Total Pageviews

Wednesday, December 2, 2009

2nd Disember

Along,
Mama nak along belajar sungguh-sungguh. Belajar betul2. Along harapan mama untuk jaga mama dan adik2 kelak. Along ada tanggungjawab yang besar sayang. Along anak lelaki mama. Along bakal jadik ketua dalam keluarga kita. Mama nak along jadi anak yang bertanggungjawab pada keluarga. Kelak akan menjadi pemimpin yang baik. Sebaik-baiknya. Itu harapan mama sayang.

Tadi umi & tokma dah daftarkan along Tadika Mawaddah. Dalam hujan lebat, mama duduk dalam kete je. Along akan memulakan sesi persekolahan yang baru di situ. Mama yakin itu yang terbaik untuk anak Mama.

No comments:

Post a Comment