Total Pageviews

Saturday, November 6, 2010

sabtu

hari ni kuar g Jusco jap. ngan cikmah. sib baik cikmah sempat meluangkan masa ngan aku. Thanks Cikmah. sempat gak pegi beli body lotion ,perfume & kasut wat g keje. jugak beli buku citer utk along. aduh...! aku masih x dapat nak sambung study lagi. mcm mana ni ek? dok rumah..x abis2 keje rumah. ngan melayan si kecik - Mia.

-- 11.08pm
aku n along masih belum tdo. along tgh melukis. mia dah dilamun mimpi indah. switch on my notebook. rasa nak update blog. apakah makna blog ni padaku? ia bagiku adalah diariku. apa yang ku rasakan. apa yang terlintas dalam benakku. perasaanku. perjalanan hidupku. dan sesekali aku tak terniat mahu membuka pekong di dada atau menceritakan baik / buruk sesiapa. dan sebenarnya aku tidak suka berkongsinya dengan sesiapa yang asing bagiku. atau dalam kata lain tak mengenaliku. seboleh mungkin identitiku aku rahsiakan.

it just sometimes...there is no where to trash all those mix feelings...

along masih tekun melukis. dinasours + raksasa + ultraman dan kartun2 apa2 ntah lagi. itu hobi anakku yang sgt jelas & ketara sejak usia dia 4 tahun lagik. along sangat hepi dapat bersama2 dgn mama dan mia. biarpun susah. along nampak sgt ceria & gembira. rajin baca buku. senang disuruh solat & ngaji. rajin 'on line'. as his mum....aku dapat rasakan..

LAGI 3 hari...
sebelum semuanya berakhir di mahkamah syariah. aku mohon padaNya berikan aku kekuatan & ketenangan. hanya Engkau lebih mengetahui apakah hikmah di sebalik sesuatu kejadian itu..

2 comments:

  1. Semoga terus tabah.. hari ini..esok dan seterusnya. Percayalah..kita mampu berdiri & berlari semula....

    ReplyDelete