2010

study ooo...

Aku dah start sikit2 study untuk GSEC. Kena study beria jugak sebab course tu mahal giloss dan sia-sia je kalo tak lulus. GSEC lebey kepada practical.kalo banyak buat hands-on insya'allah senang llulus. risau nih. takut jugak aku. ramai amik faileddd!adoyaiiii....baca buku sorang2 asyik ngantuk. half way malas. rasa nak tido laaa macam2. ada 10 domain gak cam CISSP. tapi lebey details dan toooo technical. teringat masa zaman2 study kat u dolu2. tapi sekarang lain. daya ingatan dah sekuat dulu. ditambah plak masa sangat terhad.

mmmm..banyak laaa alasan aku. bulan 10 insya'allah ada review class. lepas tuh within 3 months kena sit for online exam. what is my strategy then??? huhuhu....asyik baca dan tatau apa yang aku baca nih. apa2 pon aku kena target untuk sekali amik & terus lulus. the very tough challenge tuh. so macam mana? ada bran?

insya'allah ..di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. tetapkan matlamat & usaha dengan tekun (chewahhh..bagi motivasi untuk diri sendirik nampak..)

Monday, June 14, 2010

Imam Muda

Dah 3 minggu aku follow program ni kat astro aosis ( eh ..mcmmana eja nih ). hari jumaat malam. tengok sorang. sejukkk hatiku tengok cahaya dari muka orang2 beriman. betul....! memang mendamaikan bila memandang wajah2 orang beriman tuh. minggu 1st isu hukum fardu ain - pengurusan jenazah. minggu ke2 isu pembuangan bayi dan minggu lepas isu zaman kanak2. bagus jugak astro ada usaha nak buat program mcm ni daripada program2 laraaa yang lain. banyak benda dapat belajar sebab program ni banyak mengetengahkan isu semasa dan bagaimana kita sebagai orang islam yang mengaku islam menanganinya dan apa tanggungjawab kita....alhamdulillah. insyaallah..akan terus setia mengikuti program ini.

wallahu'alam.



Sunday, June 13, 2010

Melawan Kerinduan



Selamat Ulangtahun ke 6 buat putera tercinta Luqman Hanif ! Maafkan mama sayang....untuk pertama kalinya semenjak engkau hadir dalam hidup mama....mama tidak dapat menyambut ulangtahun mu bersamamu anakku. Dirimu & adik2 sentiasa dalam doa mama saban waktu. Kita perlu kuat untuk meneruskan perjuangan ini sayang!

Hati aku mula tak keruan akhir2 ini. Selalu pulak episod2 airmata ....mengalir membasahi bantal. I missed my kids sooo much !!! Aku tak tahu sampai bila aku boleh bertahan atau menahan. Ya Allah...rindunya aku pada anak-anakku. Walaupun kekadang sampai 2,3 kali sehari aku telefon diaorng....tapi itu belum mampu mengubat kerinduan aku pada Luqman & Addini. Sesekali aku hilang konsentrasi nak buat keje. Sesekali aku berfikir nekad. Sesekali aku rasa aku masih punya kesabaran . dan..sesekali juga aku seolah tewas dalam kerinduan ini dalam deraian airmata.


Buat anak2 mama sayang....
Mama tak tahu macam mana nak luahkan rasa rindu pada anak2 mama. Ingin saja mama peluk erat2 anak2 mama. Ingin mama cium pipi anak2 mama. Mama rindu gelak tawa mu. Mama rindu coloteh manja mu. Mama sangat sunyi tanpa dirimu anak2ku. Sesungguhnya....anak2 mama sahaja yang boleh mengubat hati mama. Menghapus risau dan resah. Menghilangkan lara dan gundah. Penguat jiwa mama.

Anak2 mama sayang....

Mama ingin saban waktu di sisimu. Bersama-samamu di saat2 engkau membesar. Memberikan tunjuk ajar satu persatu. Mama tahu....engkau mahukan diriku..IBU mu...!!! Mama ingin melihat anak mama mendirikan solat 5 waktu. Mendoakan kesejahteraan mama setiap kali habis solat. Mengalunkan ayat2 suci quran setiap hari. Mentelaah ilmu pendinding diri. Mama mahu pastikan semua itu sayang. Mama mahu anak mama menjadi anak yang SOLEH & SOLEHAH. Anak yang tahu HAK & BATIL. Anak-anak yang beriman kepadaNya.. Taat perintahNya. Kerana..dirimu amanah paling berharga buatku ! Begitu besar cita2 mama sayang. dan...begitu berat dugaan yang sedang kita lalui sayang.

Salam sayang dari mama yang rindu...




driving

Hari ni ada citer happy skit.muahahaha...aku masuk kelas kete balik!!!! yehaaaa....!dah berjaya bawak kat highway seremban (berada di lane kiri sahaja...kuiii) dan 3 kali mati enjin kat traffic light (dush..dush...dush). Happy sbb ada skit rasa berani & rasa konfiden. aku perlu lebih konfiden sebenarnya. toksah dok buwi macam2 alasan....kereta dah auto & power steering. aku je yang as usual..P.E.N.A.K.U.T !!!...

Wednesday, June 9, 2010

thanks kak anim

Lama aku tak borak ngan 'kakak' ku....luckily she YM me..thanks for your concern kak.
-------------
kak anim: Salam, ina sihat ke? kak anim ada kat kg skrg, jaga bapak. Ina kat mana skrg?

munajah cinta: waalaikumsalam kak. alhamdulillah..ina sihat . kat opis nih. bapak mcm mana tuh?

kak anim: macam tu lah, makin kurus dah... ina masih di kl ke? anak2 sihat?

munajah cinta: a'ah kak anim.xde rezeki nk keje kelantan lagik.
munajah cinta: anak2 alhamdulillah.semua sihat. hanif & addini dekat kelantan sekarang

kak anim: tak pe..., ambik lah masa. ina dgn baby je ke kat kl? ina duduk dgn sapa?

munajah cinta: a'ah..ina & damia je.adik ina dok ngan ina.
munajah cinta: so bertiga lah kak.
munajah cinta: mmg amik rasa kak. Allah je yang tahu susah senang tanpa seorg suami. insya'allah semua tu x mustahil kan kak? doakan utk ina & anak2 selalu
munajah cinta: * amik masa

kak anim: baguslah macam tu. ada berkawan... jangan kecil hati kalau kak anim tanya, kes ina dgn ayon macam mana? ada tak dia bagi duit belanja kat ina dgn anak2? kak anim tak dpt sembang dgn dia, sbb dia tak nak bercerita. rasanya selesa tanya ina sendiri. Kak anim risau kalau2 dia abaikan tanggungjawab. ina jgn segan nak beritahu kak anim, sebab kalau dia tak jlnkan tanggungjawab, kak anim akan tegur.

kak anim: Yakinlah ina, Allah tak akan uji kita kalau kita tak mampu.... Perempuan boleh hidup tanpa lelaki, insya-Allah.... Mariam pun boleh besarkan seorang nabi bersendirian... ambil lah kekuatan dan ketabahannya... kak anim tetap doakan yang terbaik untuk ina n anak2.

munajah cinta: ok kak anim...xpe ina mmg pon nak cerita kat kak hanim.cuma kadang2 takut menganggu pulak.

munajah cinta: kak anim...sampai sekarang ina belum pon failkan apa2 kat mahkamah.dan untuk kali ini ina mesti betul2 yakin kalo ina nak failkan cerai. ayon cakap dia akan failkan cerai & dia suruh tgu surat mahkamah sampai.

munajah cinta: kak anim...semua ini ujian. ujian terbesar buat ina & ayon. ujian paling besar buat rumahtangga kami yang genap 7 tahun bulan lepas.wpon kami sudah x bersama, ina tetap bangga..it raeched 7 years. susah senang bersama.

munajah cinta: bagi ina..Allah bukan suka2 bagi jodoh utk kita.semua itu amanah Allah utk kita jaga. apa yg berlaku ini adalah kelemahan kita sendiri sebagai manusia.

munajah cinta: ina sangat sedih. ina cuba yang terbaik. ina rasa sehabis baik. apa2pon ina pasrah dengan ketentuan Allah dan ina akan teruskan hidup bersama anak2.

kak anim: tak menganggu pun. lagi pun skrg tengah free, minggu depan baru sibuk dengan semester baru. kak anim nak ina tahu bahawa kami semua tak pernah buang ina dari sebahagian keluarga kami walau pun ina dan ayon tak bersama. mmg kalau boleh kami nak rumahtangga ina dan ayon diselamatkan. tp kak anim faham situasi seorg isteri yg diperlakukan begitu, tentu lukanya tetap ada sampai bila2... cuma, kak anim harap ina jaga anak2 baik2 dan kak anim percaya Allah akan beri yang lebih baik untuk ina...

munajah cinta: alhamdulillah..setakat ini ayon x lupa bagi nafkah. dapat menampung keperluan yang makin meningkat. maklumlah..hanif pon hujung tahun dh darjah 1. moga2...tggjawab itu akan terus dilaksanakan smpi bila2. jgn lupa even bila ayon dah berfamili baru nanti.

munajah cinta: kadang2 ina mintak tolong jugak ayon hantar damia ke klinik,bawak kete pegi servis..sbb dalam keadaan sekarang ina masih belum 100% independant.

munajah cinta: cuma...mungkin ayon kena fikirkan untuk cari keje tetap. sbb ina tahu bisness dia sekarang masih turun naik. dan kadang2 ina mintak duit lebih sikit.

kak anim: baguslah mcm tu, untuk anak2 kdg2 kita kena korban perasaan kita. ayon tak pernah cerita lagi pasal nak berfamili baru. susah juga untuk dia sebab dia silap dari awal tak pernah bincang apa2 dgn kami. skrg dia rasa famili dia mcm nak memusuhi dia, sdgkan niat kami tegur sebab nak bimbing dia, tp dia tak boleh terima, so kami tak boleh buat apa2. lgpun, sukar juga untuk kami terima new sister in law sebab cara mereka dari awal lagi dah tak betul.

munajah cinta: terus terang ina bgtau kak anim. ina takkan mendendami ayon atas apa yg berlaku. ina masih anggap dia sbg kawan. wpon dia mmg tak anggap ina apa2 dah. ina kenal dia macam mana. dan ina sentiasa doakan yg terbaik utk dia jugak.

munajah cinta: mcm sekarang...pernah sebulan sekali pon dia xkan tepon tanya khabar anak2. sampaikan anak2 sibuk2 tanya babah. ina sms dia ..suruh tepon anak.

munajah cinta: tak tahan tengok budak2 kecik tuh...ngan mainan buat2 tepon babah.cakap ngan babah. kadang2 meleleh airmata sorang2 tengok budak2 tuh

kak anim: terima kasih sebab ina bersikap sangat matang. kami pun hanya mampu tunggu dan lihat apa yang ayon akan buat selepas ini. Ina pun kenal dia kan, ayon bukan senag nak dengar pandangan org lain dan sikap yang paling sukar diubah adalah rasa dirinya lebih hebat dari orang lain dan tak akan mengaku kalah..... kami hanya berdoa dia akan berubah..... ina pastikan dia tak akan lupa pada anak2 ya....

munajah cinta: Insya'allah kak anim.sampai bila2 pon anak2 tuh tetap anak dia.dia pon janji akan bantu ina & anak2 semampu dia. alhamdulillah. tunaikan janji pada anak2 itu sudah mencukupi. jgnlah abaikan mereka..andai ditakdirkan dia dh ada anak2 lain nanti.

kak anim: oklah ina, kak anim berhenti dulu, jaga diri baik2. mak kirim salam. sembang lagi lain kali.... assalamualaikum...

munajah cinta: waalaikumsalam kak anim. peluk cium buat semua. cakap ngan kak anim ni pon airmata bergenang ( soooo sentimental laaa u munajah cinta !!!....) terima kasih kak.

munajah cinta: kirim salam semua.

Thursday, June 3, 2010

Dush…dush….dush….!!!!

Kenapa harus engkau datang dalam lenaku setelah engkau pergi dalam jagaku???

Jiwang karat ayat tuuuuuuu…………

Aku seolah2 nak belasah diri aku sendiri. Dush…dush….dush….!!!! Apalaaa aku nih…asyik melayan perasan. Ok..ok….aku berupaya untuk tidak ingat pada dia for the past 6 or 7 months ( am I sure ??? ) . Hanya kerana sekarang aku balik KL…hanya kerana sekarang aku cuma ditemani si comel…atau kerana hanya sekarang aku ada masa lapang untuk layan jiwang …huhuhu….! Rasa bodoh diriku.Arrrghhh…buang masa..!

ngeh3x

pagi jumaat yang mendamaikan..alhamdulillah...

pagi ini aku berjaya menyarungkan semula jeans zaman2 anak dara dulu...ngeh3x
i'm happy walaupun BELUM BERJAYA untuk zip...kuang3x....good improvement!
well done utk diri sendiri ..xperlu org lain well done..kena gigih skit lagik untuk kempiskan perut.kulit perut yang tebal ( ke lemak ??? ) menghalang aku untuk zip seluar itu. alhamdulillah jugak...berat aku sudah 65kg! turun 7 kg....sbb hari tuh lepas pantang masih 72kg. hampir2 rasa give up.berat ideal aku 62kg.

apa2 pong ...aku kene seiringkan dengan badan yang sihat & cergas. bukan setakat kruus sahaja. pemakanan, diet, exercise ( huhuhu.....part ni yang lemah nak buat) kena seiring. mungkin dengan takdenyaa bibik...aku akan 'exercise' lebih skit....menguruskan kerja rumah !