Total Pageviews

Tuesday, March 22, 2011

jiwang

Di sebalik Rahsia Cinta

Pertemuan ini bagaikan terbuka
Satu rahsia didalam rahsia
Ketika kita sama dikota cinta
Kenikmatan pengabdian yang suci

Dan di waktu itu kau dan aku satu
Berlindung di dalam kebesaran
Tiada kenal erti perpisahan
Penuh restumu oh Tuhan...

Dan kini kita terbuang di awangan
Terpisahlah dari kenyataan

Lalu ada yang terlupa pada perjanjian
Kerna leka dengan kepalsuan

Tersesat kita dalam perjalanan

Kau dan aku kini bertemu kembali
Menunaikan perjanjian sejati

Dalam suka duka jauh terpisah

Terbukalah rahsia cinta

Kau dan aku kini bertemu kembali
Menunaikan perjanjian sejati
Dalam suka duka jauh terpisah
Terbukalah rahsia cinta

Monday, March 14, 2011

nota buat nini

nini sayang mama...

mama mintak maaf dari nini. sayang mama. nyawa mama. nini sekarang duduk dgn tokma. lagi 2 months..genaplah setahun nini duduk ngan tokma. anak mama ni dah masuk 4 tahun. makin cerdik dan petah bercakap. mama tak pasti bila anak mama boleh kembali ke pangkuan mama. mama rindu dirimu sayang.mama nak peluk & cium anak mama sentiasa. mama nak anak2 mama sentiasa bersama2.

mama pernah suarakan pada tokma. untuk amik semula nini dan bawak balik KL. errrr...tokma tak bagi. tokma cakap nak jaga nini sampai bila2. mama cakap lagi....nak nini sekolah sini. senang mama nak pantau perkembangan anak mama. sekali lagi..tokma kata...'nini...ma jaga!'. bicara mama terhenti. xnak mama ungkitkan benda tu buat sementara waktu. mama tahu...tokma kesian kat mama.menguruskan anak2 yang masih kecil sorang diri. hanya seorang ibu lebih memahami anaknya.mama akur dengan kehendak tokma.

nini sayang mama
mungkin...mama belum boleh bawak nini lagi dalam masa terdekat. maafkan mama sayang!mama sangat risau..kelak anak mama akan memarahi mama.menghukum mama.tapi..mama janji..nini, miyya & along akan bersama2 dengan mama.insya'allah. masa akan tiba.

Saturday, March 12, 2011

Kisah & teladan : divorce - part 1

Hafiz dan Mira dua pasangan yang suami isteri yang cukup romantik. kedua2nya saling sayang menyayangi. baru 8 bulan melayari bahtera rumahtangga...kisah pergaduhan suami isteri itu di satu malam meninggalkan kesan yang mendalam ke dalam diri Mira hingga ke detik ini. Semuanya bermula di satu hujung minggu... masa untuk bersantai bersama2 di rumah....berlakunya pergaduhan serius di antara mereka..sehinggalah Hafiz melafazkan...

'Mira..kalo ko keluar dari rumah..jatuh talak tiga'

Hafiz mmg agak panas baran. Senang melenting. Pantang ada benda tak kena...cepat sangat mengamuknya.

Keesokan paginya..mereka dah berbaik semula dan keluar rumah sama2 untuk pergi bekerja. Tiba2...Mira teringat kembali kata2 suaminya semalam.aku masih isteri kepada Hafiz kah? jatuhkah talak dari mulut Hafiz pabila Mira keluar dari rumah ? Talak tiga?

Perkahwinan mereka berakhir di mahkamah syariah. hakim mengesahkan...SAH talak 3 yang dilafazkan oleh Hafiz. Mira bukan lagi milik Hafiz. Hafiz terduduk. Mira janda seawal usia 25 tahun. Deraian airmata mengiringi perpisahan Mira dan Hafiz........

challenge VS problem

kawanku sepejabatku ira (bukan nama sebenar) ..lately kerap mengadu padaku.penat dengan beban keje banyak. terlalu banyak dihumbankan padanya. agak tidak puas hati dengan layanan dan sikap supervisor a.k.a boss barunya.akibat tekanan itu..ira mula mencari peluang keje lain. aku pada mula ..'menyokong' dan 'mengiyakan' protes dan kemarahan ira itu. ye laaa...list keje yang dibagi padanya melebihi kawan yang lain. aku turut simpati dan kesian.

sesuatu telah membuat aku berfikir sebaliknya.aku rasa mcm bersubahat pulak membuat ira demotivated utk keje.sebagai kawan..aku patut memberi dorongan dan galakan yang positif buat dia.take that as a challenge for her to improve. show to her aupervisor that she can make it! buktikan pada boss yang ko boleh buat dengan baik ! not as a problem ! TETAPI..bila aku mula memberikan pandangan sedemikian, ira seolah2 menanggap aku menyebelahi boss dia. she refused to accept my opinion. katanya .."masing2 punya pendapat berbeza..".perbualan kami bertukar hambar ..ira dingin padaku..

aduh! agak sukar jugak ye nak menyampaikan sesuatu yang positif ni.rasa..cara aku dah betul.tapi....

to ira....jangan anggap aku menyebelahi sesiapa & aku sangat2 harap ko akan nampak +ve side of all these things.mmg laaa..sapa laa aku utk nasihat kat ko...cuma ..aku berniat ikhlas demi kebaikan ko. jika ko mmg nak sgt carik keje lain dan blah...terpulanglah...

Monday, March 7, 2011

haram???

Satu malam….kami berhenti parking di depan sebuah restoran Tamil yang namanya tertera ‘SRI SEETHARAM’. Cuma berhenti parking sbb mak sedara nyer nak pegi bazar larut malam. Aku & anak2 tunggu dalam kete.

Mmg restoren tu bukan kedai mamak/ india muslim…sebab mmg jelas nampak patung gajah merata-rata di dalam dan luar kedai. Apa yang menarik perhatian aku adalah…soalan dari LH ..

“mama…saya tak nampak pon anjing..kenapa dia tulis seetHARAM…????”

Mama tak memberikan jawapan pada soalan itu….Mama ngantuk kot..tapi Mama terfikir panjang…..rupa2nya…anak aku mungkin cuma tahu anjing & b*b% sahaja kot yang haram. Akukah ter’overlooked’ mengajar anakku tentang ilmu ini? Atau aku belum ajar? Atau Anakku belum faham konsep halal & haram sebenar2nya????

Kuang..kuang…kuang…mama ternganga...

Ilmu itu pelita hidup. Pedoman sampai ke liang lahat. Membezakan hak & batil.

Sunday, March 6, 2011

zahir tak terucap

Tadi call Ma…my routine almost everyday..Ma bgtau..Dini rindu ayahnya sangat2. Cakap sensorang ngan telefon…cam cakap ngan ayahnya.

“babah datang ye…”

“nini rindu babah sangat2..”

Hati mama cukup tersentuh. Mama sangat memahami apa yang anak kecil Mama rasa. Kehilangan dan kerinduan yang tiada penghujung.tak terungkai.Sabar anak2ku sayang.Allah ada dengan kita….itulah yang selalu Mama bagtau anak2 Mama. Entah faham..entah tidak.

Suatu hari nanti anak Mama akan mengerti. Allah sentiasa bersama kita selagi kita berpegang teguh pada taliNya. Insya'allah. Moga kita di hari esok dan seterusnya lebih baik dari kita hari ini ..duhai anakku.

Sebagai seorang ibu…sms dihantar kepada insan yang bergelar ‘ayah’…ingatan supaya menelefon & bertanya khabar anaknya. Aku hanya menjalankan tanggungjawabku. Insya’allah…niat yang baik…akan baik ganjaranNya.

Wallahualam.

Friday, March 4, 2011

4/3/2011

4 March - banyak benda nak citer..tapi sgt letih & penat....tengok wiken..sempat tak update something here