Total Pageviews

Saturday, January 29, 2011

rindu yang teruji

malam ni along tdo rumah babah. petang tadi along mintak mama teponkan babah sebab nak suruh babah datang amik dia. along agak bad mood hari ni. tapi bila dapat cakap ngan babah & bagitau babah dia nak tdo ngan babah...along kembali ceria. mama tak sampai hati xnak kasi along tdo rumah babah. excited along. babah janji dtg pukul 10pm. sampai tertido along tunggu babah. sambil merungut2.babah lambat.hampir pukul 11pm baru babah dtg amik along. dalam keadaan mamai..ngantuk2..mama terpaksa kejutkan along. kesian mama pada anak mama. anak yang hilang ayah dalam terang. anak yang rindukan kasih ayah wpon ayah dekat. anak yang terpaksa melepaskan ayahnya untuk kebahagiaan insan lain. anak yang memberontak menyaksikan kehancuran keluarganya. anak yang didewasakan terlalu awal dengan pelbagai konflik yang melanda.

besar dugaan buat mama untuk mendidik along & adik2 seorang diri. membentuk along supaya menjadi insan yang berperibadi tinggi. berakhlak mulia. yang paling utama...hamba yang patuh dan taat pada perintah penciptanya. bila memikirkan besarnya amanah ini buat mama....mama menjadi takut...risau..takut dan risau. mampukah mama? bolehkan mama?

semakin hari ..makin berbeza...makin mencabar ..makin teruji....makin kuatkah mama? makin kuatkah anak2 mama? makin kuatkan kita mengharungi arus yang makin deras ini?

2 comments:

  1. munajah cinta,
    dikau mampu. mampu mengharungi semuanya. anak-anakmu itulah yang akan menguatkan lagi semangatmu untuk mengharungi kehidupan yang tidak mengenal erti belas kasihan ini.

    percayalah wahai sahabat. percayalah. Allah sentiasa bersamamu. dan aku jua sentiasa bersamamu selagi hayat dikandung badan.

    kita lakukan yang terbaik. semoga Allah merahmati kita semua.

    ReplyDelete
  2. thanks my dear. really need someone like u by my side.ALWAYS!

    ReplyDelete