Total Pageviews

Friday, November 26, 2010

bukan memilih tapi terpilih

"mama...bila saya nak dapat babah baru?"

"mama....kenapa babah tinggalkan kita?"

"mama....saya ni takde ayah macam org lain ke?"

"mama....babah tu jahat ke?"

ini adalah antara soklan2 biasa yang keluar dari mulut along. dan kadangkala aku sememangnya tidak dapat memberikan apa2 jawapan. selalunya hati seorang ibu turut merasakan apa yang dirasai oleh anaknya. cukup menekan perasaan bagi anak kecil yang bakal menginjak usia 7 tahun. apakan daya mama sayang. bukan kita pilih jalan ini.kita insan terpilih olehNya untuk menerima ujian ini. bersabarlah duhai anakku sayang....

Tuesday, November 23, 2010

penatnya..

penatnya..
itulah keadaanku sekarang.semenjak dua menjak menjadi ibu tunggal nih. dah setahun dah. i'm do it alone. dengan kudrat pemberianNya. tak cukup kaki dan tangan. kekadang nak solat pon terkejar2 ngan si kecik menjerit2.toughnyaaa..sungguh tough dan menduga keimananku. ditambah lagi dengan beban keje opis yang kadang kala aku terpaksa bawa balik ke rumah. baca buku 6 bijik. tetapi kebiasaannya aku tak berjaya utk study kalo di rumah.dugaan dan cabaran.

addini dah 3 tahun. damia dah 8 bulan. along tahun depan darjah 1. perjalanan masih jauh untuk aku mendidik anak2ku. amanah Allah swt padaku. meskipun insan bernama bapa masih bernafas di muka bumi....aku tidak boleh mengharapkan apa2 bantuan darinya. kita dh ada kehidupan masing2.itu katanya.

9.30pm.nak tido sekarang.ngantuk...

ps: mama rindu dini sangat2..

Sunday, November 21, 2010

Saturday, November 13, 2010

kesukaran bukan kesulitan

it 12.09 - 14th Nov - meluangkan beberapa minit ... to write something for today....

seperti biasa...weekend ku amat penat dan memenatkan. keje rumah & anak2ku sayang. nak belek buku tak sempat. walaupon anak2 dah tdo sekarang & sepatutnya aku boleh baca buku..tapi aku x larat sangat. letih badan. pagi tadi konvo tadika along. dari pukul 10pagi sampai 3ptg. balik rumah menghabis lipat baju stok seminggu yang tak berlipat. sempat tdo half way tengah lipat baju tu...mmm..betapa tak larat. belum lagik sental bilik air. mendobi pakaian dan lain2. indahnya pengorbanan seorang ibu ni....hanya Dia yang Maha Mengetahui.

networking concept tinggal skit je lagi. banyak teori2 penting belum melekat dalam kepala. tapi alhmdulillah. rasa studi lepas abis kelas ni ..ok skit. di tambah rasa gerun & gementar untuk amik exam bulan dec or early jan next year. another 5 thick books..belum belek lagi.

kesukaran bukan kesulitan...
ada kelapangan di celah2 kesukaran selagi aku berpegang padaNya. bergantung padaNya. cuma aku perlu lebih dekat padaNya.moga setiap kesukaran bertukar menjadi keindahan...

selamat malam anak2 ku sayang....along , kakak dan adik ! mama luv u all sooo much.

Tuesday, November 9, 2010

maaf

M.A.A.F
.....you're no longer in my prayers....



Monday, November 8, 2010

ohhh anakku sayang

lepas sembahyang maghrib semalam...along came closed to me. asked me a question which I couldn't give him an answer....

"mama...bila Allah nak siapkan babah yang baru untuk saya"

ohhh anakku sayang....mama speechless. terkedu & tak terkata. apakan daya mama sayang. mama hanya suruh along berdoa pada Allah segala permintaan along..dan kena sabar. sbb kita tak tahu bila Allah akan makbulkan permintaan kita. terima kasih anakku ..kerana 'memahami'. maafkan mama kerana mama terpaksa bercerita benda yang sebenar pada Along.

sakit kepala

aduhhh..sakit kepalaku baca buku nih...bila nak pandai mcm ni???

Saturday, November 6, 2010

sabtu

hari ni kuar g Jusco jap. ngan cikmah. sib baik cikmah sempat meluangkan masa ngan aku. Thanks Cikmah. sempat gak pegi beli body lotion ,perfume & kasut wat g keje. jugak beli buku citer utk along. aduh...! aku masih x dapat nak sambung study lagi. mcm mana ni ek? dok rumah..x abis2 keje rumah. ngan melayan si kecik - Mia.

-- 11.08pm
aku n along masih belum tdo. along tgh melukis. mia dah dilamun mimpi indah. switch on my notebook. rasa nak update blog. apakah makna blog ni padaku? ia bagiku adalah diariku. apa yang ku rasakan. apa yang terlintas dalam benakku. perasaanku. perjalanan hidupku. dan sesekali aku tak terniat mahu membuka pekong di dada atau menceritakan baik / buruk sesiapa. dan sebenarnya aku tidak suka berkongsinya dengan sesiapa yang asing bagiku. atau dalam kata lain tak mengenaliku. seboleh mungkin identitiku aku rahsiakan.

it just sometimes...there is no where to trash all those mix feelings...

along masih tekun melukis. dinasours + raksasa + ultraman dan kartun2 apa2 ntah lagi. itu hobi anakku yang sgt jelas & ketara sejak usia dia 4 tahun lagik. along sangat hepi dapat bersama2 dgn mama dan mia. biarpun susah. along nampak sgt ceria & gembira. rajin baca buku. senang disuruh solat & ngaji. rajin 'on line'. as his mum....aku dapat rasakan..

LAGI 3 hari...
sebelum semuanya berakhir di mahkamah syariah. aku mohon padaNya berikan aku kekuatan & ketenangan. hanya Engkau lebih mengetahui apakah hikmah di sebalik sesuatu kejadian itu..

Friday, November 5, 2010

cotik deepavali

wiken yang biasa2 aje. penat menguruskan keje rumah. dari pagi sampai ke tghari. by the time nak belek defense-in-depth...aku dah mengantuk. aduhhhh! camno ni..tinggal beberapa minggu je kalo aku nak amik exam bulan dec. sambil layan lagu2 lama -xpdc. hahaha...feveret aku dolu2. suka sgt ngan suara Mael ni.dari semalam aku dok ulang lagu - nafisa ni. nape ntah....tatau nak buat apa. cikmah as usual ..on call. ingat nak ajak g jalan2 ke...mmm...layanzzzz ;)

Nafisa ( by XPDC )

Dikeheningan malam ini
Aku dihimpit kenangan
Sejarah cinta mengajarku
Sepanjang hari sepanjang malam

Dibenak ku kau sentiasa
Lalu memukau jiwa
Jadi sentimental lelaki ini

( korus )
Terkadang perjalanan jauh
Yang kan mampu aku menapak
Pendakian gunung yang tinggi
Lembah curam yang ngeri
Aku harungi

Sepuluh musim yang benderang
Bagai direndam perasaan
Mentari terik tak terasa
Awan mendung berlalu berganti masa

Itupun dia kehadiran
Yang tak mungkin aku lepaskan
Dakap erat sepenuh kasih
Genggam genggaman ini menambah seri

Biar dunia beredar
Rentak sama kita berlari
Menuju titik permulaan
Belum tahu dimana ia berakhir

Wednesday, November 3, 2010

dini sayang mama

pagi tadi hantar tokma, suyah & dini balik kampung naik bas. dini xnak balik. nak duduk ngan mama. dini baring atas pangku mama. Ya Allah...kuatkan aku Ya Allah. Kuatlah juga anak aku Ya Allah. Mama tak dapat menahan airmata mama bercucuran. dini pujuk mama..." Mama jangan nangis ye Mama...! cayang mama !!!!"....

Maafkan mama sayang...hanya Allah swt lebih mengetahui hikmah di sebalik semua ini. Mama sabar...

Tuesday, November 2, 2010

nasi goreng utk along

hari ni..pagi2 mama masak nasik goreng untuk along. last few days...mama kena sound ngan along.."mama ni...hari2 cocoa-crunch...". sorry sayang...mama tak sempat nak g sopping benda lain. so...hari ni mama masak nasik goreng utk anak mama breakfast & bawak bekal. also...this morning ...along bleh minum teh. cian pulak anak mama..boring kot asyik2 susu jer..dan mama sangat hepi sebab anak mama makan nasik goreng tuh sampai licin :)

Monday, November 1, 2010

Aku bukan untukmu : Part 2

Everything is still fresh in my mind

It's 22 Sept 2007 - 7th months pregnancy of Addini-bulan ramadhan- and it my beloved mum's birthday.....

P.E.C.A.H T.E.M.B.E.L.A.N.G
Seawal subuh...lepas sahur rasa nak call ma...nak wish birthday. alamak !!! kredit phone abis pulak. aku mencapai handphone suamiku. mmmm....suamiku sedang lena tido...nak mintak izin ke tak? nanti ganggu pulak. xyah laaa..nanti suamiku bangun aku akan bagitau. lagipun sian pulak...dia penat sebab sahur tadi..kena bangun awal sediakan sahur..sebab isterinya tak larat dan sarat.

Tanganku mencapai handphone suamiku. mendial nombor ibuku....."Ma....!!!! Happy birthday!!!!" ..ujarku gembira. Perbualan kami hanya sekejap. Hatiku puas dapat mendengar suara bonda tercinta. Handphone suami masih di tanganku. Entah mengapa...aku terlintas untuk membaca 'sent items' hp nya.

Astagfirullahillazim.....! Rasa nak luruh jantungku. Berderai2 airmataku tatkala terbaca satu sms yang dihantarnya kepada seorang perempuan (aku namakan "Y")...yang berbunyi ..." buah hatiku sayang". aku tertunduk diam. sambil memegang perutku. apakah semua ini????

Aku bukan untukmu : Part 1

Aku bukan untukmu selamanya....
Dia kekasih sejatiku.....
Dia ingin aku lebih rapat padaNya
Dia memberiku padamu untuk seketika sahaja
Dia lebih sayang padaku selamanya
Dia pinjamkan aku padamu hanya seketika sahaja
Dia kekasihku abadi...Ya Allah ..tuhanku yang Maha Penyayang

Di sini aku ingin meletakkan sebuah noktah pada sebuah ikatan yang hanya pinjaman dariNya.
Kerana aku adalah milikNya yang abadi. Hanya Dia yang tahu apa yang terbaik buatku.

I hope I get a right momentum to write something ......