Total Pageviews

Sunday, May 30, 2010

7th

It is 7th! It reached 7th ! Happy 7th Anniversary to me & only me. No celebration and nothing.

30th May 2003 ~ Tarikh keramat yang menyatukan 2 jiwa. Dengan sebuah harapan dan doa semoga ikatan yang dimeterai itu berkekalan hingga ke hujung nyawa.

30th May 2010 ~ Genap 7th tahun ikatan itu. Di saat dan detik ini....ikatan itu cuma tinggal nyawa2 ikan.

wallahualam...

BTW........Yes…no 7 is sooooo SIGNIFICANT in my life....

Rumah sewa lama ~ no 107

Apartmen baru ~ A-02-07

Ic lama ~ A 37***77

Siblings ~ 7

DOB ~ 13/07/77

What else huh..???



Thursday, May 27, 2010

bibik

Bibikku sempat berkhidmat denganku selama 7 bulan sahaja. Aku rasa tempoh itu dah cukup lama.Sekiranya dia mampu bertahan dan bersedia bekerja denganku lebih lama…dia bakal jadik jutawan bila pulang ke indon nanti. Kontrak selama 2 tahun terkubur begitu sahaja. Lantaran bibik tidak menunjukkan minat dan kesungguhan untuk bekerja. Very straight forward and clear reason! Aku tidak nafikan..bila ada bibik…beban kerja rumah aku ringan. Masa lebih tertumpu pada anak2 dan diri sendiri. Banyak kebaikannya dan aku rasa xperlu aku senaraikan di sini. Tetapi sekiranya bibik ini bermasalah..keburukan mungkin akan mengatasi kebaikannya. Kepala majikan akan MIGRAIN ! Aku tak pernah rasa kepala berdenyut2 dan aku sebenarnya sangat2 susah untuk sakit kepala atau makan panadol. Setahun…sebijik pon aku x telan.

Tapi…memikirkan pasal bibikku (tatkala masih berkhidmat denganku) ..membuatkan kepala aku migrain siang dan malam. Itu belum ditambah masalah sedia ada.
Sepanjang duduk berpantang di Kelantan…aku tidak sempat nak memerhatikan sangat tingkahlaku atau perbuatan bibikku. So..tak banyak ler aku nak komen ..apatah lagi nak marah jika dia buat salah. Pernah sekali aku mintak di gosokkan tudung. Lama aku menunggu tudung untuk dipakai. Bila aku panggil bibikku….tudung sudah dibasuh buk !!! waduh…. Lain aku suruh, lain dia buat. Okay..aku memang tak marah. Lantas aku hulur & suruh dia GOSOK tudung lain. Bukan BASUH !!! adikku cakap mungkin dia lama tak korek telinga. So..keesokan harinya aku bagi ‘cotton bud’ pada bibikku. Almaklumlah..majikan perlu prihatin.

Benda yang aku perasan from the 1st day dia landing rumah aku adalah….dia kurang suka @ kurang minat @ kurang sabar untuk menguruskan anak2 aku. Lebih2 lagi along. Pernah satu hari..masa tu aku masih di atas wheel-chair, Luqman tengah mandi dalam bilik air..dibiarkan begitu saja wpon aku sudah mengarahkan dia supaya mandikan Luqman. Budak lelaki umur 5 tahun…biasalah kalo masuk bilik air. Nak mandi campur ngan main air..main sabun. Merbahaya biarkan dia sorang2 dalam bilik air. Mungkin anak aku tak ‘dengar kata’ dia. Lantas….budak itu dibiarkan sorang2 dalam bilik air. Mmm….from there I can see something on her attitude. Okay…let’s wait dan see….

Tuesday, May 25, 2010

Rindunyaa mama...

Arrrghhh…rindunya aku pada anak2ku. Rindunya ku pada Addini. Rindunya aku pada Along. Tuhan je tahu betapa hati seorang ibu meronta2 untuk anak2nya sentiasa di depan matanya. Hanya melalui panggilan telefon..aku dapat melepaskan rindu pada anak2ku. Mendengar suara manja Dinie…mendengar suara serak2 basah Along…pengubat rinduku.

Sampai bila aku harus berjauhan dengan anak2ku? Inilah harga yang aku perlu bayar untuk sebuah pengorbanan. Aku perlu korbankan semua itu demi mencari rezeki untuk anak2ku. Setiap pagi…tepat 6.58am…aku akan telefon Along. Menyampaikan amanat seorang ibu kepada anaknya..sebelum memulakan sesi persekolahan tiap2 hari. Walaupun tiada ciuman atau peluk cium buatmu anakku…doa mama sentiasa bersamamu sayang. Dirimu dan adik2mu amanah Allah swt kepada mama. Mama akan pastikan hanya yang terbaik untukmu sayang! Bersabar duhai anak2ku..bagi mama masa..insya'allah...kebahagiaan pasti milik kita anak2ku.

mama sayang anak2 mama !

Monday, May 24, 2010

25th May 2010

penatnya bila dah start keje. the very hectic life. tak sempat nak update blog. sementelah aku nyer..maxis broadband kiok! maxis ni pun satu hal. aku nak terminate ..banyak lek songeh diaorang nih. dah laa tuh..bil running month by month ! so....weekend aku xde laaa nak online ke hape. ditambah pulak ngan bibik yang baru dihantar pulang. cakap pasal bibik.....mmg aku terus migrain. alhamdulillah ....semua dah setel. will story morry later about bibik. mmmm..tak semudah yang disangkan urusin bibik indon nih.

dah masuk 2 minggu aku masuk opis. lama sungguh aku tinggalkan opis. mana taknyer....hospitalization leave..disambung plak ngan maternity leave. apa2 pun...semuanya telah selamat. my cute little Damia pon dah 2 months. cuma si kecik nih manghadapi masalah ..xnak minum susu botol. harap...lepas2 ni Damia akan dapat menyesuaikan diri ngan environment nursery dan minum susu botol.

catch u later...

Thursday, May 6, 2010

...

berat hatiku nak balik KL. tapi...apakan dayaku. aku perlu teruskan juga hidup ini dengan segala kudrat yang aku ada. dah beberapa hari...aku rasa 'down'...down sgt2..entahlah. lemahnya semangat aku nih.

Sunday, May 2, 2010

owh !


-Image from Google-

owh !...aku tidak dapat memakai seluar jeans sudah. huhuhu....padan muka aku. sudah gomukkk. malas aku nak cakap berat aku kat sini. sbb belum pernah aku seberat itu. berat tak turun2 pon. sedihhhh! ingatkan berpantang dah kurus...rupanya tidak. semalam..kekononnya aku nak cuba balik pakai jeans yang aku bleh pakai sebelom pregnant. dengan konfidennya...aku cuba pakai. aduh...tersangkut kat paha. langsung x bleh masuk.terus cancel hajat ku nak keluar jalan2...

sebelum ni xde laa gemuk pon lepas bersalin. awat kali ni berat aku tak turun? metabolisme menurun? aku makan banyak ? dah tua? mmm...apa2 je laaa....huhuhu...tiba2 aku terfikir...bestnya kalu aku nih artis. erra fazira ke..wardina ke..ziana zain ke....SLIMworld menunggu. mana taknya badan cun melecun..dah dengan bantuan slimworld. best laaa diaorang kan..

apa2 pon ... bersyukurlah seadanya. ku mohon sihat tubuh badan dan dilindungiNya sentiasa. moga2 diberi kekuatan & kesihatan yang berpanjangan untuk meneruskan ibadat padaNya.amin.