Total Pageviews

Monday, March 14, 2011

nota buat nini

nini sayang mama...

mama mintak maaf dari nini. sayang mama. nyawa mama. nini sekarang duduk dgn tokma. lagi 2 months..genaplah setahun nini duduk ngan tokma. anak mama ni dah masuk 4 tahun. makin cerdik dan petah bercakap. mama tak pasti bila anak mama boleh kembali ke pangkuan mama. mama rindu dirimu sayang.mama nak peluk & cium anak mama sentiasa. mama nak anak2 mama sentiasa bersama2.

mama pernah suarakan pada tokma. untuk amik semula nini dan bawak balik KL. errrr...tokma tak bagi. tokma cakap nak jaga nini sampai bila2. mama cakap lagi....nak nini sekolah sini. senang mama nak pantau perkembangan anak mama. sekali lagi..tokma kata...'nini...ma jaga!'. bicara mama terhenti. xnak mama ungkitkan benda tu buat sementara waktu. mama tahu...tokma kesian kat mama.menguruskan anak2 yang masih kecil sorang diri. hanya seorang ibu lebih memahami anaknya.mama akur dengan kehendak tokma.

nini sayang mama
mungkin...mama belum boleh bawak nini lagi dalam masa terdekat. maafkan mama sayang!mama sangat risau..kelak anak mama akan memarahi mama.menghukum mama.tapi..mama janji..nini, miyya & along akan bersama2 dengan mama.insya'allah. masa akan tiba.

4 comments:

  1. Azi pernah berada di situasi sebegini... Semua org boleh memberi pendapat atau nasihat, tapi hakikatnya hanya mereka yang mengalami yg tahu perasaan sebenar... Rindu seorang ibu pada anak yg berjauhan kerana keadaan memaksa, tak sama dgn rindu seorg ibu yg berjauhan dgn anak kerana bercuti! Perasaan bercampur aduk yg kadangkala sukar dimengerti oleh org lain. Namun percayalah, stp yg berlaku ada sebabnya. Tak termampu utk kita menjangka apa yg bakal berlaku esok hari. Kuatkan semangat Eena, kerana perjalanan kita masih jauh. Insya ALLAH, awan mendung akan berarak pergi....

    ReplyDelete
  2. ya azie...rindu yang tak terungkap seorang ibu pada anaknya. thanks my dear :)

    ReplyDelete
  3. dear,
    "Ingatlah tempatmu di akhirat.."

    ReplyDelete
  4. THANKS DEAR...ya Dear..ingat TAPI..selalu jugak lupa :(

    ReplyDelete