Total Pageviews

Friday, December 31, 2010

orientasi darjah 1

hari ni 31/12/2010....orientasi along. pagi tadi..agak senang mengejutkan along. tatau laa kenapa..along ni agak moody kalo dikejutkan bangun pagi. aku harap menjelang sesi persekolahan along akan bertambah faham akan tanggungjawab dia utk bangun pagi.

aku tak sempat nak masak apa2 pagi tadi. bangun pon 6.15am. bancuh susu n corn-flakes sahaja. alhamdulillah..along makan sampai habis. semangat dia nak g sekolah. damia agak meragam di pagi hari - as usual. tapi nasib baik suyah ada. suyah jaga damia sepanjang kami berorientasi setengah hari kat sekolah. nasib baik jugak adik2 aku ada. kalo tidak....ntah mcm mana nak uruskan semua tu sensorang. bapa luqman hanif...janji nak datang orientasi...tidak menunjukkan batang hidung sehingga habis orientasi. banyak komitmen lain kot.whatever laaa..

1 Musytari - musytari adalah planet paling kecil? betul ke? ahhh...tak ingat dah aku planet2 nih. kedudukan dalam kelas secara rambang.belum dibuat ujian penapisan ke apa lagi. along excited bila dapat berbelanja kat kantin sekolah. aku sebenarnya belum biasakan sangat along membeli barang sendiri. tapi...masanya dah tiba.untuk dia belajar semua tu. beehun goreng sepinggan =rm1. fish-ball 3 ketul=rm1. boleh tahan gakkk ni. rm3 sehari ? cukup ke? tengoklaa macam mana nanti

next week monday ,aku cuti 1 day. isnin, selasa - half day morning. memadai tak nih? tengok lah mcm mana..

Wednesday, December 29, 2010

DIA lebih mengetahui

aahhh...toughnya hidup ini...
Mia sedang tido. ngantuk sangat kot. kat nursery dia tak tdo. banyak main. dh laju merangkak.pandai nak bangun berdiri dah. ligat laa dia. kat rumah pon gitu. dah kenal sgt mama dia. manjang dia meragam. taknak dok dlm katil baby. taknak main2 ngan mainan dia. dodoikan xnk tdo. along je yg memujuk mia. kadang2 along pon tatau nk wat mcm. especially kalo mama tgh mandi. nak solat.nak ter*****. dan sebagainya. mia menjerit2.melalak2. along tak tahu nk pujuk mcm mana. mama terpaksa bergegas keluar bilik air.cepat2 bagi salam. xsempat pon baca doa.terus menerpa mia yg dh hilang suara menangis. itulah keadaan mama, mia & along sekarang....

mama tetap bersyukur padaNya. along ada di sisi mama. mama diberikan kekuatan wpon penuh keperitan. hanya DIA lebih mengetahui.

Tuesday, December 28, 2010

29th Dec

tengah study windows security. book 5 of 6. linux security dah abis. uwaaaaa :( makin takut lerr plak. boleh ke tak ni???? windows security lagi banyak laaa pulak....nebes saya...:((

Sunday, December 26, 2010

Counting the day - nak masuk sekolah dah


Buat anak mama yang sangat memahami..mama sayang along dunia & akhirat ! Tak lama lagi along nak sekolah dah ..semoga along terus KUAT dan TABAH bersama-sama mama !

Thursday, December 23, 2010

Counting the day

Exam date = 25th Jan
Progress = ?????

Sunday, December 12, 2010

...

rasa sedih & takut sebab tak study pon wiken ni... :((

Friday, December 10, 2010

ilmu

nak baca buku. ada 3 1/2 buku lagi tak baca. trial exam tak cuba lagi. sungguh merisaukan. insya'allah ...11 Jan..aku akan amik exam tuh. it's good achievement for my career. aku akan cuba sedaya upaya. untuk tidak mensia-siakan peluang yang ada. bukan senang nak dapat. cert ni mahal. almost RM16K. dan yang paling penting ...ILMU....! selamat berusaha utk diri sendiri...the rest...I leave it to Him.

...

stresssss

luqman hanif bertanyakan dari lepas subuh pagi tadi sehingga kol 10 malam ...bila babah nak amik saya??? kalo dah berjanji dengan anak tu..tepatilah....aku yang tension melihat anak aku memberontak...berulang kali bertanya...buat perangai....tiba2 tak dengar kata.....semuanya gara2 anak sangat rindu dekat ayahnya! aku tetap bagi anak aku kol & cakap ngan ayahnya. ayahnya???? haram nak tepon or sms tanya khabar. yang dia tahu.....nak bawak balik anak kampung sbb nenek nak jumpa. showing his parents that he cares his kid....M@Ngk&k.....!!!!! ADOOOIIII.....

Monday, December 6, 2010

rindu kakak

Addini Syafiqah.....Mama rindu kakak....! Mama sayang kakak dunia & akhirat !
Mama nak peluk kakak....!!! Mama nak kakak sentiasa dengan mama saban waktu sayang.....
Mama xbleh nak tulis apa2 lagi....airmata mama menitis tanpa mama sedari...betapa Mama merindui kakak sayang.....Allah swt lebih mengetahui..hati dan perasaan ibu bila terpaksa berjauhan denganmu sayang...

Sunday, December 5, 2010

marahnya saya.....

saya tak suka nak mendedahkan aib sapa2 dekat mana2 pon. tetapi jangan keterlaluan. melampau. marahnya saya.....bila saya tahu awak dh siap2 tempah tiket nak g bercuti ke kota kinabalu januari tahun depan.sedangkan bila saya mintak duit utk tampung perbelanjaan persiapan persekolahan anak..awak terkulat2 nak bagi! manusia jenis apakah awak ni??? langsung tak ada di dalam kepala awak bahawa anak awak nak bersekolah awal tahun depan!januari 2011...semestinya sibuk menguruskan anak memulakan sesi persekolahan....ini sedap2nya awak bercuti a.k.a...honeymoon kot! bergembiralah awak....

Saturday, December 4, 2010

5tn Dec

banyak benda nak buat pagi ni. nak cari barang2 dapur & jugak barang2 sekolah along. nasib baik cikmah dapat meluangkan masa datang. kalo dia onkol....mmm..tak tahulah macam mana.susah jugak mama nk uruskan sorang. ngan Mia yang masih kecik lagik.bukan senang nak masuk shopping complex. tambah2 lagi musim cuti sekolah ni..

last week sunday...sekali lagi aku terjatuh kat lif. cuma terseliuh skit.gitulah..bila tak cukup tangan nak membawa barang2, ngan Mia lagi. sian kat along...menangis-nangis tengok mama terjatuh. aku tahu apa yang along rasa. sabar duhai anakku....Allah bersama kita walau apa jua keadaan...

Friday, November 26, 2010

bukan memilih tapi terpilih

"mama...bila saya nak dapat babah baru?"

"mama....kenapa babah tinggalkan kita?"

"mama....saya ni takde ayah macam org lain ke?"

"mama....babah tu jahat ke?"

ini adalah antara soklan2 biasa yang keluar dari mulut along. dan kadangkala aku sememangnya tidak dapat memberikan apa2 jawapan. selalunya hati seorang ibu turut merasakan apa yang dirasai oleh anaknya. cukup menekan perasaan bagi anak kecil yang bakal menginjak usia 7 tahun. apakan daya mama sayang. bukan kita pilih jalan ini.kita insan terpilih olehNya untuk menerima ujian ini. bersabarlah duhai anakku sayang....

Tuesday, November 23, 2010

penatnya..

penatnya..
itulah keadaanku sekarang.semenjak dua menjak menjadi ibu tunggal nih. dah setahun dah. i'm do it alone. dengan kudrat pemberianNya. tak cukup kaki dan tangan. kekadang nak solat pon terkejar2 ngan si kecik menjerit2.toughnyaaa..sungguh tough dan menduga keimananku. ditambah lagi dengan beban keje opis yang kadang kala aku terpaksa bawa balik ke rumah. baca buku 6 bijik. tetapi kebiasaannya aku tak berjaya utk study kalo di rumah.dugaan dan cabaran.

addini dah 3 tahun. damia dah 8 bulan. along tahun depan darjah 1. perjalanan masih jauh untuk aku mendidik anak2ku. amanah Allah swt padaku. meskipun insan bernama bapa masih bernafas di muka bumi....aku tidak boleh mengharapkan apa2 bantuan darinya. kita dh ada kehidupan masing2.itu katanya.

9.30pm.nak tido sekarang.ngantuk...

ps: mama rindu dini sangat2..

Sunday, November 21, 2010

Saturday, November 13, 2010

kesukaran bukan kesulitan

it 12.09 - 14th Nov - meluangkan beberapa minit ... to write something for today....

seperti biasa...weekend ku amat penat dan memenatkan. keje rumah & anak2ku sayang. nak belek buku tak sempat. walaupon anak2 dah tdo sekarang & sepatutnya aku boleh baca buku..tapi aku x larat sangat. letih badan. pagi tadi konvo tadika along. dari pukul 10pagi sampai 3ptg. balik rumah menghabis lipat baju stok seminggu yang tak berlipat. sempat tdo half way tengah lipat baju tu...mmm..betapa tak larat. belum lagik sental bilik air. mendobi pakaian dan lain2. indahnya pengorbanan seorang ibu ni....hanya Dia yang Maha Mengetahui.

networking concept tinggal skit je lagi. banyak teori2 penting belum melekat dalam kepala. tapi alhmdulillah. rasa studi lepas abis kelas ni ..ok skit. di tambah rasa gerun & gementar untuk amik exam bulan dec or early jan next year. another 5 thick books..belum belek lagi.

kesukaran bukan kesulitan...
ada kelapangan di celah2 kesukaran selagi aku berpegang padaNya. bergantung padaNya. cuma aku perlu lebih dekat padaNya.moga setiap kesukaran bertukar menjadi keindahan...

selamat malam anak2 ku sayang....along , kakak dan adik ! mama luv u all sooo much.

Tuesday, November 9, 2010

maaf

M.A.A.F
.....you're no longer in my prayers....



Monday, November 8, 2010

ohhh anakku sayang

lepas sembahyang maghrib semalam...along came closed to me. asked me a question which I couldn't give him an answer....

"mama...bila Allah nak siapkan babah yang baru untuk saya"

ohhh anakku sayang....mama speechless. terkedu & tak terkata. apakan daya mama sayang. mama hanya suruh along berdoa pada Allah segala permintaan along..dan kena sabar. sbb kita tak tahu bila Allah akan makbulkan permintaan kita. terima kasih anakku ..kerana 'memahami'. maafkan mama kerana mama terpaksa bercerita benda yang sebenar pada Along.

sakit kepala

aduhhh..sakit kepalaku baca buku nih...bila nak pandai mcm ni???

Saturday, November 6, 2010

sabtu

hari ni kuar g Jusco jap. ngan cikmah. sib baik cikmah sempat meluangkan masa ngan aku. Thanks Cikmah. sempat gak pegi beli body lotion ,perfume & kasut wat g keje. jugak beli buku citer utk along. aduh...! aku masih x dapat nak sambung study lagi. mcm mana ni ek? dok rumah..x abis2 keje rumah. ngan melayan si kecik - Mia.

-- 11.08pm
aku n along masih belum tdo. along tgh melukis. mia dah dilamun mimpi indah. switch on my notebook. rasa nak update blog. apakah makna blog ni padaku? ia bagiku adalah diariku. apa yang ku rasakan. apa yang terlintas dalam benakku. perasaanku. perjalanan hidupku. dan sesekali aku tak terniat mahu membuka pekong di dada atau menceritakan baik / buruk sesiapa. dan sebenarnya aku tidak suka berkongsinya dengan sesiapa yang asing bagiku. atau dalam kata lain tak mengenaliku. seboleh mungkin identitiku aku rahsiakan.

it just sometimes...there is no where to trash all those mix feelings...

along masih tekun melukis. dinasours + raksasa + ultraman dan kartun2 apa2 ntah lagi. itu hobi anakku yang sgt jelas & ketara sejak usia dia 4 tahun lagik. along sangat hepi dapat bersama2 dgn mama dan mia. biarpun susah. along nampak sgt ceria & gembira. rajin baca buku. senang disuruh solat & ngaji. rajin 'on line'. as his mum....aku dapat rasakan..

LAGI 3 hari...
sebelum semuanya berakhir di mahkamah syariah. aku mohon padaNya berikan aku kekuatan & ketenangan. hanya Engkau lebih mengetahui apakah hikmah di sebalik sesuatu kejadian itu..

Friday, November 5, 2010

cotik deepavali

wiken yang biasa2 aje. penat menguruskan keje rumah. dari pagi sampai ke tghari. by the time nak belek defense-in-depth...aku dah mengantuk. aduhhhh! camno ni..tinggal beberapa minggu je kalo aku nak amik exam bulan dec. sambil layan lagu2 lama -xpdc. hahaha...feveret aku dolu2. suka sgt ngan suara Mael ni.dari semalam aku dok ulang lagu - nafisa ni. nape ntah....tatau nak buat apa. cikmah as usual ..on call. ingat nak ajak g jalan2 ke...mmm...layanzzzz ;)

Nafisa ( by XPDC )

Dikeheningan malam ini
Aku dihimpit kenangan
Sejarah cinta mengajarku
Sepanjang hari sepanjang malam

Dibenak ku kau sentiasa
Lalu memukau jiwa
Jadi sentimental lelaki ini

( korus )
Terkadang perjalanan jauh
Yang kan mampu aku menapak
Pendakian gunung yang tinggi
Lembah curam yang ngeri
Aku harungi

Sepuluh musim yang benderang
Bagai direndam perasaan
Mentari terik tak terasa
Awan mendung berlalu berganti masa

Itupun dia kehadiran
Yang tak mungkin aku lepaskan
Dakap erat sepenuh kasih
Genggam genggaman ini menambah seri

Biar dunia beredar
Rentak sama kita berlari
Menuju titik permulaan
Belum tahu dimana ia berakhir

Wednesday, November 3, 2010

dini sayang mama

pagi tadi hantar tokma, suyah & dini balik kampung naik bas. dini xnak balik. nak duduk ngan mama. dini baring atas pangku mama. Ya Allah...kuatkan aku Ya Allah. Kuatlah juga anak aku Ya Allah. Mama tak dapat menahan airmata mama bercucuran. dini pujuk mama..." Mama jangan nangis ye Mama...! cayang mama !!!!"....

Maafkan mama sayang...hanya Allah swt lebih mengetahui hikmah di sebalik semua ini. Mama sabar...

Tuesday, November 2, 2010

nasi goreng utk along

hari ni..pagi2 mama masak nasik goreng untuk along. last few days...mama kena sound ngan along.."mama ni...hari2 cocoa-crunch...". sorry sayang...mama tak sempat nak g sopping benda lain. so...hari ni mama masak nasik goreng utk anak mama breakfast & bawak bekal. also...this morning ...along bleh minum teh. cian pulak anak mama..boring kot asyik2 susu jer..dan mama sangat hepi sebab anak mama makan nasik goreng tuh sampai licin :)

Monday, November 1, 2010

Aku bukan untukmu : Part 2

Everything is still fresh in my mind

It's 22 Sept 2007 - 7th months pregnancy of Addini-bulan ramadhan- and it my beloved mum's birthday.....

P.E.C.A.H T.E.M.B.E.L.A.N.G
Seawal subuh...lepas sahur rasa nak call ma...nak wish birthday. alamak !!! kredit phone abis pulak. aku mencapai handphone suamiku. mmmm....suamiku sedang lena tido...nak mintak izin ke tak? nanti ganggu pulak. xyah laaa..nanti suamiku bangun aku akan bagitau. lagipun sian pulak...dia penat sebab sahur tadi..kena bangun awal sediakan sahur..sebab isterinya tak larat dan sarat.

Tanganku mencapai handphone suamiku. mendial nombor ibuku....."Ma....!!!! Happy birthday!!!!" ..ujarku gembira. Perbualan kami hanya sekejap. Hatiku puas dapat mendengar suara bonda tercinta. Handphone suami masih di tanganku. Entah mengapa...aku terlintas untuk membaca 'sent items' hp nya.

Astagfirullahillazim.....! Rasa nak luruh jantungku. Berderai2 airmataku tatkala terbaca satu sms yang dihantarnya kepada seorang perempuan (aku namakan "Y")...yang berbunyi ..." buah hatiku sayang". aku tertunduk diam. sambil memegang perutku. apakah semua ini????

Aku bukan untukmu : Part 1

Aku bukan untukmu selamanya....
Dia kekasih sejatiku.....
Dia ingin aku lebih rapat padaNya
Dia memberiku padamu untuk seketika sahaja
Dia lebih sayang padaku selamanya
Dia pinjamkan aku padamu hanya seketika sahaja
Dia kekasihku abadi...Ya Allah ..tuhanku yang Maha Penyayang

Di sini aku ingin meletakkan sebuah noktah pada sebuah ikatan yang hanya pinjaman dariNya.
Kerana aku adalah milikNya yang abadi. Hanya Dia yang tahu apa yang terbaik buatku.

I hope I get a right momentum to write something ......

Thursday, October 28, 2010

nota buat anak2 mama

i need to write something

my dear kids....mama luv you all so much !!!!!!!!
tak terbanding kasih sayang mama buat anak2 mama.kasih & sayang mama hingga ke syurga anak2ku sayang.
mama buat & usaha yang terbaik buat anak2 mama. sehingga ke akhir hayat mama.insya'allah...
mama redha dengan setiap ketentuan ilahi. dan mama yakin Dia hanya bagi yang terbaik untuk kita anak2ku.

MAMA LUV YOU ALL SOOOO MUCH !

another big event by c-s-m

lagi penat dan letih. seminggu di KL Convention Centre. letih & penat sangat2. nak melayan anak2 pon tak terdaya...

Saturday, October 23, 2010

penat

hari ahad yang hectic untuk seorang ibu. yang menguruskan anak2 keseorangan.
gitulah rutin aku sekarang. lepas subuh..anak2 tak bangun. bermulalah urusan aku menyelesaikan kerja rumah. sapu sampah -> mop lantai -> buang sampah -> laundry -> jemur baju -> lipat2 baju dh kering -> buat breakfast -> mandikan anak -> bagi anak2 makan -> FB jap -> gosok baju utk seminggu -> main ngan Mia -> masuk dapur prepare mkn tghari -> dh zohor -> PENAT nyerrr....

keje tak abis2 kalo wiken nih. ingat nak g therapt jap. cikmah plak oncall. next week lah. kalo anak2 tido ingat nak baca buku. mmm...macam2 aku nak buat. last sekali aku ikut sama anak tido...zzzZZZZZ...

toughnya hidup ini

kekadang ku rasa lemah...tapi bila ku ingat Dia Maha Besar...aku rasa kuat
kekadang ku rasa sedih....tapi bila ku ingat Dia Maha Penyayang.....aku rasa gembira
kekadang ku rasa takut......tapi bila ku ingat Dia Maha Kuasa.....aku rasa selamat
kekadang ku rasa kosong....tapi bila ku ingat Dia Maha Pengasih...aku rasa disayangi

toughnya hidup ini...
tanpa Dia....aku takkan 'setough' ini..
tanpa Dia....aku mungkin 'terhenti' di sini....
tanpa Dia...aku hilang dalam realiti...

kelas abis dah

Day 4: Secure Communication
Day 5: Windows Security
Day 6: Linux Security

abis daaa kelas. jeng..jeng ...jeng....
tapi aku tak ready nak amik exam lagi. aku sgt takut. aku kena baca & study .post class study....huhuhu. ari ni balik kelas aku terus tdo ngan Damia. kekononnya kepala berat sbb banyak sgt benda baru yang belajar....

Wednesday, October 20, 2010

Day 3 : Internet Security Technologies

hari ni lecture abis awal. sebelum kol 4 dh abis. ingat nak try test dumpSec Knoppix tuh...perut pulak sakit. nape tah...tak pernah nyer aku nih period pain..tetiba jer sakit plak perut aku nih. so ...kol 5pm..aku cabut & terus pick up kids. along dh warning semalam...jangan balik lambat. cian anak mama....boring dok lama2 kat nursery.

banyak betol benda yang aku tatau dlm modul nih.wpon dh ulangkaji sikit2 sebelum masuk kelas...utk amik exam..another round of revision ( berape round pon tak sure ) is a must. takde nyaa nak masuk exam straight away after this class abis.

Tuesday, October 19, 2010

Day 2 : Defense-In-Depth

Class ended at 6.30pm. today's lessons banyak theory. sepatutnya at the end of class aku kena buat some practical hands-on...Cain & Abel, John The Ripper, DumpSec...
tapi memikirkan takde sapa2 nak amik anak2 kat nursery...aku terpaksa bergegas keluar kelas. Emmm...aku kena mentelaah lebih tekun & tak bleh nak depend on the lectures only....

Monday, October 18, 2010

Day 1( 18th Oct ) : Networking Concept

Day 1 ( 18th Oct ) Networking Concept

Tersangat laa horror. penuh blur dan tak paham.
I supposed not to be sooo blur during the class..come on..networking ..it's not something new to me.
Bila sampai part IP Decoding..so on and so forth..aku dh lost. rasa nak nangis semua cukup. plus...a very scary remarks from MR Ceo :

Training ID : 597
Approval : Approved
By : Mr Ceo
Date : 18 Oct 2010 09:27:45 AM
Remarks : This is an important course for your career, and make sure you attempt the certification exam and pass. I will require a written justification if you fail to attempt the exam or score below passing mark. Good luck and take this course seriously and you are lucky to be chosen
Goshhhh..wat going to happen to the next 5 days?????

Friday, October 1, 2010

g exam

Defense-In-Depth
Windows Security
LINUX Security
Secure Communication
Internet Security Technology....

apa lagi haaa...????


Networking Concept belum sentuh lagi

Entah macam mana aku nak amik exam nih. baca sorang2..ingat kejap je.lepas tu lupa balik. starting october..aku mmg kena pulun (bak kata org kedah). certification nih mahal gilosss & susah gilosss. cukup menakutkan. dah start nervous dah....apa aku nak buat ni haaa? nak stay up malam ni...boleh ke??? cuba jer...

Thursday, September 30, 2010

Be Serious pls !!!

Be serious please !!! Review class soon & will follow by the exam in Nov or Dec.
Baca buku tak khatam lagi. banyak benda aku TIDAK TAHU & TIDAK FAHAM !
Daya ingatan..semakin tua ni semakin lemah. Nak study kat rumah..banyak lerr pulak gangguan.
Sooooo..macam mana sekarang???

Wednesday, September 29, 2010

khianat

sebuah kisah benar. nama & identiti pemilik dirahsiakan. apa yang berlaku adalah dengan izinNya. wallahualam

Satu pagi di opis....Ira mengemas-ngemas mejanya. rasa lama benar dah dia tak mengemasnya. agak berselerak mejanya. dokumen2 kerja agak berteraburan.drawer dibukak. pen & kertas2 yang berselerak dikeluarkan. tiba2...hujung jarinya tersentuh satu gumpalan. dibungkus dengan tisu. Ira keluarkan gumpalan itu dan hampir membukanya. kain kuning yang diikat kemas. apakah bendanya ini???? setahu Ira....'barang' itu bukan miliknya. siapa punya? macam mana 'barang' itu berada dalam laci mejanya??? soal Ira penuh tanda tanya pada diri sendiri...

Ira menunjukkan 'barang' itu kepada rakan sekerjanya. masing2 menunjukkan reaksi muka yang terkejut. ada yang mengeluh panjang..astagfirullah....! rakan2 menyarankan Ira segera membawa 'barang' itu kepada bomoh atau ustaz atau orang alim. satu petanda yang tidak elok. Ira resah & risau...dalam hatinya..mohon dijauhkan benda2 yang tidak elok.

Petang itu jugak Ira & suami ke rumah seseorang ( makcik Gayah) untuk membantunya mengenalpasti..apakah 'barang' yang dijumpai dalam laci mejanya itu. MG mengambil 'barang' itu dari Ira dengan gunting. 'barang' itu dikepit di hujung gunting. MG mengucap panjang apabila 'barang' itu dibuka. ia adalah kain kuning diikat kemas di mana didalamnya tertulis ayat2 al-quran dalam susunan terbalik !!!!! Ya Allah...siapa punya angkara??? MG memberitahu ada 'seseorang' yang iri hati, dengki atau mempunyai niat tak baik pada Ira. Nasib baik Allah swt gerakkan hati Ira utk jumpa 'benda' itu sebelum Ira muntah darah !!!!

Friday, September 24, 2010

Hampesss

entry ni aku tak tahu nak bagi tajuk apa..tajuk 'hampesss' boleh tak???

aku menghantar sms kepada bapa anak pagi jumaat utk minta tolong seseorang bagi membantu anak aku which is anak dia jugak.

aku: boleh bawak Damia g cucuk esok tak?

bapak Damia: maaf,lewat malam ni saya kena balik kg. ada hal keluarga nak kena settle

aku:susah sgt anak2 sy nk mintak tolong dari ayah sendiri.wpon ayah masih ada.apa2 pon thks.

bapak Damia:tpulang la nk kata apa.lain kali bgtau awal2. saya dh berjanji dengan orang.xkan nak cancel last minit? hilang akal apa? (ewah..ewah...siap boleh kata aku hilang akal pulak tu. dia yang pendek akal x sedar. eh...org yang hilang akal ni lah yang mengandungkan anak2 ko, melahirkan anak2 ko dan sekarang tgh berhempas pulas membesarkan anak2 ko sorang2 tau)

aku:tepuk dada, tanya iman..


~no further sms.
eh..come on laaa...anak ko bukan keluarga ko ke????? bawak budak g klinik xsampai pon 1 jam. kalo ko nak 'tolong' anak ko...banyak cara kan??? apa yang penting dalam hidup ko sekarang ??? macam2 alasan ko boleh bagi kalo dah xde rasa tanggungjawab tu !!!

Wednesday, September 22, 2010

I want to be with my kids !!!!

I want to be with my kids ! That's all I want !!! Along & Kakak !!!!!! Mama rindu u all alwayssss!
I want to be with my kids ! That's all I want !!! Along & Kakak !!!!!! Mama rindu u all alwayssss!
I want to be with my kids ! That's all I want !!! Along & Kakak !!!!!! Mama rindu u all alwayssss!
I want to be with my kids ! That's all I want !!! Along & Kakak !!!!!! Mama rindu u all alwayssss!
I want to be with my kids ! That's all I want !!! Along & Kakak !!!!!! Mama rindu u all alwayssss!
I want to be with my kids ! That's all I want !!! Along & Kakak !!!!!! Mama rindu u all alwayssss!
I want to be with my kids ! That's all I want !!! Along & Kakak !!!!!! Mama rindu u all alwayssss!
I want to be with my kids ! That's all I want !!! Along & Kakak !!!!!! Mama rindu u all alwayssss!
I want to be with my kids ! That's all I want !!! Along & Kakak !!!!!! Mama rindu u all alwayssss!
I want to be with my kids ! That's all I want !!! Along & Kakak !!!!!! Mama rindu u all alwayssss!
I want to be with my kids ! That's all I want !!! Along & Kakak !!!!!! Mama rindu u all alwayssss!
NOW....and foreverrrrr

Thursday, August 26, 2010

what say u?

APA PERASAAN / TINDAKAN / AUTOMATIC ACTION ANDA ...APABILA ANDA TERSEREMPAK DENGAN PEREMPUAN (wajarkah dipanggil perempuan??? panggil betina ok tak? ) YANG BERSKANDAL DENGAN SUAMI ANDA di pusat membeli belah?????

1 - kejar & tarik rambut & sepak terajang ( ikut kemampuan fizikal anda)
2 - maki hamun dengan kata2 dashyat tak ingat ( ye laaa sbb memusnahkan rumahtangga org)
3 - memberi jelingan yang TAJAM & BERBISA
4 - tembak dia dari jarak jauh (pinjam senapang pak guard kedai emas sebelah)
5 - buat dek je (alaa...aku x heran pon...lantak ko laaa...balasan dari tuhan sedang menunggu)
6 - BERJABAT salam bermaaf-maafan ( ye laaa kan..sbb dah dekat nak raya nih..)
7 - tolak dia dekat escalatorrr..( padan muka ko..rasakan..)

checklist saya

ada benda nak kena buat. so aku senaraikan dalam checklist ini ;

1 - along, dini & damia to be with Mama. prior to this Mama kena sediakan semua di bawah terlebih dahulu
- rumah lain yg lebih SELAMAT, SELESA & SESUAI....
- cari guru quran utk along & dini (sbb mama x reti nk ngajar..tajwid mama tunggang langgang)
- bibik ( mmm...i don't favor this, tapi mcm kena jugak...c how laaa)
item no 1 - aku tak pasti..secepat mana ia akan direalisasikan. buat masa ini...aku masih belum nampak jalannya lagik. Ya Allah....bukakanlah jalan untuk hambaMu ini. Permudahkan urusanku Ya Allah.

2 - siapkan R&D Code of Ethics cepat2....arrrghhh...dh bosan dh aku buat benda ni
3 - study for GSEC (ntah bila nak study...belek ( belek bukan baca yer) buku dgn perasaan blur...)
4 - upgrade CBCP ( ye ke ????)

esok balik kg lagik

lepas solat subuh jap lagi, aku, kirah & nazif akan bertolak balik kelantan lagi. cuti panjang laa pulak. 30hb tuh...kena amik replacement leave. kalo tidak burn gitu je. so..apa lagik. balikkk laaa. orang mengantuk di sorongkan bantal.alhamdulillah...terbuka jalan untuk aku bersama2 anak2 ku di bulan puasa ini.alhamdulillah.....

Monday, August 23, 2010

angan-angan

semalam g pusing2 tengok rumah kat Bangi. Cantiknyaaaa....sukanyaaa....kalo dapat sebijik. berangan-angan untuk memilikinya. kalo laa dapat sebijik....

Wednesday, August 18, 2010

13/08/2010 – 16/08/2010

4 hari 3 malam. Singkat sangat masa tu kan. Kejap sangat mama balik jumpa anak2. Kejap sangat mama sempat perbetulkan Along solat. Hanya semalam je sempat Mama kejutkan Along bersahur. Hanya sekali je Mama sempat ngaji bersama2 Along. Beberapa kali je Mama sempat mandikan Dini & Along. Cuma semalam je mama sempat temankan Along buat Matematik. Kejap sangat Mama balik jumpa Along & Dini. Kenape Mama balik kejap? Sibuk sangatkah Mama dengan keje Mama? Kenape Mama tinggalkan Along & Dini rumah TokMa ?

Maafkan Mama sayang mama!!! Ini dugaan buat kita anak2ku. Ibu mana yang mahu berjauhan dengan anak2nya. Mama tak dapat nak tulis panjang2 kat sini..sbb mama sedih sangat…

Cuma Mama nak anak2 Mama tahu…anak2 adalah amanah Allah swt buat mama & dengan izinNya mama akan buat yang terbaik buatmu sayang.

~dilema~

Aku hanya ingin bersama2 dengan anak2ku. Aku ingin sepanjang masa bersama2 mereka. Mendidik, mengasuh, mengajar, mencurahkan kasih sayang, bermesra dan bermanja. Mereka perlukan aku. Dan aku perlukan anak2ku.

Ya Allah….Engkau bukakanlah jalan buatku dan anak2ku. Aku ingin menyempurnakan amanahMu ini sebaik mungkin Ya Allah. Permudahkan urusanku Ya Allah

Dilema. Aku masih tidak pasti apa yang aku perlu lakukan sekarang. Apa aku perlu buat? Apa yang patut aku mulakan dulu. Luqman Hanif bakal menduduki darjah 1 tak lama lagi. Addini pon d ah masuk 3 tahun dah. My kids need me. Ibu mereka. Betapa aku merindui anak2 aku…hanya Allah swt yang lebih mengetahui.

Sunday, July 18, 2010

pecah rumah : part 2

tak sampai 10 minit. 2 org encik polisi sudah tiba. sungguh cepat & betul !!!sorang bawak senapang patah. sedikit rasa lega. aku menunjukkan kepada encik polis rumahku. dua2 orang masuk.dan menggeledah. kot2 laa malaun itu masih ada dalam rumah ku ke..apa ke. ok...encik polis suruh aku masuk. selamat untuk masuk. aku letakkan Damia atas tilam kecik dia. diam laaa pulak si kecik nih bila polis ada. tadi..bukan main melalak ngan mama..huuhuhu.

polis - biasalah tugas polis..menanyakan itu dan ini sambil2 memeriksa keadaan rumahku. encik polis suruh aku periksa..ada benda yang hilang. dalam keadaan blurrr....aku memeriksa....dan dengan selamba aku jawab xde apa2 yang hilang. sbb seingat aku memang x simpan cash kat rumah apatah lagik barang kemas memang takde. hahahha...padan muka pencuri tuu. encik polis memberitahu....lama dah kawasan rumahku itu xde kes pecah rumah macam ni. banyaknya...kes samun & ragut. whatttt????????

encik polis memaklumkan bahawa report hendaklah dibuat di balai polis yang berhampiran sebelum jam 12 tgh malam. aku memberitahu encik polis....nak bukak pose dulu..pas maghrib baru buat report. tunggu si dien atau adik aku datang. encik polis kemudiaannya beredar dan memberitahu aku agar berhati2......dan diaorang ada di sekitar kawasan rumahku..just in case aku memerlukan apa2 bantuan.

time kasih encik polisi. sorang sungguh peramah. siap mengagah2 si Damia.

aku tutup pintu. dan berbaring depan tv ngan Damia...sambil tunggu masuk maghrib.............

pecah rumah : part 1

It was 15th July afternoon...
Aku sekoyong-koyong balik dari opis...agak awal sampai rumah..dalam 5.45ptg. ganti puasa hari tuh. aku tiba di depan apartmentku dan terkejut..."apsal...gril tak berkunci nih?". okay...aku masuk dan membuka pintu rumah.emm..it's locked from inside. dalam kepala aku ..aku fikir mungkin adik aku balik rumah kot.sebab dia je yang ada kunci rumah.

aku melangkah masuk sambil membimbit bangkul Damia. Ya Allah....!!! master bedroom & bilik tengah berselerak !!! pintu & drawer almari ternganga & lampu & kipas terpasang ! Ya Allah...rumah aku kena pecah masuk nih !!! Aku panik dan bergegas keluar dari rumah. serta merta bersama Damia. aku capai handphone ku dan mencampak handbag. tak cukup tangan nak menggalas handbag.

Ya Allah....apa aku nak buat nih????? No tepon Ma aku dialled. Owh...no response. x angkat. aku tepon Dien. pon x angkat. aduhhh...!!! tak tahu nak buat apa. keliling pon sunyi xde orang. Damia pon dah mula menangis. menangis kemudian menjerit & melalak. ahhhh...aku panik + sedih + takut. aku cuba tepon Ma lagik. dien lagik. sawani jugak. rumet jugak.semua nombor aku dialled. oooo..999...aku mesti kol 999 ! terus aku dialled '999'.

aku : hello..tolonggg saya ...!!! rumah saya kena pecah masuk ( hua...hua...huawaaaa!!!!)
999 : hello..puan. sila bertenang Puan. kami akan membantu Puan...
aku : uwaaaa...(makin kuat plak aku menangis )
999 : Puan...boleh bagi nama & alamat puan
aku : saya #$%^&*...alamat rumah !@#$%^&*...tolonggg saya !!!! uwaaaaa...(sambung melalak !) (ishhh..teruknya aku nih )
999 : Ok...puan bertenang anggota polis akan tiba secepat mungkin
aku : (ntah apa aku cakap daaa..)

Monday, July 12, 2010

TOUCHING ..TERHARU …HAPPY…


kek Baskin Robbin yang sangat sedapppp....


Last Sunday...a get to gether session ngan my best buddy Nono, Azi, Iza, Dila & Che Su @ umahku. Rasa H.A.P.P.Y sangat2 dapat jumpa, borak2 & makan2 ngan diaorang semua. Thanks untuk Salman & Mahzan jugak sebab menemani si isteri borak2 & gelak2 hu haaa..hu haaa..!


Menu semalam sempat masak mee kari & macaroni goreng jer. Nono bawak nasik mandi (eh..apa ekk nama ???) sbb taknak susahkan aku masak ( not at all dear …cooking i s my therapy…hehehe). Ingat nak masak ‘tomyam tulang versi kelate’ tapi…budu yang sepatutnya diimport has dari kelantan tertinggal oleh aku ku – kirah. So sorry kenkawanku…xdapat nak masak special menu untuk u all. Insya’allah..panjang umur kita boleh get together again and of course with more variety foods.


TOUCHING ..TERHARU …HAPPY…semua ada apabila kawan2ku siap beli kek Baskin Robbin. Advance birthday celebration untukku. Nasib baik birthday girl boleh kontrol…so xde adegan syahdu2. Thanks soooo much u all !!!! Tidak cukup dengan itu….dapat hadiah harijadi pulak! Gua memang cair ngan surprise kawan2! Handbag CR yang sungguh anggun itu ! Mmmuaaahhh ! Terima kasih banyak2……..!!! dari myself & little Damia.


Yang paling penting “TERIMA KASIH” kerana begitu memahami aku , keadaan aku & situasi ku. Dan…jutaan MAAF aku pohon sekiranya ada sebarang kekurangan atau salah silapku pada kalian. Kehadiran kalian sangat bermakna buatku ! Luv u all !!! Mmmmuuuaaahhhh *