Total Pageviews

Thursday, May 27, 2010

bibik

Bibikku sempat berkhidmat denganku selama 7 bulan sahaja. Aku rasa tempoh itu dah cukup lama.Sekiranya dia mampu bertahan dan bersedia bekerja denganku lebih lama…dia bakal jadik jutawan bila pulang ke indon nanti. Kontrak selama 2 tahun terkubur begitu sahaja. Lantaran bibik tidak menunjukkan minat dan kesungguhan untuk bekerja. Very straight forward and clear reason! Aku tidak nafikan..bila ada bibik…beban kerja rumah aku ringan. Masa lebih tertumpu pada anak2 dan diri sendiri. Banyak kebaikannya dan aku rasa xperlu aku senaraikan di sini. Tetapi sekiranya bibik ini bermasalah..keburukan mungkin akan mengatasi kebaikannya. Kepala majikan akan MIGRAIN ! Aku tak pernah rasa kepala berdenyut2 dan aku sebenarnya sangat2 susah untuk sakit kepala atau makan panadol. Setahun…sebijik pon aku x telan.

Tapi…memikirkan pasal bibikku (tatkala masih berkhidmat denganku) ..membuatkan kepala aku migrain siang dan malam. Itu belum ditambah masalah sedia ada.
Sepanjang duduk berpantang di Kelantan…aku tidak sempat nak memerhatikan sangat tingkahlaku atau perbuatan bibikku. So..tak banyak ler aku nak komen ..apatah lagi nak marah jika dia buat salah. Pernah sekali aku mintak di gosokkan tudung. Lama aku menunggu tudung untuk dipakai. Bila aku panggil bibikku….tudung sudah dibasuh buk !!! waduh…. Lain aku suruh, lain dia buat. Okay..aku memang tak marah. Lantas aku hulur & suruh dia GOSOK tudung lain. Bukan BASUH !!! adikku cakap mungkin dia lama tak korek telinga. So..keesokan harinya aku bagi ‘cotton bud’ pada bibikku. Almaklumlah..majikan perlu prihatin.

Benda yang aku perasan from the 1st day dia landing rumah aku adalah….dia kurang suka @ kurang minat @ kurang sabar untuk menguruskan anak2 aku. Lebih2 lagi along. Pernah satu hari..masa tu aku masih di atas wheel-chair, Luqman tengah mandi dalam bilik air..dibiarkan begitu saja wpon aku sudah mengarahkan dia supaya mandikan Luqman. Budak lelaki umur 5 tahun…biasalah kalo masuk bilik air. Nak mandi campur ngan main air..main sabun. Merbahaya biarkan dia sorang2 dalam bilik air. Mungkin anak aku tak ‘dengar kata’ dia. Lantas….budak itu dibiarkan sorang2 dalam bilik air. Mmm….from there I can see something on her attitude. Okay…let’s wait dan see….

No comments:

Post a Comment